Kota Konstantinopal & cerita campur-campur

Salam Blog,

Hampir berbulan-bulan say ditimpa penyakit malas... sengaja tidak menulis apa-apa di blog ini. Selama hampir sebulan di Malaysia saya cuba mengumpul kekuatan dan hingga kini saya telah pun kembali ke bumi Afrika dan kekuatan yang ada ini dirasakan masih belum cukup untuk saya dapat mengemaskini blog ini selalu. Masa sungguh singkat ditambah dengan komitmen terhadap kerja yang ditinggalkan dengan arrangement 'hand over' yang tunggang langgang. Seminggu dua hari tu haru biru jugak saya dibuatnya....

Sewaktu berada di Malaysia, saya sebenarnya berusaha mendapatkan tempat kerja baru, saya sempat menghadiri 2 interview sewaktu pulang ke Malaysia hari itu dan Alhamdulillah dengan rezeki yang Allah permudahkan untuk kami bertiga, tawaran pertama saya sudah dapat sewaktu di Malaysia, seminggu sejurus saya menghadiri temuduga. Minggu kedua saya tiba di Afrika, saya menerima satu email menyatakan syarikat mereka berminat untuk upah saya sebagai kuli disitu... dan saya sememangnya menanti tawaran itu kerana jarak dari rumah ke Putrajaya tak sejauh ketika saya berulang alik ke Kuala Lumpur sebelum ini.... Syukurlah.

Kenapa tiba-tiba saya ingin meninggalkan peluang saya bertapak di Afrika? Sebab pertama, pelajaran.. kedua.. agama.. dan ketiga ...keluarga. Pelajaran adalah terpenting dalam hidup saya... walaupun usia sudah lewat, namun saya tak sanggup menjadikan alasan untuk kenapa saya tidak payah menimba ilmu. Pandangan saya tentang ini adalah, bukanlah ciri-ciri peradaban islam kalau masyarakatnya tidak mencintai ilmu... Ringkasnya cerita mencari ilmu saya ni bukan hari ini, dah bertahun-tahun...impian saya untuk menggapai segulung ijazah masih tidak terpadam walaupun sudah banyak halangan ditempuhi. Sesungguhnya banyak mehnah dalam kita mengejar ilmu.. Allah menciptakan ujian-ujian itu untuk menguji yang kita ini benar-benar ikhlas mahu mencari ilmu. Kadang-kadang kita didatangkan pilihan, betapa sukarnya untuk manusia seperti kita memilih, antara ilmu dan harta... semestinya orang macam saya ini selalunya tewas. Lalu keputusan itu membawa ilmu jauh dari pandangan kita. Kedua-dua itu sama pentingnya pada kehidupan hari ini, cuma buat masa ini biarlah saya mendahulukan apa yang saya impikan dan harta itu sekadar untuk keperluan..

Agama, kenapa saya merasa bekerja disini agak terhad untuk saya mengamalkan cara hidup beragama? Hidup bersendirian dibumi asing sebagai orang melayu islam, lebih mencabar kerana timing waktu rehat tak kena dengan waktu sembahyang kita, hendak pulak musim winter macam ini, waktu asarnya akan masuk pada pukul 2:30.... zohor pukul 11....maghrib pukul 5:30.... jadi rasa sungguh tak seronok kerana hidup kita terkejar sebab pukul 2 kita masuk ofis, takkan dengan senang lenang dapat nak keluar semula..... kadang-kala tu memang akan ter'miss' asar.. jadilah sembahyang asar + maghrib = asrib. bekerja dengan komuniti yang tak ramai Islam ni, sukar sungguh nak dikata... nak-nak waktu diorang tengah disperate macam sekarang ni, dia nak kerja dia saja siap... yang kita ni malam-malam pun tak tido buat kerja dia tak da fikir sikit pun, dah la gitu dia bukan concern dengan kita punya waktu2 tu kita kena sembahyang.. memang buat apa dia nak ambik tahu pun. Tapi atleast consider lah.. Lebih lagi bos IT kat sini memang penganut Kristian sejati... yang tiap minggu aktif dengan Gereja...yang memang ahad tak miss pegi Gereja.... yang memang kalau dalam ofis dok layan spiritual song dia saja. Pening kepala betul dengan orang tua tu, orang Malawi yang taraf pandai-pandai ni susah sikit, berlagak kalau yang jenis tuh. Yang lain-lain OK jugak... Kalau kat Malaysia, suasana kerja kita sangat bebas, sebab terbiasa hidup dalam komuniti Islam yang ramai.... nak pegi semayang asar sambil pekena popia.. 2 jam pun tak apa...tapi melampau la tu. Walaupun Islam ada disini, tapi komuniti sini komuniti yang bukan Islam lebih dominan...taip hari mereka kehulu kehilir bercakap mengenai bible...even pak gak dekat sini pun malam-malam dia rajin recite bible... sampai nak hancur kitab dia saya tengok.. :) .Kalu kita... Quran pun elok lagi bersimpan dalam Almari...kulit keras semacam... kadang-kadang tu ada page yang bercantum pun tak tahu. Kadang-kadang buat saya berfikir, orang islam kita 'menyusahkan' diri dia untuk mengamalkan cara hidup islam yang sungguh mudah. Tapi apa pun tempat kita lagi best...walaupun Masjid kita tak semesra Gereja diaorang kat sini.. dan kita ni tak Islamik sangat mcmana dorang menganut kristian, sungguh kita rasa selamat dan bebas duduk dalam komuniti dan agama Islam...

Ketiga , semuanya pasal keluarga... Walaupun kali ini saya berpeluang membawa Ummi & Balqis bersama-sama ke Afrika, ia bukan alasan kukuh untuk memujuk hati saya terus bekerja disini. Saya rasa cukup lah dengan ini sebagai hadiah yang dapat saya kepada mereka kerana saya tahu tiada apa yang akan dapat saya bayar untuk membeli nilai kesusahan ketika isteri saya berhempas pulas menjaga balqis seorang diri tanpa saya disisi 3 bulan sebelum ini. Maka dengan ini saya sudah nekad... untuk tidak terus bekerja disini. Lagi-lagi... bila saya teringat pesan mek sewaktu balik hari tu, tok payoh lah do gi kijo jauh-jauh, kijo sini pun samo jah... kalu krija sini buat sie male sama macam krija sano... samo jah dapatnya.. tak dok beza.... Aku memberi alasan... Tok samo la mek.. sano boleh kenal tempat ore...boleh cari pengalaman lebih sikit pada ore... Mek tu sebenarnya sunyi kalau saya tak ade....dia rasa jauh kalau dia tak dapat nak berhubung macam selalu dengan saya...dia tiada tempat untuk membebel.. meluahkan perasaan.. berkongsi cerita.. tiadanya saya di Malaysia , Mek seolah hilang sebelah tempat bergantungnya...

Akhirnya saya baru sudah menyelesaikan pendaftaran subjek untuk tahun ini, Legaaaa.. dari Afrika nun jauh saya menelipon Dr Ahmad, dia masih lagi timbalan dekan sejak saya masuk dulu... sebelum tu saya dah pun call P.A.. nak tanya pasal nak tukar satu subjek F* haritu, dia pun tak tahu nak jawab samaada boleh tukar tak, dia pas kat Dr Ahmad ni... Prof ni baik memang sangat baik.. humble. Dia advice, amiklah sekali lagi... dia ngajar tahun ni... wah macam dipujuk pulak. Saya terus kata OK... sebab saya tahu dia macamana. Dari mula-mula daftar dulu lagi saya kenal dia, berbalas-balas email...dia memang santai. Kalau kita email dia, memang cepat berbalas... ada suatu hari tu dia forward2 email lagi... tapi dah lama email USM saya tak berbuka..leceh nak guna2 email yang jarang kena buka. Hureee... Nampaknya tahun ni subjek Kimia dia yang ajar... kalau sebelum ni Prof Ismail...semua budak-budak takut dengan dia ni.. kalau kelas dia jangan datang tak prepare, suka dia saja nak point2 kat sapa-sapa suruh jawab soalan equation... adoih.. kena dekat saya sejuk kepala lutut... lagi kalau time lab.. dia tak suka kalau masuk lab student pakai Lab Kot yang ala yang nampak lengan tu. Jangan la nak buat-buat berlakon tak tahu.. kalau time dia ada memang dia halau balik.

Nampaknya... saya tahun ni kena mengulang subjek yang sama seperti tahun lepas. Sebelum saya datang kesini 3 bulan, saya menangguh pengajian saya. Mungkin ada hikmahnya juga.... saya masa kat Penang hari tu, banyak PB yang dapat markah rendah. Banyak berfoya-foya kot time tuh.... nak-nak tengah ada duit sikit masa tu.... esok nak exam sempat lagi berjalan-jalan tuh.

Ok... cukuplah tu cerita pasal lain pulak. Dah berapa perenggan, langsung tak ada kena mengena denga tajuk. Panjang lagi ni nak menaipnya... tapi mata dah sangat mengantuk tak tahan dah ni. Ni.. sempena hari ini, 29 Mei merupakan hari pembukaan kota Konstantinopal, masih ingat lagi ustazah yang mengajar subjek sirah masa saya tingkatan 4 disekolah agama dulu.... dia selalu menyebut-nyebut nama kontantinopal ini.... masa itu masih buta geografi... kabur-kabur tapi saya memang minat dengan subjek sirah ni. Tengok jugakla pada orang mengajarnya macamnana..... BTW, dah lama-lama baru saya kenal konstantinopal tu dimana. Kota ini dibuka oleh seorang yang luar biasa Sultan Muhamad Al-Fateh. Kalau nak tahu kedudukan kota ini terletak di sempadan antara benua Eropah dengan Asia. Dihubung secara langsung dengan selat Bosphorus. Sekarang ni dah tukar nama kepada Istanbul, ibu negara Turki.

Saya hanya mahu ringkaskan, dah terlalu banyak sebenarnya cerita mengenainya sultan Muhamad Al-fatih tersebar kat internet.. tak payah lah saya nak cerita panjang panjang. Cuma saya disini nak highlightkan biar kita amik iktibar keperibadian beliau sebagai seorang pemimpin yang ulung, ilmuan dan hero sejati kepada bangsa islam....tidak mengapalah beliaulah orangnya yang dikatakan sebaik-baik raja dan sebaik-baik tentera, dari sumber lain, beliau ni seorang yang sangat patuh pada agama... tidak pernah meninggalkan solat fardhu, solat sunnat macmam-macam sunnat dari zaman muda. Walaupun beliau merupakan pemimpin yang muda pada zaman itu, beliau sangat menghormati para ulama....bersikap rendah diri dan tawaduk. Dan juga, Sultan Alfateh seorang raja yang tekun menguasai ilmu sehingga dapat menguasai 7 bahasa penting pada masa itu, Bahasa Arab, Latin, Greek, Serbia, Turki, Parsi dan Hebrew... inilah hero sejati harus kita tonjolkan dalam masyarakat kita..bukan Panglipuran Si Hang tuah Melayu yang setia kepada raja sehingga sanggup membunuh saudara nya sendiri....saya teruja untuk kembali kezaman dulu-dulu, tengok mcmana mereka berperang.. zaman peluasan empayar islam dulu... orang kita berjihad habis-habisan melawan kristian...sebaliknya lain yang berlaku pada kita sekarang ni... org kristian senang2 tawan kita semula.... tak payah susah2 nak berperang...dia bukan buat kita masuk Kristian tapi dia buat kita lupa tentang Islam.... anyway pasal kostantinopal ni bukan senang untuk menguasai kota ini kerana kedudukannya yang strategik....Kota ini dulu pernah cuba ditakluk oleh bangsa Gothik, Parsi, Bulgaria dan Rusia, tapi tak pernah berjaya.... sungguh super power ada pada Sultan Muhamad Alfteh.... dahlah berstatus raja... berilmu... Kita ni ilmuan pun tak... panglima tentera pun tak... raja lagi lah tidak... tapi apapun kita tak terlepas dari tanggungjawab menyebarkan Islam macam orang dulu-dulu... sebagaimana sultan muhamad berjuang membuka kota konstantinopal ini dengan kehebatan ilmu yang dimiliki...kita pun kena habis-habisan la cari ilmu nak lawan musuh kita ni!

Ada satu keratan yang saya ambil ini dari mana-mana blog yang terjumpa,

Di dalam salah sebuah kempen semasa zaman Kerajaan Umayyah, seorang sahabat besar Nabi saw iaitu Abu Ayyub Al Ansary ra telah syahid dan dimakamkan di bawah dinding kubu Kota Constantinople di atas wasiatnya sendiri. Apabila ditanya kenapa beliau ingin dimakamkan di situ maka beliau menjawab, “Kerana aku ingin mendengar derapan tapak kaki kuda sebaik-baik raja yang akan mengetuai sebaik-baik tentera semasa mereka membebaskan Constantinople”. Begitulah teguhnya iman seorang sahabat besar Nabi saw.

Sekiranya aku menguasai Konstantinopel maka mudahlah aku menguasai dunia” – Napoleon Bonaparte.

“Kalaulah dunia ini sebuah negara, maka Konstantinopel inilah yang paling layak menjadi ibu negaranya” – Napoleon Bonaparte.


Wasalam...


Salam dari Blantyre, Malawi

P/S : Kepada Abg Die & K.Moh, Semoga bahagia dengan kehadiran cahaya mata kedua, Imran Hakimi.... (anak saudara saya la tu)