Saya akan berangkat meninggalkan bumi Malaysia tak lama lagi. Ini ujian untuk isteri saya kerana pertama kalinya saya bakal berpergian jauh.Meng-away-kan diri ke satu benua yang belum pernah saya jejaki. Benua yang mepertemukan antara dua laut, lautan hindi dan atlantik, disitulah South Africa. Saya dijangkakan berangkat pada 20hb, pagi ini hanya 10 hari sahaja lagi yang tinggal untuk persediaan. Menurut Onn, saya kena menaiki dua flight, antara KL ke Johannesburg, dan akan transit selama beberapa jam untuk ke Malawi. Disana saya telah disediakan accomodation oleh pihak client, tak bimbang.
Selama beberapa bulan saya disadaikan disana, harap-harapnya saya masih dapat menulis blog lagi. Saya tak bimbangkan akan internet connection, cuma saya bimbangkan disana saya bakal berhadapan dengan jadual kerja yang tak menentu. Boleh jadi sehari dapat tidur hanya dua ke tiga pada certain keadaan, itulah yang Pn Mas bagitahu semalam. Dan menurut kata Onn, saya akan tinggal bersama dia, soal pengangukutan semua disediakan, jadi tak merisaukan sangat pasal tempat tinggal dan yang lain-lain. Ada orang gaji lelaki sekali katanya! Hah? Betul ke?
Dengan perjalanan ini mudah-mudahan saya dapat belajar banyak perkara mengenai hakikat menyesuaikan diri mengikut iklim, menonton gelagat manusia diluar sana, yang pasti bersyukur dapat menjejakkan kaki ke secebis dunia Allah nan luas ini ke tempat yang belum saya jelajahi. Semoga rahmat Allah sentiasa bersama saya di negara yang majoritinya beragama Kristian ini.
Di Malawi saya akan ditugaskan meneruskan kerja-kerja pembangunan billing system yang tengah gunakan di sebuah syarikat telekomunikasi yang kini sudah dibeli oleh kerajaan Malawi (asalnya syarikat itu dimiliki oleh orang Malaysia) yang terletak di Blantyre, bandar kedua terbesar selepas Lilongwe. Kat situ penduduknya ramai juga englishman yang berasal dari England dan orang pribumi kulit hitam pastinya. Tentang suhu, saya belum pasti lagi... tapi tengok pada weather forecast, saya agak sekarang ni musim hujan. CEO, Pn Mas Anida bagitahu, Blantyre ni kawasan bukit tinggi, sepeti kat malaysia kita Cameron..
Nice look juga Malawi ni kalu tgk pada gambar la. http://www.skyscrapercity.com/showthread.php?t=384134 . Biasalah negara mikin, pastinya ada kurangnya dari kita yang dah maju kedepan disini. Saya hari sebenarnya telah ini dipaksa bekerja, ada sebanyak 1700 pdf file yang status pending transaction oleh CTOS. Kitaorang ni kiranya dah jadi macam orang suruhan ctos, balik2 saya lah yang diassign untuk melayan email2 orang ctos. Nak itu nak ini.. memang keling betul!
Ni gambar accommodation dan pengangkutan kat sana yang Onn email saya semalam. Ok Bye. Masa untuk bekerja!
Posted by Firdaus Al-Fatani at Friday, January 09, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
waaa yop!! jalan jauh kamoo yea! gud luck!
best tuuu. Aku singapura pun tak penah jejak lagi...
Post a Comment