Zikra buat sang mujahidatun, perindu cinta Ilahi

Buat para muslimah amnya, istimewa buat puteri abbi, Balqis & umminya.... Mari kita renung sejenak, kemana halatuju dan pilihan yg kita ada, selamat bermujahadah para mujaa9hidun

Gadisku.....

Sesungguhnya kejadianmu terlalu unik, tercipta dari tulang rusuk Adam yang bengkok menghiasai taman-taman indah lantas menjadi perhatian sang kumbang. Kau umpama sekuntum bunga, harum aromamu bisa menarik perhatian sang kumbang untuk mendekatimu namun...... tidak semua bunga senang untuk didekati oleh sang kumbang lantaran duri yang memagari dirinya umpama mawar , dari kejauhan sudah terhidu akan keharumannya serta kilauan warnanya yang memancar indah mengundang kekaguman terhadap sang kumbang ....... tapi awas duri yang melingkari bisa membuatkan sang kumbang berfikir beberapa kali untuk mendekatinya.......

Gadisku....

Aku suka sekiranya kau seperti mawar aspirasi setiap mujahidah. Bentengilah dirimu dengan perasaan malu yang bertunjangkan rasa keimanan dan keindahan taqwa kepada Allah... Hiasilah wajah mu dengan titisan wudhuk ..... ingatlah bahawa ciri-ciri seorang wanita solehah ialah ia tidak melihat kepada lelaki dan lelaki tidak melihat kepadanya.

Sesuatu yang tertutup itu lebih berharga jika dibandingkan dengan sesuatu yang terdedah ...... umpama sebutir permata yang didedahkan buat perhatian umum dengan permata yang diletakkan dalam satu bekas yang tertutup ...... sudah pasti nya keinginan untuk melihat permata yang tersembunyi itu melebihi daripada yang terdedah, wanita solehah yang taat dan patuh pada Al Khaliq dalam melayari liku-liku kehidupannya adalah harapan setiap insan yang bernama Adam......

Namun ............. ianya memerlukan pergobanan dan mujahadah yang tinggi kerana ianya bercanggah dengan nafsu serakah yang bersarang dalam dirimu lebih-lebih lagi title gadis yang kau miliki sudah pastinya darah mudamu mecabar rasa keimanan yang ada ...

Namun ingatlah gadisku.... sesiapa yang inginkan kebaikan maka Allah akan memudahkan baginya jalan-jalan kearah itu, yang penting gadisku engkau mesti punyai azam, usaha dan istiqomah..........

Gadisku ....

Akuilah hakikat dirimu menjadi fitnah kepada kebanyakan lelaki... Seandainya pakaian malumu kau tanggalkan dari tubuhmu maka sudah tidak ada lagi perisai yang dapat membentingimu... Sesungguhnya nabi ada mengatakan tentang bahaya dirimu "Tidak ada suatu fitnah yang lebih besar yang lebih bermaharajalela selpas wafatku terhadap kaum lelaki selain fitnah yang berpunca daripada wanita"....

Oleh itu gadisku setiap langkah dan tindakanmu hendaklah berpaksikan kepada Al Quran dan As Sunnah, jangan biarkan orang lain mengeksploitasikan dirimu untuk kepentingan tertentu..... Sesungguhnya Allah telah mengangkat martabatmu sebaris dengan kaum Adam...

Kau harapan ummah dalam melahirkan para mujahid dan mujahidah yang bisa menggoncangkan dunia dengan sentuhan lembut tangan mu.....

Gadisku...

Dalam hidupmu pastinya ingin disayangi dan menyayangi, itulah fitrah semulajadi setiap insani namun ramai diantara kamu yang tewas kerana cinta ... Bercinta itu tidak salah tapi memuja cinta itu yang salah, kerana cinta manusia sanggup menjual agama dan kerana cinta maruah tergadai.

Gejala murtad serta keruntuhan moral muda mudi sebahgian besarnya kerana sebuah cinta... Benarlah sabda Rasulullah SAW "Sesungguhnya cinta itu buta"

Cinta itu mampu membutakan mata dan hatimu dalam membezakan perkara yang hak dan yang batil apabila kau meletakkan cinta itu atas dasar nafsu dan tidak kerana Allah SWT ... Sebelum kau mendekati cinta, cintailah dirimu terlebih dahulu, mengkaji hakikat kejadianmu yang begitu simbolik , yang berasal daripada setitis air yang tak berharga lalu mengalami proses pembentukan yang direncanakan oleh Allah ..

Semoga disana mampu melahirkan rasa keagungan dan kehebatan terhadapNya dan timbul rasa cinta dan kasih pada penciptamu............

Gadisku......

Mencintai Allah dan rasul melebihi cinta terhadap makhluk adalah cinta yang hakiki dan abadi kerana hati yang pecah dan retak apabila diberikan kepada makhluk pastinya akan bertambah retak dan terburai tapi apabila hatimu diserah kepada Allah sudah pasti ia akan bertaut kembali..

Dalam seusia mu sibukkan lah dirimu dengan ilmu yang mampu mempertajamkan akal dan mampu membina syakhsiah muslimahmu..... Sesungguhnya ilmu itu cahaya dan ilmu tidak mampu bertapak dalam hati orang yang melakukan maksiat.

Buat akhirnya terimalah kata-kata seorang ahli sufii iaitu Rabiatul Adawiah sebagai renungan bersama:

"Cintakan manusia itu tidak mewujudkan kebahagian yang abadi untuk seseorang insan, kerana ia tidak kekal, cintakan manusia seringkali membuatkan seorang itu gagal, kecewa, menderita dan terseksa, oleh itu tidak ada suatu cinta pun yang dapat membuahkan kebahagiaan dan kenikmatan yang kekal abadi kecuali cinta kepada pencipta manusia sendiri".


Credit : Muhammad Nazir (SIM)

Al Anbiyaa’ ayat 105
Dan demi sesungguhnya, Kami telah tulis di dalam Kitab-kitab yang Kami turunkan sesudah ada tulisannya pada Lauh Mahfuz: "Bahawasanya bumi itu akan diwarisi oleh hamba-hambaKu yang soleh".

Dengar mmmolek orang kita

Ambo nok royak pada semua orang UMNO inilah imej Kelantan ambo.. ore PAS kita, ore gedebe dengan hujah! Orang kita berhujah
dengan dalil2 naqli, bukan pemikiran otok yg cetek semata2... tak takut pada undang-undang manusia, yang salah tetap kita kena kata salah. Bukan seperti orang UMNO yg buat undang-undang rasuah tapi, yg kaki perasuah...dialah juga. Dalam sidang DUN mana di Malaysia yg berani royak kebenaran Islam, membesarkan kalimat-kalimat Allah?

Ust Nasarudin skrg yang dipertua DUN.

Nostalgia rumah lama (3)

Malam sudah melabuhkan tirai, stylus ipaq ni, semacam berjoget2 :), ada sesuatu yg ingin dicoretkan... Dari sampai tadi saya tercari-cari akan dimana saya letak buku nota fido-dido , selalu saya usung kehulu kehilir, mungkin malam ni nasib tak baik... terlupa bawak balik, punah semangat menulis tadi . Saya teruskan dengan apa yg ada sahajalah... Buku nota fido dido saya itu ibu segala ingatan saya, disitulah punca dimana kalau saya lupa akan sesuatu..saya tak ada ummi balqis utk mengingatkannsaya tentang apa2 disini. Segala keyword-keyword penting ada dlm nota tu kalau tiba2 ilham muncul. Mudah utk si pelupa mcm saya memulihkan ingatan. Suhu diluar pagi ni sudah menurun ker 15°c ... dgn angin sejuk kencang bertiup kt luar, cuaca di Blantyre 2-3 hari ni hujan, sejuk. Malasnya sungguh rasa nk bergerak dari katil, kalau tak der lah heater rumah ni, hampir sah saya pergi kerja dgn muka tak mandi pagi... Bukan tak penah dibuat saya perangai ni zaman2 sekolah dulu... Nak mandi pagi punyalah liat saya sorang ni, kesejukan mandi air telaga pagi2 menusuk sampai ke tulang sum-sum... dah lagi tu, sebelum mandi nak kena mengaral (timba) air dulu... Lagi lah tak sanggup. Hmmm..memandangkan cerita2 lama pun bermain2 di kepala ni, so...... saya teruskan bercerita pasal zaman itu. Entry nostalgia rumah lama pun bersambung..

Untuk mek memastikan tak ada alasan kami bertiga mandi lambat, selalu mek pastikan dia sempat jeram air panas subuh-subuh, kdg2 air panas tu dicampunya dgn campuran daun jambu batu, special case utk saya ni yg selalu sgt kena virus kudis buta. Barangkali masa tu sudah puas mek berusaha mengubati kudis saya itu, tak jugak2 berkesan. Bubuh pininselin...ubat yg paling power masa tu.. Pun tak jadi2... Mmg buta sungguh kudis itu. Tak mengenal org... Bukan mampu utk mek nk beli ubat selalu-selalu mcm org... Tapi ikhtiar tetap berterusan.. Daun jambu dikatakan boleh redakan bengkak2 ? Mek tak suka membazir duit... Kalau tak menjadi, ikhtiar cara lain. Mek punya garang, kalau bab bazir membazir ni tak usah ckplah, kalau syampu rambut tertumpah pun, silap hari bulan ada yg kena tibai... jangan lah nk buat terbolah-terbolah (cuai)..kata org kelantan..

Cerita ini sebelum saya bersekolah rendah, subuh-subuh hening, semua kakak-kakak termasuk saya kena turun ketelaga bersama2 utk mandi. Saya ni menyamar je mcm nk pergi sekolah...padahal lepas hantar kakak, ayah akan bwk tempat mek menoreh getah lepas tu. Saya tak suka panggil kebun getah.. Sebab kebun itu bukan kami yg punya... Kami panggi dia 'ddalle getoh'... Menandakan tempat tu, tempat org mcm mek menoreh getah.. Kalau org tanya ... Nok gi mano ? Kita jawab.. Nok gi ddale getoh mek smenta.. Mksud dia... Nak pegi tempat mek menoreh getah meta. Sekejap lagi, enjin motor honda 90c old school ayah akan berbunyi, atau kelantan panggil honda butir nangka*. Tak ada baju yg bergosok menunggu untuk kakak2 saya, mereka memang nampak selekeh serabai..tak mcm anak perempuan kak nik sepiah yg sebaya mereka, kami berjiran selang 1 biji rumah.. Anak-anak mereka cukup dgn kelengkapan sekolah..baju tegang bergosok. Waktu itu tak ada sorang pun pandang org seperti mek, saya, kakak2 saya ni, setaraf seperti mereka pandang mek dan kami hari ini..sekali pun sesama kami budak2. Org pandang kita ni, dahla menumpang, tak da tanah sejengkal kera, ada hati nak masuk geng dia... Samalah mak ayah dia... Kalau apa2 berlaku, tak der org lainlah yg dia nk point... Kitaorang make it dgn apa yg ada.. Kerana persekitaran itu, saya sgt saya berbeza dgn budak lain, zaman sebudak itu saya dah ada terdetik untuk berfikir benda2 ini semua dgn waras. Cuba saya tak pandai menulis lagi. Kami tak sikit komplen dgn wang saku sekolah sbnyk 20 sen sehari diberi setiap kami... Cuma kalau musim farduain tu penat sikitlah... Itupun boleh kata jrg kakak-kakak saya ni mkn tghri, 20 sen apa sahaja yg boleh dibeli zaman tu nasik lemak pun dah 50 sen...melainkan tiga hari kumpul, baru boleh beli sepinggan nasi lemak. Sementara tunggu kami bertiga sudah, mek akan siapkan makanan harian kami untuk sarapan, telur dadar goreng dan ikan rebus goreng.. Menu itu lah yg paling ringkas dan jimat. Masak dapur kayu rasa dia lain. Telur dadar dia selalunya berbau asap kayu.. Separuh dibawa bekal masuk ddale getoh mek, saya dan mek mkn lepas mek habis menoreh nanti sambil menunggu getah jadi beku. Itu saya kata... mkn dikebun getah lebih sedap dari dirumah... Sbb dlm suapan mek utk saya..saya boleh rasa sayangnya seorang ibu pada kita... Walaumacamana dia marah kita, sebelum2 ni...berharga sungguh moment itu.

Cerita masak-memasak dapur kayu tidak berkesudahan disitu, org kebanyakan zaman tu dah pakai dapur gasolin atau dapur arang dan ada yg pakai gas pun ada, kami tak der jauh lagi nak merasai dapur jenis itu, kami ada cara tradisional kami, berasapnya dapur kami bergantung pada bnyk mana kayu api yg ada...untuk memastikan kayu api sentiasa ada, ni lagi satu aktiviti yg kami adik beradik selalu kena buat, mencari kayu api dlm belukar.. Ada suatu-suatu masa dalam seminggu sekali, kami semua akan dikerah masuk belukar utk cari kayu api. Selalu saya tak banyak dapat buat keluar, tak pandai nk pilih.. kdg2 sebatang pun tak dapat. Ya, bukan senang nak dapat kayu yg betul2 kering dan pulak tu kena pastikan tuan belukar tu takkan pakai kayu yg mcm kita nk ambik tu.. Kalau tak mencuri lah kira...jadi darah daging.. Gelap perut kata mek. Tak da satu pun hutan yg kami masuk utk cari kayu tu, kami sendiri punya.. Dah siap kumpulkan setempat.. Ikat dgn rafia dan pakat junjung sikit sorang bawak balik kerumah, tugas belum habis habis disitu, nak masak tu kenalah kerat dan belah kecik2 dulu siap2, then mcmana saya boleh describe perbandingan proses itu dgn kita hari ini, kerana ini bukan aktiviti yg sekali-sekala hujung minggu, santai... Ini soal perut ... Berisi dgn tidak. Hari-hari itulah yg kami adik beradik cuba pastikan.. Pastikakan kayu api itu cukup utk masak2, minyak pelita cukup utk mlm2, tiub utk nyalakan api cukup.. Kalu tidak.. Silap haribulan kadang2 tu bukan kayu api tak ada.. Tapi beras yg tak der... Kerana yakin ada getah yg ditoreh belum berjual, mek menebalkan muka mengetuk rumah org malam2 meminjam beras utk pastikan anknya tidak kelaparan... bayangkan masa2 hujan.... Kayu tak boleh nak kutip siap2... Kalau habis, memang habisla, memang tak berasap la.. Nak guna arang mcm org tak mampu.. Jgn kata nk bli arang jer tak Boleh.. sgt membazir dan mahal...tak mampu dgn apa yg kami ada waktu itu.. Seingat saya mek tak pernah masak guna arang, Kalau tiba musim hujan, memang akan dipastikan stok kayu api cukup. Musim hujan mcm tu, kaum tani mcm mek , nak menoreh pun tak boleh, apa pun x boleh, duit nk beli beras dan lauk pun entah cukup entah tidak..jgn kata nk beli arang. kdg2 terdesak mek ambil upah menebas....untuk extra money. Kami semua dikerah mencari kayu api setiap masa yg terluang. Ada masa sambil2 cari kayu, mek rajin kutip pucuk paku, balik buat sayur, ada masa kutip kulat di pokok getah yg tumbang.. Itulah sumber yg Allah beri utk kami, waktu yg dia tahu masa2 org seperti kami ini tak berduit. Cuba byg kehidupan kita skrg yg sudah tak rasa susah sikit pun ... anak2 kita dibesarkan dlm serba serbi ada.. Boleh kah kita hidup jika kita kembali ke zaman itu? Anda boleh bayangkan inilah susahnya org mcm kami dulu...Sekali lagi saya nak kata, ia nampak mudah pada org yg tak pernah rasa. Kalau ands yg skrg ni balik kezaman tu, rasa masa itu baru anda faham... Panjang pulak tazkirah ni.. Cerita tak sampai mana2lagi.

Masak dapur kayu

Back tu masak tadi, memasak dgn dapur dapur kayu, rumitnya tak usah lah cakap... mula-mula nak kena bakar tiub dulu bagi dia nyala sikit, kemudian sikit sikit tambah kayu... Kalau nak pastikan api marak... Nak kena sorong kayu tu bnyk2 dan tunggu... Nk bagi api surai, kena tarik keluar...Kalau api nampak nk padam.. Kena tiup.... silap teknik tiup, buka api yg marak, tapi abu yg naik kemuka.. Saya gerenti.. ramai org skrg ni kalau tak tahu cara-cara tradisional ni, leceh...tak tahulah kalau masih ada org menggunakan tradisi ini. Cekap saya menyalakan api waktu tu, tak sampai seminit dah nyala dan boleh masak.. kakak2 saya pun tak handal mcm saya... Kalau saya zaman skrg ni 1 jam pun tak cukup nk bagi betul2 nyala. Lama sgt tinggal, habis semua skill hilang... Orang pasti tak faham kenapa saya kata rumit, hakikatnya itulah... Saya beri peluang balik rumah try, sape yg rasa handal nyalakan api pakai kayu seminit bagitahu lah .... Menyalakan dapur kayu api bukan semudah kita nyalakan dapur arang.

Habis situ cerita masak, kita go back to mandi pagi, Saya kecik2 dulu org penting, sekali sehari atleast kalau bab naik motor saya kena naik sekali sehari... Seat saya yg paling digemari, bhgian depan sekali, atas tank minyak sambil kedua tgn memegang handle. Tak tahaan.. Kembang kuncup hidung ni kena angin pagi.. K. Moh dan K.Mah, mereka berdua dibelakang. Kalau saya rasa nk duduk belakang, tmpt saya ialah mula2 sekali selepas ayah, saya kena ada org apit baru boleh dok blkg. 2 org kakak saya mengapit... sejak kecik lagi tak diajar dibonceng seat belakang.. Merbahaya ayah marah, sbb saya kecik2 dulu time mek gunting rambut pun boleh tertido,---boleh la tgk lepastu saya tetiba jadi botak ceng ..kat atas motor jgn kata apa lah...tiap2 kali mesti hanyut ..

Ke tempat Mek menoreh

Yg tak boleh dilupa, moment bila dpt naik motor dinihari mcm tu.., saya memang jrg2 dibawa berjalan jauh sikit dari rumah...Kg sebelah tu kira paling jauh lah. Masa tu, fikiran kita tak rasa dunia ni seluas yg ada hari ini.. So, itulah masa bersiar2 saya dgn motor jipang ayah. Setiap kali balik dari hantar kakak ke sekolah, ayah akan berhenti dikedai kopi utk beli kuih, saya mesti pilih yg satu tu... Nama dia kuih LEGA..memang lega dpt kuih lega tuh..mek suka saya pun suka.. Ayah pekena kopi sedas, berborak seround dua, barulah hantar saya masuk ddale getah.. mek lepas subuh tadi dh bergerak... ..dlm kebun getah mek, saya akan diturukan ke disatu point utk menunggu mek habis menoreh.. Ayah kembali ke station motor, untuk ambik passeger... Kerana apa namanya tempat itu stesen motor, kalau public transpot mcm bas, teksi ada stesen, public moto pun ada jgn stesen dia. Sambil tunggu-tunggu mek, ada satu corner, saya selalu buang masa, ikut rasa nk main apa, main belaga buah getah sorang2, tangkap belalang, tuyuk (pepatung),..Semua itu saya main sorang2...siapa lagi kawan yg ada waktu begitu, selain nyamuk dan pacat... kawan2 lain semua di sekolah tadika, tinggal saya yg masih lagi belum kenal A,B,C masa tu.. sebenar2nya ddale getah dan inilah tempat saya mula2 disekolahkan.. Saya belajar apa itu makna menjadi org susah..bersahabat dgn pokok2 getah... Pacat dan nyamuk ddale getah tak kena ckp bnyk, berduyun2..kiri kanan depan belakang, atas bawah, dah tak rasa apa2... Tmpt saya duduk tu, yg mana tempat susu-susu getah dikumpulkan dalam beberapa tangkung dan di separuh bekukan.. Sekejap lagi, mek akan mula proses memijak2 getah yg separuh beku tadi ...acara itu akan dibuat atas sekepingan zink , hanya nak pastikan supaya dia jadi leper..utk senang di mesin..... Mek 2 baldi penuh susu getah dia kandar sorang2 dia je. Jgn main2 dgn mek..... Tiba turn memijak, saya selalu kalau bab pijak-pijak ni... Saya mulalah rajin , kalau suruh kutip susu, punyalah malas, nak terbongkok2 satu pokok ke satu yg lain. Pijak-pijak sekadar nk bgi leper jer..saya cuma bagi leper sikit2.. Yg lain mek pasti bereskan. Jgn igt sesenang mana, tak kena cara, kena bebel kat mek... Kena pasti jgk dia leper betul2 mcm lempeng tuh, sebelum dia kering dan jadi beku... silap2 haribulan setongkol getah getah sekerap jadinya.. bukan sekeping getah.. Dah setel acara pijak memijak, saya dan mek akan berjalan mengandar keluar getah basah tadi untuk ke tempat memesen... Sapa ada pengalaman pikul memikul getah ni tahula... Berat weh jgn main2.. Getah yg basah2 tu... Dua tiga keping pun boleh buat lelah ternganga2 dah..mcm nk pengsan.. Dalam nk prose getah tu, mesin getah, kalau nak pusing...tenaga kena bnyk... Kalau tak cukup rrreng org kelantan panggil.. Jgn dok tebeng.. mula2 masukla ,tak sampai sekerat pancit. Kesian kt getah terkontang kanting dia kt mesin tu... Untuk itulah kenapa sebelum tadisaya dan mek akan mkn bekal yg dibawa... Semua tu kudrat mek sorang. Besarnya pengorbanan mek membesar kami.. Pohonn lemon di belakang bangsal mesin getah tu jadi saksi, setiap kali nak balik... Mek akan ambil buah dia utk buat cuci2 tangan.. bau keramat getah 10 hari 10 malam pun tak hilang. Tak percaya cubalah lalu kilang dia. Itu belum lagi betul2 pegang dia.

Bersambung..

Episod akan dtg
- ayahku seorang pengutip passenger

Kita yang berpuak atau kita yang di diskriminasi?

Sudah pukul 3 pagi, baru balik dari opis tadi, time merebahkan kepala ke katil. Tadi di opis saya dh terlelap dekat sejam jgk la.. Mengantuk tak tahan, dh la skrg ni musim hujan, rasa mcm nk tdo jer... Ekon sini bukan sejuk yg so-so.. Ekon bilik server lama TNM, tghri saya pun boleh menggigil kalau x pakai jaket kdg2, Sampai umah saja terus mata segar. Apa cerita hari ini. Ada sdikit ni, pasal adik Nik Nurmadiah pelajar terbaik SPM 20A (19A1, 1A2) baru-baru ni. Tahniah la adik madiah dari abe walaupun kita tak kenal, sbg anak kelate yg ada jatidiri dan samo keluare sekoloh YIK, sero degha bulu roma tgk dale harakahdaily barunih. Bangga sungguh sungguh ni..braso nok nok nocak denga... Ore klate kita patut bangga dgn kehebatan ilmu yg dimiliki bukan bnyk mano pitih kita ada. Nasib baik ore afrika sini tok kenal negeri kelantan kita dik. Tok tahu nok royak ko demoni lagumana, ore susah mace saya, adik pun mampu berlawan dengan ore bandar hok sene serba serbi. Ummah kita akan kuat kerana ramainya manusia berilmu mcm adik. Saya yakin adik akan jadi sesorang bila grad nanti.

Oleh sebab, saya ni seorang anak negeri, dan sgt bangga jadi org kelantan, bukan kerana nak assobiah atau berpuak seperti tohmahan org luar, bukan terlalu nak bangga dgn kepadaian org2 mcm madiah ni shja tapi, bangga sebab kita ada keunikannya. Tak ada negeri lain yg dlm usaha membentuk rakyatnya berkeperibadian agama, hidup dalam prinsip amal makruf wanahi anilmunkar pada saya kecuali ia d ibawah sistem pemerintahan gerakan islam mcm PAS dan parti2 yg serius memperjuangkan pembentukan negara islam. Semua negeri yg lain2 skrg ni institusinya pentadbiran bnyk yg punah ranah kerana dgn adanya bnyk islam-islam klon. Banyaknya org ini rasa dia sudah cukup islam bila dia pandai mengucap, bersembahyang 5 waktu, puasa cukup sebulan, naik haji .. Tapi dlm bab dosa dan pahala tiada rasa apa2.. Bukan kerana tak ada khabar Allah yg
sampai, tapi hati tidak teguh untuk melaksanakannya cara islam yg adil dlm berpolitik, ekonomi, rumah tangga.. Rakyat dibawah pemerintahan Islam klon ini sengaja bawa kearah kemungkaran, program hiburan malah kalau boleh nk terbanyak di dunia.. kerana bimbang kalau rakyat banyak fokus dan berpengetahuan agama, sokongan pada mereka turut jadi lemah. Susah kalau nk ckp, terutama bila fulus sudah didepan mata, org yg berpengetahuan pun takut2 nk ckp kt boss dia kalau boss dia buat salah, semua ya dan angguk...durjana sungguh manusia ini, menyorok kebenaran yg Islam bawa, seolah dia mengzalimi diri sendiri.

Untuk yg tak tahu lagi la, ni saya nak bagitahu, bukan sahaja tahun ini sebenarnya kelantan jadi juara dalam SPM ni, tahun sebelum sudah pun sama, kelantan pelajar sekolah agama Maahad dekat kelantan juga yg terbaik, Siti Fatimah nama adik tuh, tapi langsung tak dpt liputan media, yg mendapat jolokan oleh kementerian org diluar kelantan, atau siapa nama dia, Amelina?. Mungkin program dia salah kira sampai 17 dan 18 pun tak boleh beza mana lebih besar. Ini kerja2 menteri pendidikan kita, kemaruk dengan kuasa, bios pada org-org UMNO sahaja, sampai institusi ilmu sanggu di perdagagangkan oleh org2 tak bermaruah mcm ni. Jadi , sayA nk bagitahu ini.....tak salahlah kalau saya bios pada org Kelantan. Umno bole hina lupa org kelantan yg pandai2 sebab di Kelantan PAS yg memerintah, atau kerana yg bijak tu dari sekolah YIK, sekolah agama negeri? Dahla begitu rupa kita ni dihina, keputusan SPM pun sengaja diperlambatkan di beri pada sekolah YIK.. Sekolah yg umno kata mendidik ideologi PAS, owh kalau begitu, mengaji sains disekolah YIK itu org pas, bolehlah kita kata org mengaji sains kt sekolah aliran kebangsaan semua org UMNO? Kalaulah yg pandai tu dari sekolah lain dari bawah kerajaan ngeri kelantan mcm Amelina umpamanya, entah berapa minggu entah bakal keluar masuk tv tu. Tapi hairan, bila tahun ni adalah kluar surat khabar jugak pasal kelantan, ini sebab PRU baru ni kalah teruk.

Sebab itu orang kelantan ni, tak boleh bersahabat dengan UMNO haram undi UMNO. Benda mcmnilah yg kita dpt. UMNO punya perangai, kalu dia kalah, dia rasa mcm dia ma ih berkuasa, sbb tu dia suka merendah2kan martabat & kebolehan org lain juga mampu memerintah, sekalipun org lain 100x lebih bagus dari mereka. Dahla perangai huduh mempekecilkan kebolehan org lain, kemudian menipu fakta mcm result SPM ni, pah pulak , hak ore kelantan pulak tuh mu gi sorok....seboleh2nya, tak nak ada langsung berita yg baik2 dari rakyat kelantan tersebar.. apa2 yg positif mengenai kelantan berat utk diperakui, sebab tu rakyat kelantan yg sepatutnya disytihar SPM terbaik tahun 2007 dulu pun tak tersenarai dlm pelajar terbaik pada dasar pendidikan kita, Sebab yg terbaik tu hanya boleh untuk umno. Pada org yg tak sedar benda ni, tolong dengar ni molek2 weh ore kita, hey UMNO bengong!! org kelantan ni orang bermaruah, jgn cuba2lah mu nk ngajing main, sore mu hino..sejuta rakyat kelate teraso, kalau hari ni mu memperlekehkan orang kelantan aku, alamatnya kemarin lagi orang tu dah benci kat mu. Jangan mimpilah mu nk perintah kelantan dgn nok rasuah anok kelate dgn arok, judi kemari.. Semakin ramai orang kelantan loni khabat hakikat ni, berpuluh tahun makan hati dengan puak 'natang derih'. Hari ni, kalu umno baru nok sedar, ia sudah lambat nak diubat. Satu benda yg kurang bijak mu umno, bakpo dok gi buat keputusan dulu kemudian baru kaji.. Mcm isu PPMSI, skrg bila berasa sokongan dah tak ada baru nk ambik berbncang, sikit2 nak babitkan politik, politik kepala lutut dia. Tu pitih rakyat tu.. Hok mu buat cetok buku teks, hantar cikgu training..buat mcm2 cd multimedia nok suruh panda. Pah tok sapa 5 tahun, tukar pulok... Kok alik bahasa melayu.. 3 bilion pulok nok keno tohok, Baso ngooooo! ....Bekeng jgk ambo..

Petikan berita dari blog :

Nik Nur Madihah mendapat 1A bagi mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Pendidikan Islam, Sejarah, Matematik, Sains, Kesusasteraan Melayu, Geografi, Bahasa Arab Tinggi dan Matematik Tambahan.Selain itu dia memperoleh 1A bagi mata pelajaran Perdagangan, Prinsip Perakaunan, Ekonomi Asas, Fizik, Kimia, Tasawwur Islam, Pendidikan al-Quran dan As-Sunnah, Pendidikan Syariah Islamiah, English for Science and Technology dan serta 2A bagi subjek Biologi.


Jika tahun yang lepas Siti Fatimah Mukhtar tidak diiktiraf Kementerian Pelajaran Malaysia sebagai Pelajar Terbaik SPM 2006. Kementerian Pelajaran Malaysia tidak mahu mengakui bahawa Siti Fatimah telah memecahkan rekod Nur Amalina yang dibuat pada SPM tahun 2004. Nur Amalina hanya mendapat 17 1A sahaja, tetapi telah dijulang melambung dengan pelbagai anugerah termasuk Tokoh Maal Hijrah.

Siti Fatimah Mukhtar TIDAK di iktiraf sebagai Pelajar Terbaik SPM 2006 kerana didapati dia adalah seorang ‘penjenayah’. Antara ‘jenayah-jenayah’ yang dilakukan oleh Siti Fatimah ialah:

1.) Pelajar Sekolah Agama Yayasan Islam Kelantan. :D
2.) Anak ahli Parti Islam SeMalaysia (PAS). :D
3.) Bukan ahli Puteri UMNO Baru. :D

source : http://www.izoblog.com/isu-semasa/rekod-terbaru-spm-19-a1-1-a2


gambar rumah Madiah :
Gambar 1
Gambar 2


More info : http://keranacinta.wordpress.com/

Jumpa Nota Dari Ummi Balqis

Belek2 note list dlm pda tadi, terjumpa nota ini......... fikiran ini melayang2

Abang...I am alwes missing u... rajin2 la sms ney ekk... Ney sunyi tau abg xde.. Ney misti asek ngigau abg..cibi misti asik cari2 abg.. Tp xpe.. Ni la pengorbanan kita cari duit... Sabar aje lah kan.. Cuma, yg ney x sanggup.. Ney blk kerja.. Tp xde org kat umah.. Sedihnya...

P/s: Counting the day.

Selamat Malam Malawi!

Salam Perantauan,
Firdaus
Namiwawa,
BLZ, Rep. Of Malwi
16-03-2009

Nostalgia rumah lama (2)

********Sorry artikel ni banyak typo. Harap dimaafkan***************

Hari ini hari ahad, hari yg membahagiakan kalau time ni abbi balqis berada di kuala lumpur. . Hari inilah, aktiviti membawa balqis dan ummunya berjalan2. Selalunya jrg saya ni nk melekat dirumah, lagipun ank baru sorang org kata, kecik lagi pulak tu.. Ada sajalah halnya nk pergi, pergi kelas, pergi study group, pergi fair, pergi library. Uh, dh lama betul tak study kt national library...sekat balqis kami lahir, waktu berjln sungguh terhad, bnyk dugaan kalau nk berjalan dgn anak kecik ...kejap dia mangis nk susu, kejap dia kencing berak...kena dgn kitaorang ni yg lemah betul dlm merancang benda2 mcm ni, kalau rasa-rasa nk pergi, pergi, tak tunggu esok dah, tidor dlm kereta pun penah, skrg jadi dh tak kisah.... Tetiba kalau rasa rajin, tercongok di kelantan, tetiba di thailand, tetiba terjongol di sepang, tiba2 dibahau. Tapi tiba di Malawi. hari seperti hari ini tiada apa beza dgn hari biasa... Krija sapa ceroh mat dehe kata.. Owh ok, ni sebelum kita kemana2, saya nk umumkan, saya rasa mcm nak tukarlah tajuk aku dan sesuatu tu kepada nostalgia rumah lama. Saya rasa tajuk ini lebih sesuai. Untuk cerita no 1 tu, belek2 dkt archive. OK?

Mek dulu2 yg menoreh mcm inilah gamaknya dia rasa.... tak tahu penat kerja siang malam. Tak ada fikir nk cuti2, nak makan lauk sedap2, tak ada fikir nk jalan2 makan angin mcm orang, even dah tua2 skrg ni pun, kalu nmpk kita beli benda mahal2 dia marah... Kerana zaman kami susah dulu seringgit tu besanyar seperti 10 ringgit pada waktu itu. Ingat lagi, saya kecik2 dulu, ada la makcik tua yg berniaga kedai nasi di simpang jalan nk masuk ke rumah kami, tuan kedai tu adalah juga tuan tanah kepada rumah yang yang duduk itu.... Rumah kami tu kita buat dgn duit sendiri setelah maksu beri kebenaran duduk atas tanah dia, selalulah dia suruh saya tolong dia beli barang kedai dia, kadang2 dapat upah saya simpan, kdg2 saya sorok hehe.. tak nak bagi mek simpan. Byk yg tak berupah dari berupah.. Kalau upah pun tak bnyk upahnya, 10 sen, 20 sen mcm tu je. Bukan saya shja yg kena kerah, mek pun selalu kena kerah tolong dia dikedai dia, tanpa sebarang upah. Kata mek... Kita hidup menumpang mcm nilah..jadi hamba org sampai kesudah, tak ditolong apa kata pulak, di tolong satu kerja kita pun tak dpt buat. Mana nk dtg duit kalau mek tak pergi menoreh masa tuh...Kalau dpt upah tu lain lah ceritanya. Tahu kenapa? Sbb dialah berasa ada hak utk guna tenaga kita tanpa bayaran kerana kita menumpang tanah dia, namun tanah be-cah itu selama ini, bukan ada dpt apa2 hasil pun semak dan tanahnya berlumpur, kalau musim hujan air naik sampai keatas rumah. Tapi tak dinafikan baik hatinya, kerana benarkan kami mendirikan rumah disitu, kami sungguh terhutang budi padanya. Kerana itu, kami dari kecik mek ajar kami jgn sekali2 mkn sebarangan buah2 kayu maksu walaupun yg buruk, yg gugur. Satunya perbuatan itu mcm mencuti, dosa, kedua nanti nanti mcm2 hal org nk tuduh kita....

Mek dulu jgn main2.. Dia pernah ambik upah panjat pokok manggis maksu tuuu...tabik spring kalu org zaman skrg boleh buat mcm tu. Cerima rumah itu penghujungnya sungguh menyedihkan, ayah dikhianati jiran sendiri, jiran itu adu domba pada maksu, kerana dimata dia nmpk skrg maksu lebih baik dgn mek... Saya lupa apa dia exactly peristiwa itu, apa dia ckp sbnrnya pada maksu, igt2 lupa... Rasanya dia kata kita buat maksu, sbb tu maksu nmpk tunduk kt kita...gitulah lebih kurang. Tak sangkalah.. punyalah baik dgn ayah sebelum ni, dtg tgk tv kat rumah saya mlm2.. mandi air satu telaga.. beerak sama bergali lubang...sama2 org menumpang la kita kata, perangai jer berbeza, dia suka laga ayam, laga anak spilar...dia pandai buat wau..... Itu satu2 kemahiran yg dia ada... nasarudin, anak dia tu yg mula ajar saya laga ank spilar. Kalu gi umh dia, ayam laga dia, atau org kmpung saya panggil ayam baik , dia akan kurung dlm serkup khas tak campur ayam lain... ptg2 kerja dia membelek2 ayam2 baik dia tuh.. akhibatnya, boleh nmpk ank2 dia mostly and about to rosak & tak boleh pakai....laki bini hidup tak tenteram, bergadunh 24jam.. Aduh, mcm2 kes nk cerita. Dia ni konon2 nk berlagak seperti tuan kepada tanah tu, dan tak sedar dia tu pun menumpang juga, tapi dek kerana kita nih orang siam, dia sedaplah bercakap. Sesusah keluarga saya, motorsikal buruk ada, tv hitam putih ada..hehe. Dia, org tmpatan lagi, ada ic la kita kata mudah, naik basikal jer, rumah, jgn kata motor, tv pun tumpang thk umh saya...waktu tu umh saya femes dikalangan org2 mcm kami.... Rumah dia satu pelik, penuh gmbr perempuan berbikini....

Menurut riwayat mek katanya suatu hari, dia beritahu ayah, demo keno pindoh dah Man, tak boleh lg duduk tumpang tanah maksu ni, ada org tak suka ke demo.. Dlm sbnr2 maksudnnya dia tuju ke maksu la yg tak suka kt kami... Sbb pada dia lebih layak jadi 'ketua penumpang tanah' di kawasan itu... Bila ayah tanya dia siapa, demo tahu ko ore tu? Dia mula2 kata ... Adalah.. Pas tu lama2, ayah lama jadi tak sabar sbb mereka dua ni kawan baik, tido sebantal lah kiranya mudah kata, tiap2 masa asyik dok ulang ayat sama je... Ayah terus cut off, kalu mcm tu, tak dok ore lain dah, mung la hok tok suka aku dok sini deh... Berbalah besar harituh, siap nak pukul2 dgn kayu, bertetak bagai. Kini dh berpululuh tahun cerita tu, ayah masih tak baik2 lagi dengan dia... Dia pun sudah disisih org, sbb perangai belaga ayam dia tuh. Tak tahu kemana membawa diri.. Sekali sekala nampak dia balik...dh tua2 mgkin ada kesedaran la.... Tapi semuanya terlambat, bini dia bercerai dan kawin lain... Menduda dia sampai ketua...

Peristiwa bertetak tu berlaku tak lama lepas adik perempuan sy lahir, ayah ambil keputusan nk enjakkan rumah kami naik keatas sikit dan membesarkan sedikit anjung rumah tu, dan jiran2 nmpk kita mcm berduit...padahal org tak kira yg dh bertahun2 rumah tu ditenggelami air... Waktu adik saya lahir tu kan musim hujan.. Apa lagi, tenggelam habis ayam itik. Tambah pulak ayah baru bercadang nk beli lembu utk bela... Lagila menjuling2 mata dia. Difitnahnya mcm2 lagi... Mentang2 kita ni org siam.., bertalu-talu air mata maksu minta maaf pada mek masa kami pindah dari situ, atas apa dia buat kt kitaorang selama ini bila sedar kami dianiaya... Tapi itulah, sekejap saja kami cuba lupakan dan maafkan.

Lagi apa yg membuat saya tak lupa rumah tu dulu, Ok, ini... Cerita burung terkukir, ayah duli bela seekor burung terkukur, cantik burung tu... pagi2 ayah bangun tidur mesti agah burung tu supaya berkukur... Kru..krrruuu..krru.. Sambil petik jari... Mcm tulah bunyi lebih kurang. Pastu kumur2.. Sembur kat burung, kOnon2 bagi dia segar.... Lawak betul. Dulu selalunya memang ada pertandingan bunyi buruk terkukur... Yg galak berkukur mesti menang, sebab tu ayah setiap hari kononnya mengasah bakat burung tuh. Hehe. Mcm magic rasanya petik2 jari panggil2 dia, dia berbunyi..kur kurr..kur.kuuuuur... bestnya ayah penah ajarmcmne nk mandikan burung tu dengar sembur air dari mulut tu, tapi saya punya semburan tak sekuat ayah... Kalau saya sembur mesti lencun burung tu.. Haha.

Malam2 kami bertiga diajar mengaji.. kdg2 dgn ayah, kdg2 dgn mek.. Yg bnyk dgn mek, yg kalu nk cepat habis boleh tgk tv, mengajilah dgn ayah... Mek kalu kita malas2..selagi tak dua tiga kali baca, dia membebel.... Kalau malas ngaji saya buat2 tidur awal... Walaupun x mengntuk. Mengaji pakai cahaya pelita jerlah... pagi2 mek dkt ladang getah, kalau siang ... Dulu sebelum kilang tembakau di kg. saya terbakar, balik menoreh mek kerja kilang tembakau... Mesti mek penat gila.... Kalau tak nak Pot...pet..pot...pet... cepat2 bagi lancar bacaan. Selagi tak lancar, lagi tuh mek suruh ulang... Sampai kitaorang ni masing2... Bo eh? Bo eh mek? Maksudnya... Dah ek...dah ek mek... Haha.. Mek mmg disiplin bab ngaji quran walaupu dia buta huruf, tapi cerah hati dia kalau bab2 ibadat.

Ada lagi sambunggannya insyaallah.. Cerita kami bila musim hujan mek tak menoreh, kitaorang dikerah pergi dlm kebun getah, kutip kulat, pucuk paku buat sayur... Dah nk subuh dah ni, harus saya berhenti disini. Ilalliqa./

Namiwawa,
Rep. Of Malawi

Jawab tag adik-adik

Specially for Ojie and Neena , owh dh pandai menge-tag skrg ni; nevermind.

follow the instruction :
1)go to ur photo folder in ur pc
2)go to the 6th folder of photos
3)go to the 6th pix of the folder
4)put the 6th pix on ur blog n description of it
5)invite 6 friends to join it

Sebenarnya tok tahu lah no berapa gambar tu, tapi gambar diatas ni mcm ada sentimental value. Dengan bantal busuk dia, dengan botol susu penuh mulut dia.. Ah .. sungguh istimewa, Saya suka dan jatuh chenta pada gambar ni. Ermm.. comelnya tengok balqis peluk mek.

By the way, yang di bawah ni bukan gambar no 6. Gambar no 6 yang sebenar-benarnya tak tahu yang mana, ini lah gambar sebenarnya nak bagi kat ojie & neena tengok... ada pun ada sentimental valuenya, kikiki. peace ojie and neena. Comel sungguh monyet tu kan... Adios!


Tag seterunsnya jatuh kepada Pok mat, Pak do, Pok we, Pok kob, Pok yeh.. hehe.. Semua pok-pok yang ada.

Attn : ojie & neena...

Ekslusif mana sangat kalau tak nak faham

Rasa penat betul mlm ini, pukul 1 pagi tadi pulang kerumah.. Tapi dlm kepenatan masih lagi semangat utk menulis. Ini gara2 ptg tadilah, waktu tengah2 klimaks mengarang entry, word mobile ni suddently stuck, aduh...meroyan jgk dibuatnya sebentar, masih dok terbayang2 apa yg saya dok membebel dlm entry tadi.. In fact, satu huruf pun tak sempat save. Adalah tuh hikmah, hehe... Mgkin sy bnyk sgt bercerita pasal orang lain...

Tadi saya menulis tentang sesorg yg menafsir quran utk kefahaman diri sendiri.. Tak salah perbuatan itu, malah digalakkan lebih ramai yg tahu menghurai ayat2 Allah. Saya berckp kerana nk sanggah hujah mereka cuba mengenterpretasikan quran dgn tafsiran serong, sdgkan kaedah sebenar tidak diguanapakai. Dalam surah ada asbabunnuzulnya.. Ada sebab dan cerita disebaliknya, Cerita dlm quran bnyk yg indirectly bukan seperti yg kita bole terus ambil bulat2, dan setengahnya ceritanyaa unsur2 yg kita tak nampak, mcm dlm surah Arrahman, mengenai, syurga, bidadari, pohon-pohon dlm syurga, semua tu tak terjangkal dek akal sains kita. Perkara2 ghaib..mcm dosa,pahala. Cara penyampaian mesej itu sgt mendalam, dgn kaitan cerita kenapa dia diturunkan. Sangat ramai orang baca dan cuba memahami isi kandungan Al-quran dgn cara tersendiri tanpa ilmu kaedah yg sepatutnya. Saya tak berani kata ia tak betul, tapi tak tepat. Yang kalau mana seseorang yg belajar ilmu tafsir dia akan tahu, apa maksud & perkaitan perkataan tertentu yg sebenarnya. Tak kurang sebahagian golongan yg sebegini yg cuba menafsir untuk kepentingan diri tanpa mengambil kesemua isinya yg patut dirujuk. Penafsiran yg sebenarnya, utk org seperti kita ni harus berserta qoute rujukan sumber tafsiran mana yg kita pakai, pimpinan arrahman contohnya, atau tafsiran dari ulama-ulama muktabar. Memahami makna bukan seerti dengan memahami tafsir... Saya pernah bersuara pada org seperti ini, jgn ambik penafsiran seperti baca buku cerita, begitulah maksud saya sebenarnya... di perlinya saya semula, katanya, ramai org mcm saya ni igt islam itu ekslusif pada orang yg mengaji agama sahaja, jawab kurang berilmu dari si penafsir tadi. Saya tak pernah kata, islam ni agama yg ekslusif tapi dalam ilmu memahami al-quraan saya tahu kita tak boleh cedok sekerat-sekerat, yg mana kita suka saja. Kalau ilmu matematik ada methode, iaitu cara nk faham ilmu-ilmunya, seperti mana evaluate yg ada hubungan dengan intergralnya, Alquran kita lebih lagilaa.. Dan amaran keras kat sini pada yg tak faham konsep pengajian islam, ni jangan persenda pada sistem pengajian pondok dan sekolah ugama dengan meatakan sekolah biasa pun belajar agama, belajar agama yg mcmna? Cukup ker denan puasa sembahyang saja? Pengajian islam ni bersanad, kita jgn lupa tu, daripada nabi turun kepada sahabat, daripada sahabat turun kepada alim ulama... Kalau kita tak pernah belajar apa itu tafsir al wadih, kita rasa kita sudah tahu dan mampu faham isi Alquran sendiri tanpa rujuk golongan alim ulama itu sesuatu yg pelik. Itu umpama anda seorang arkitek yg tak tyg cuba mengubati pesakit kencing manis. Golongan seperti inilah yg mencetuskan kekeliruan hari ini, kearah meliberalisasikan islam. Nampak kecik dan mudah shja , tapi orang kita nih sgt yakin bila dia dikira pandai dlm sesuatu bab, bab seperti agama dh tak perlu rujuk guru-guru dan alim ulama lagi. Small matter pada org ini, dia dah boleh baca dan faham sendiri kata mereka..terjemahan ada berlambak2. Tapi bukan itu yg saya nk sampaikan, matlamat saya nk bgitahu pokok pangkalnya org begitu yg merasa islam agama ekslusif sebab dia tak tahu pun dlm islam pun ada kaedah.

Al-quraan ada tafsir,ada qiraat, ada tajwid. Semua pengajian ini berkaedah... tak cukup kalau tahu tafsir sahaja, nk kena berserta dgn sunnah kalau perlu... Tak eksklusif kan? cuma kita jer sentiasa tak der masa nk ambik ilmu-ilmu tu semua..kt sekolah kerajaan, ilmu ni tak ada... Usahlah ckp subjek pengajian islam kt sekolah tu, pada saya ia hanya seakan pendidikan moral utk yg bukan islam. Pada golongan ni ilmu sains saja yg mereka anggap perlu, sebab dgn itu sahaja boleh buat duit.. duit lebih penting dari segalanya utk golongan sekular. Agama time perlu sahaja dia cari. Amaran saya, jgn kau cuba membaratkan islam kerana Islam tak ada yg kurang padanya.. Kerap kali berlaku pada org yg berpendidikan sekular, tak nafi pada gologan agama pun ada, tapi itu yg kelas-kelas mengaji sekadar lulus dan bercita2 menjadi pendusta agama seperti astora. Saya kata begitu kerana ada golongan islam kita sekarang ni seperti lantang mengherdik golongan ulama, dgn konon mereka pun berhak menyuarakan pandangan mereka melalui penafsiran ayat al-quran serong mereka, lebih lemah lagi rujukan pun entah mana dikutip, sbb kalau pada mereka ni terjemahan alquran itu semua sama, tak tahu yg pendakwah orientalis pun ramai yg menterjemah al-quran, tapi tafsiran ikut kefahaman dia orang lah. Ramai yg berpendikan luar negara yg mengagungkan cara barat lebih dari mengagungkan cara islam dlm mengamalkan hal2 keagamaan, termasuk cara mereka bertoleransi dengan agama lain. Mereka tak mengapa berbuat joke pada pope, pada jesus, bible mereka. Silapnya org kita, menggangap org barat itu selalunya beragama kristian, hakikat sebenarnya lebih ramai org mereka ni yg freethinker. Mereka ni lebih suka hidup tidak terikat pda mana2 aturan. Tak ada agama yg betul pun mereka ni.. So kalau dia nk kutuk agama kristian, islam... Doesn't matter pada dia. Tapi kita, kita kena sedar yg kita ni beragama. Nabi muhammad itu junjungan besar yg patut kita muliakan dgn selawat dan salam. Bukan seperti tidak ekslusifnya kristianiti sehingga ada yg meletakkan agama hanya keperluan sampingan sahaja. Golongan elit dan berpendidika barat inilah beriya menuntut islam ni bukan ekslusif pada yg alim ulama, sbb mereka terdedah dengan keterbukaan barat mengamalkan kaedah itu pada agama mereka.

Kristian kalu org tak pergi gereja dia ajak dgn baik, itu betullah cara yg bagus, Memang benar sikap setengah orang kita yg faham, suka ignore pada org2 ini... Cara itu, sebenarnya hanyalah yg buat anggapan pada islam lebih jauh.... Mereka ni susah nk diajar... Kita sekarang tak payah lagi nk bermusuh dgn Amerika, kita dgn kita sendiri pun bermusuh. Amerika tak payah susah2 nk kuatkan tentera mereka nk lawan kita.. Dia tahu kita dgn kita pun lemah. Saya lebih suka begini, biarpun agak radikal, kalau golongan ini tak suka cara islam, trus terang kita isytihar sahaja mereka ni keluar dari islam, tak der lagi nk berselindung dibalik nama Islam.. Senang puak kita nak perang... Ni mengaku islam, tapi tak suka cara islam. Apa nama tuh?

Si miskin itulah yang kaya

Aduh, rasa penat otak nak berhadapan dugaan ini, saya ingin mengeluh.. anda mgkin pernah berdepan dgn situasi begini, dibuat salah tak dibuat pun salah.. macamana kita ni nak mengukur kepandaian org kalau kita awal2 lagi menganggap orang lain semua tak pandai? Bagi saya semua ini karut, ada sesuatu sebenarnya kalau seseorang tu berperasangka begitu pada orang. Pertama dia pun seperti orang tu jugak. Macam contoh , kita berbangga kita sebagai anak yang baik sebab kita selalu bagi duit mak kita tiap-tiap bulan, dan assume orang lain tak pernah bagi duit kat mak dia, cerita sebenarnya ,in fact kita buat mcm tu sbb nk tunjuk kt org jelah sbnrnya. Org lain bgi skali sminggu pun x ada nk heboh2. Malangnya dia lebih2 nk tunjuk kt org... apa pesen? Entah2 org mcm tu dulu-dulu sebenarnya sama macam org lain yg tak bagi jgk.. Apa benda pun tak jadi kalau kita ni tak percaya pada kebolehan orang. Kita tak percaya sebab kita pun macam tu jugak sebenarnya. Entah, pening jugak ni nak bagi menerangkannya… nanti kalau saya ada istilah tepat saya bagitahu kemudian. Status big man tak melabangkan orang itu bijak, orang kaya ramai juga yang tak pandai… tapi sebab dia berduit orang rasa dia pandai. Mestikah manusia yang ada banyak duit dulu baru kita nak hormat? Itulah yang berlaku pada manusia seperti ini, Tak tenteram hidup kalau kita asyik nk mencari kesalahan, saya tahu kenapa manusia jadi begitu... Kerana pangkat dan tak nk tunjuk dia tu langsung tak bodoh... pertahankan kebodohan..cakap kita-kita ni mana ada satu yg boleh di iyakan.. cakap dia semua nk org yes kan... Apa benda tu. Dgn saya, org mcm ni selalunya tak lama, sumpahan org mcm kita jadi selalunya. Yang buruk lagi dh tahu tak betul, bila diri tu dh serba salah cuba sedaya upaya nk meyakinkan org lain... Masih nk tegak benang. Takleh nk ckp apa.. Yes man jerlah.

Saya cuba tak nak jadi rasis disini, tapi saya rasis dgn org mcm ini, rasis saya kerana perbuatan itu saya anggap menganiya org, menganiaya org yg dia tahu tak melawan. Lawan sikit nak ugut.. Nk buat mcm pening2 serabut.. Tapi silap, dpn mgkin tak melawan bnyk, tapi hati menyimpan. Bukan dendam, tapi berharap tuhan bagi petunjuk kt org ini. Berharap suatu hari mgkin, kita ni bila saya ker anak saya ker jadi cikgi, pensyarah, prof etc., mungkin anak2 org mcmnilah yg akan dtg tuntut markah dengan kita sebab tak cukUp point nk grad. Nak markah boleh.. Mesti saya akan bagi assignment gila2 susah kt budak mcm ni... Usaha malas harap nk membodek, apa igt mak bapak anda kaya jutawan, ada pangkat boleh beli markah, markah aku lebih mahal dari harta bapak engkau.. Cewah, saya berangan2 skejap. Hu.... Terasa jaaaaaauhnya lagi nk sampai situ..Kawan-kawan, nasihatkanlah saya ni bersabar..dan Insyaallah, saya bukan berdendam orgnya... Tapi harga kemaafan saya pada org ini bukan murah. Saya dan keluarga berdepan kesusahan dari zaman bila lagi. Tak sudah-sudah...nk dikira dgn jari tak terhitung, kita boleh lupa. Tapi sepemaaf2 org pun, jgn kta tak der sikit pun dia simpan. Tuhan pun boleh maafkan org bila dia bertaubat, dgn kita dtg mitak maaf pun tidak, apa tidak.. Mcmner tu. Persoalannya mahu ker org mcmtuh nk kisah apa perasaan kita? Orang melayu ni ramai percaya pada hadis sedangkan nabi ampunkan ummatnya. Tak ada hadis yg ckp mcm tu, hadis org melayu adalah.. Dh sng2 buat dosa dgn org, harap org mudah maafkan dia. Dilema betul org kita ni.

Waktu menyudahkan entry ini, Saya di kedai alibabamembeli sedikit pizza utk trainee . Harini user training utk IT Dept kt sini dan hari ini hari pertarungan hidup dan mati saya disini.. Kemuncak segala kemuncak. Sistem akan diguna pada hari ahad ini. Mudah-han x der halangan dan boleh balik ikut jadual. Namun hati ni ttp tak percaya ia takkan sudah disitu..maka mcm lah karenah masalah problem saya nanti. Entah-entah lebih dasyat daripada yg selama ini. Tak penting dah lagi pada saya.. Biar kita ada kesamarataan antara dunia dan akhiran. Kejar yg dunia, akhirat tercicir, keja akhirat dunia kita tercicir. Perjuangan itu yg harus juangkan.



Berharap kerja-kerja saya disini selama ini mudah2an ia diberkati sahaja...tak der pangkat, harta menimbun yg ingin saya kejari... Saya ingin menimba ilmu... Cukup dengan diri kita, anak, keluarga kita diasaskan kepada ilmu dan keselesaan itu akan dtg lambat laun.. Utk insan yg bertungkus lumus cari duit siang malam igtlah, dlm konsep rezeki ada konsep keberkatannya.. Kita sering percaya rezeki itu tetap ada dan kitalah tuan yg punya atas apa yg dimiliki. Mcmna kalau esok kita sedar kita hilang segala-galanya. Rezeki kita itu belum tentu kita yg dpt nikmatnya. Mungkin ia hanya utk disampai kepada org lain melalui kita.. Tapi yg mcmne pilihan kita, rezeki berkat atau kerbat. selagimana kerja kita tak diberkati, apa yg kita kejari, kita mungkin dapat. Tapi kita tak tahu munGkin esok atau lusa tuhan tarik kesenangan kita. Pada mereka yg sudah dikaburi wang ringgit mungkin pengajaran yg kecil itu masih tak cukup mengingsafkan mereka... Maka sebab itulah tuhan menciptakan mizan utk kta. Mizan yg akan menentukan mana itu kebenaran dan mana itu kebatilan. Allahualam bissawab.



Alibaba Takeaway,
Blantyre.
2:05 PM GMT+2

Gambar-gambar fresh dipetik dari pda;








Dalam sixpence ada ceritanya

| 1 comments

Memandangkan encik boss pukul 7 tadi sudah nmpk berapa kali menguap dan dh pun terlelap atas kerusinya.. Ada tanda2 awal skejap lagi dia akan ajk saya balik. Benar sungguh, dua jam kemudian dia tetiba tersedar, gosok2 mata konon2 saya tak perasan dia sudah sejam lebih tertidur. Lentok baiiik punya. Tetiba, terdengar... Jom balik ah.. Ting! Saya buat2 muka mcm mengantuk walaupun otak tetiba rasa segar. Fuh... Tak terkata bahagianya malam ini.

Cerita apa harini saya nak tulis, belum ada tajuknya lagi ni.... Insyaallah akan difikirkan nanti. Terima kasih encik mata...masih memberi ruang saya berblogging. Sambil menaip apa yg terlintas, sambil ppc ni mendengangkan mp3 yg ada, silih berganti lagu-lagunya, hingga ianya menghinggap ke lagu nyanyian sixpence none than richer, ingatan saya melayang ker zaman saya muda-mudi dulu. Back to 2 tahun sebelum, zaman tu adalah zaman ummi balqis masih dengan gaya kasut converse dan jeans jrg2 basuhnya itu. Memang ummi dan abbi balqis dulu-dulu selekeh habis... Tapi ummi balqiss dh hensem bnyk skrg, abbi hensem sikit jgk la..hehe. Ok, cerita yg tak sangka2 sekali menjelma, 2 tahun kami hanya ber aku-engkau. 2 tahun lepas tuh tetiba terjebak ke lembah jiwa-jiwa... aku-engkau pada saya sesuai waktu kita untuk menilai hati budi, aku engkau bermula dari kosong tanpa ada sebarang dihati perasaan ganjil-ganjil, rindu dan sayang menyayang dan whatsoever.. Aku-engkau memang aku aku , engkau engkau. Dan masa itu, saya belum ada rasa nk menjebakkan diri dengan dunia sayang menyayang ni, saya punya nekad kuat untuk habiskan belajar.. Saya memang pasang angan2 nk merantau ke England dari dulu. Tapi org selalu kata, bila seru sudah sampai, lari kemana pun... Akan sampai jugak.. Memang sudah lama dan jarang2 saya tak pulang ke opis waktu itu, suatu hari tu saya terima satu sms dari org yg sama tapi nadanya berbeza dari yg biasa ...bunyinya lebih kurang...." Sekarang siapa yg sombong? ."

Masa saya mengirim balas mesej apa yg patut, hari itu kena dgn hari dimana kematian arwah atuknya. Saya masih igt, dlm2 dia rasa sedih2 mcm mcm tuh pun, ada ker saya suruh beli souvenir lagi bila naik kl. Memang tak patut. Tapi perasaan tak ada yg ganjil, cuma adalah sikit timbul persoalan...curiga kerana kalau dulu-dulu, sms yg saya forward ker, sms yg "oit aper citer" pun sampai kdg2 2-3 hari baru berbalas, tapi hari itu, dan hari berikutnya, frequency sms mendadak naik..tidak seperti selalu.. Sampai hari saya mendaftar di USM bulan berikutnya, boleh rasa jauh sungguh jarak USM dgn KL... Baru duduk sehari saya rasa lama.. Dan begitulah hakikat mahabbah -(kasih sayang, cinta dan apa shja) sekejap sahaja tuhan jatuhkan benih2 itu diantara hambanya kalau dia nak... Tidak, kenapa aku berperasaan begini... hatiku rupanya masih ada di Kuala Lumpur.. Terus saya terlupa tentang janji pada diri yg dulu, dan kenapa selama ini ia tak terlintas, sampai dlm hati ni antara percaya dan tidak, bertalu2 soalan "eh biar betul. Aku-engkau-awak-saya-xxx-yyyy? Haha.. Memang nak melompat terjun bangunan rasa". Ok let finish it, memang! lagu bnyk memainkan peranan utk kita mengingatkan kita tentang sesuatu. Dan lagu Sixpence itu bukan hanya lagu, ia kisah 2 bulan yang penuh berliku-liku. Dan 2 bulan kemudian itu sahaja kami ditunangkan....Masa itu saya rasa yg wow.. It's truth...... Kenapa kita buat itu, kenapa kita buat ini, rupanya Allah dah rancang, pasti ada hubungkait dengannya.

Next topik, balqis. Apa khabar anak abbi balqis? Lama tak dgr balqis bebel atatatar.... Masih bulat lagi ker anak abbi... Minum susu bnyk2... Cepat besar. Nanti jgn terkejut tgk abbi masa jemput kt Airport... Hehe.. Malam ni langit malawi sungguh cerah, bulan mengambang penuh.. Tak ada bintang, menandakan hari esok belum tentu kering. Dulu-dulu itulah panduan mek. Malam2 sambil asah pisau toreh, mendongak kelangin takut2 esok hari hujan. Kalau kita nmpak bintang, itu tandanya esok kering.... Selalunya, itulah tanda2nya. Memori di rumah pertama dulu tu, masih ada kenangan tersimpan. Akan saya sambung cerita itu kemudian nanti insyaallah. Aku dan kenang(2) bakal menyusul.

Adik saya yg lahir tu kini sudah pun belajar di universiti. 21 tahun sudah berlalu, ada yg saya igt ..yang dah lupa pun ada.... Bukan senang utk jadi org yg berjaya hidup di negara orang yg asing bagi kita, kehidupan yg bermula dengan hanya menjadi kuli estate getah, menongkah arus kehidupan yang penuh pancaroba dan ketuanan melayunya. Saya pun rasa cabaran mcmana mencari rezeki di tempat asing seperti ini, tapi derita itu tak akan pernah sehebat yg ibu saya tanggung....saya tahu kerana saya anak penoreh getah.

Aku dan sesuatu (1)

Entah kenapa, mlm ini saya rasa berasa OK bersengkang mata menulis entry blog. Selalu klu tgh2 mlm sampai2 dirumah saja tak smpt apa2 terus tumbang... Cuaca di Blantyre kebelakangan ini dingin, hujan setiap hari. Adakala tak sanggup mandi pagi kalau air panas takder. Melalui jln depan mount sochee hotel tadi buat mata saya memandang kiri dan kanan jalan, selalunya unggas-ungas malam malawi berpeleseran disitu mencari pelanggan. Jalan itu umpama chow kit di KL, tapi malam ini lengang dan bisu dari kelibat manusia, mungkin semua unggas dh masuk sarang? Berembun dan sejuk sekali kt luar masa2 begini.

Dah 1 pagi malawi time, 10 march 2009, mata ini masih belum sudi memejamkan dirinya. Ada kenangan yang terimbau sejak petang semalam, bila terlihat keriangan kanak-kanak malawi bermain menggelek tayar kereta yg sudah tak dipakai. Dalam hati dtg terintas, ini permainan saya 20 tahum dulu. Wah bangga.. rupanya, kat sini masih ada permainan sama yg masa kecik dulu saya suka bermainnya bersama nasarudin dan mahasan, kawan yg sejiran yang mak mereka sama kerja menoreh dgn mek. Tapi syg sekali, kedua mereka belajar tidak tinggi. Kedua mereka pun ada krisis keluarga. Dan dimana pun mereka berada sekarang ini saya tak pernah melupakan kenangan saya , mereka dan permainan itu. Permainan itu memang pada waktu itu dilabelkan untuk ciri2 kanak-kanak yg tercicir & tak ada harapan dlm pelajaran. Tapi saat itu, itulah permainan yg menggembirakan hati saya dan kawan-kawan senasib.. Cuma saya ini tidaklah secekap mereka berdua menggelek tayar ditempat yang banyak-banyak korner. Bukan senang beb, sape pernah main tahulah.... Permainan dia dgn menggunakan sebilah kayu utk putarkan tayar tu... Sunguh adventureous. Saya banyak kalah dalam bnyk permainan dengan mereka ni, mereka cukup hebat dlm permainan senapang patah (saya tak ada), melastik burung, tahan pukat, laga anak sepilar, kalu bulan puasa juara mercun spark plug. Salah mana sgt melastik burung, main gelek tayar bagi utk budak2 mcm kami yg tidak ada brick game, dam ular, saidina utk di main. Geng2 gelek tayar dan lastik burung selalunya dilabelkan budak tangan panjang sbb kemiskinan ibubapanya.. Mak bapa yg rasa diri dia kaya tak suka bagi anak2 dia bergaul dengan geng ini takut anak dia sama terjebak tgn panjang kononnya. Jadi kalau saya hendak berkawan dengan anak mereka saya harus tinggalkan geng mahasan dan nasarudin. By that time, no way..

Saya tahu tinggi mana taraf sangat mereka nak ckp kawan2 senasib dengan saya itu tak ada masa depan... entah2 anak mereka yg tak jadi apa. Hingga mek pun takut nak bagi saya berkawan kdg2 tuh... Takut dipandang negatif pada org2 kaya. Saya tetap berkawan..Main wau, bidas burung, main gurah, main neting, gelek tayar. Mungkin mereka ni agak nakal sedikit tapi tidak keterlaluan seperti yg org ingat, orang hanya bila kerana org itu tak mampu, miskin, papa terus kaitkan dengan benda negatif, mcmner org seperti itu nak jadi baik dimata orang? Tak jahat pun org ckp jahat jgk.. Kalau dia tak fikir panjang baik jadi jahat terus.. Secara tak sengaja org itu mewujudkan perasaan dendam dlm hati kanak2 ini. Pada dia mgkin suatu hari dia akan membalas, kalau tak utk dia, utk kawan2 dia... Walaupun kawan dia tak suruh.

Kembali semula pada permainan tadi, ia jadi permainan petang2 saya kerana hanya permainan begitu yg mengiburkan hati org seperti kami waktu itu, 80an. dan biar jijik perspeksi di mata orang, agung dimata saya dan kawan-kawan. Hey kawan, jgn lupa yg kanak-kanak kecil seperti saya & mereka ini pun punya hati. Ada lagi satu tempat yang selalu saya kenang sampai kini, dulu-dulu belakang rumah saya itu, ada sawah padi yg orang dah lama tak diusahakan. Kami panggil dia becah..ejanya be-cah. Kat situ ada banyak ikan2.. Ada satu anak sungai....tempat saya dan kakak-kakak mandi manda. Kecik-kecik dulu, waktu malam rumah kami tak der elektrik mcm org dan rumah itu terpeosok jauh dari orang.....saya berjiran dengan nasarudin yg sebaya dengan saya. Rumah kami pakai pelita sahajalah. Malam2, kalau bulan mengambang, terang benderang halaman rumah. Saya, mek, kakak-kakak, ayah suka ambik angin atas pangkin depan rumah kalau bulan terang. Tapi side belakang rumah tu malam-malam takut kalau nak kena turun 'ben-rak'. Dulu-dulu kawasan kejiranan kami tu, org2 mcm kami masih ramai yg tak mampu ada jamban... konsep gali dan kambus. Kadang-kadang time tengah dh syok2 meneran ada anak jiran2 yg suka mengusik tetiba tercongok kt belakang dgn lampu suluh menyuluh muka dia. Hadui kecut perut...berkebok cabut lari naik atas rumah. Tak dan nak basuh berak.. Maklum kita nih budak sangat lagi... Tak der saper nk teman, penakut. Tapi kadang2 k.mah suka temankan....dia tu pun penakut, turn dia saya jugak teman dia..dia pun pernah kena org tetiba dok belakang suluh lampu kt muka. Huuu.... Takut gila. Selalu peranan peneman dia kena tolong pegang pelita. Diri sendiri bawak cangkul dan gali. Kecik2 dulu ayah tolong galii... Hehe tak larat angkat cangkul. Gali kena dalam2... silap2 aribulan terpijak taik sendirik. Lepas tu di rumah tu, kalau bangun pagi2 semua pakat korek hidung, sebab asap pelita tu buat hidung jadi hitam. Saya dan kakak-kakak suka check hidung masing2 sama2, dah cek masing2 banding saper lagi hitam.. Syukur saya dpt rasa zaman susah itu dan boleh cerita hari ni.

Lagi satu, belakang rumah ada pokok jambu kayu...yg biji dia warna pink kalau masak. Pokok tu jadi sumber kepada saya menyanyi2 diatas pokok menghibur hati... K. Mah & k.moh suka buat port bawah rumah dengan permainan masak2 dorang yg kadang2 saya pun jn sama. Waktu Mek pergi menoreh, k.moh yg menjaga kami berdua. Kadang-kadang kami bertiga ikut mek & ayah menoreh. Tak buat apa pun, cukup masa melantak nasi yg mek bungkus dlm tupware..... Seronok betul time mkn bawah pokok getah. Saper pernah rasa feel tu, memang tahula.. Dengan tgn mek yg berbau getah.. Gaulkan makanan dan suapkan utk saya yg mengada2, takkan dpt rasa dh feel tu harini.

Tapi yg best, antara rumah jiran yg kt situ, rumah saya jer ada tv, zaman tu zaman hitam putih ada lagi.... Nk pasang kena sambung pada bateri. Sila sambung meletop tv. Ha... Ni lagi satu benda yg org jarang dpt rasa. Mlm2 jiran2 semua pakat bertenggeg kt umh saya nk tgk cerita.. Hehe... Happenning, mcm panggung wayang jadiknya. Layan sampai habih siaran. Kalau musim ada wayang gambar, ayah akan bawak kami sekeluarga pegi tgk, cerita hindustan lah selalunya. Wayang gambar dulu2 tu yg mcm screen lcd skrg ni... RTM time2 akan dtg tayang kt tgh2 padang tgh2 mlm... Macam pesta malam tu kg bukit bunga. masing2 berhimpun tgh2 padang. Itu cerita wayang..

Musim tengkujuh, 1988, lahirlah seorang adik yg lama saya idamkan, sy sudah 6 tahun waktu tuh... waktu tu, cukup sedih... Mek baru beranak, banjir, keliling rumah penuh air. Tak bergerak kemana. Kerja apa pun tak boleh buat sbb hujan.. Makan saja apa yg ada. Ikan darat (sungai) bnyk......yg sya igt mkn daging busuk yg diperap lama dlbotol. Itu mknn terdesak kami. Mek apa lagi, sengaja tidak mahu pergi klinik, sebab kami mmg tak ada duit. Lagi2 tak ada kerakyatan... Mek sanggup dimaki oleh bidan kerajaan, asalkan dia dpt beranak dekat rumah. Bagi Saya org nak senang kerja dia tanpa kira kesusahan org memang bullshit. Saya sendiri sabar menunggu mlm tu, bidan kampung (arwah) yg membidankan mek sungguh penyabar. Semoga Allah balas kebaikan dia...Bintang-bintang bergembira malam itu, seperti juga saya. Rasa dunia terang dan luas dgn kehadiran seorang adik yg ditunggu selama ini.. Gembira, teruja, saya kini sudah ada seorang adik....perempuan. Lalu itu saya bergelar abe hingga hari ini.

Jauh sudah perjalanan hidup ini, jln yg penuh beranjau saya lalui... bertalu2 air mata kami mengiringi perjalanan itu. Tak kan pernah saya lupakan.

4:09Am
Namiwawa,
Malawi