Rasa penat betul mlm ini, pukul 1 pagi tadi pulang kerumah.. Tapi dlm kepenatan masih lagi semangat utk menulis. Ini gara2 ptg tadilah, waktu tengah2 klimaks mengarang entry, word mobile ni suddently stuck, aduh...meroyan jgk dibuatnya sebentar, masih dok terbayang2 apa yg saya dok membebel dlm entry tadi.. In fact, satu huruf pun tak sempat save. Adalah tuh hikmah, hehe... Mgkin sy bnyk sgt bercerita pasal orang lain...
Tadi saya menulis tentang sesorg yg menafsir quran utk kefahaman diri sendiri.. Tak salah perbuatan itu, malah digalakkan lebih ramai yg tahu menghurai ayat2 Allah. Saya berckp kerana nk sanggah hujah mereka cuba mengenterpretasikan quran dgn tafsiran serong, sdgkan kaedah sebenar tidak diguanapakai. Dalam surah ada asbabunnuzulnya.. Ada sebab dan cerita disebaliknya, Cerita dlm quran bnyk yg indirectly bukan seperti yg kita bole terus ambil bulat2, dan setengahnya ceritanyaa unsur2 yg kita tak nampak, mcm dlm surah Arrahman, mengenai, syurga, bidadari, pohon-pohon dlm syurga, semua tu tak terjangkal dek akal sains kita. Perkara2 ghaib..mcm dosa,pahala. Cara penyampaian mesej itu sgt mendalam, dgn kaitan cerita kenapa dia diturunkan. Sangat ramai orang baca dan cuba memahami isi kandungan Al-quran dgn cara tersendiri tanpa ilmu kaedah yg sepatutnya. Saya tak berani kata ia tak betul, tapi tak tepat. Yang kalau mana seseorang yg belajar ilmu tafsir dia akan tahu, apa maksud & perkaitan perkataan tertentu yg sebenarnya. Tak kurang sebahagian golongan yg sebegini yg cuba menafsir untuk kepentingan diri tanpa mengambil kesemua isinya yg patut dirujuk. Penafsiran yg sebenarnya, utk org seperti kita ni harus berserta qoute rujukan sumber tafsiran mana yg kita pakai, pimpinan arrahman contohnya, atau tafsiran dari ulama-ulama muktabar. Memahami makna bukan seerti dengan memahami tafsir... Saya pernah bersuara pada org seperti ini, jgn ambik penafsiran seperti baca buku cerita, begitulah maksud saya sebenarnya... di perlinya saya semula, katanya, ramai org mcm saya ni igt islam itu ekslusif pada orang yg mengaji agama sahaja, jawab kurang berilmu dari si penafsir tadi. Saya tak pernah kata, islam ni agama yg ekslusif tapi dalam ilmu memahami al-quraan saya tahu kita tak boleh cedok sekerat-sekerat, yg mana kita suka saja. Kalau ilmu matematik ada methode, iaitu cara nk faham ilmu-ilmunya, seperti mana evaluate yg ada hubungan dengan intergralnya, Alquran kita lebih lagilaa.. Dan amaran keras kat sini pada yg tak faham konsep pengajian islam, ni jangan persenda pada sistem pengajian pondok dan sekolah ugama dengan meatakan sekolah biasa pun belajar agama, belajar agama yg mcmna? Cukup ker denan puasa sembahyang saja? Pengajian islam ni bersanad, kita jgn lupa tu, daripada nabi turun kepada sahabat, daripada sahabat turun kepada alim ulama... Kalau kita tak pernah belajar apa itu tafsir al wadih, kita rasa kita sudah tahu dan mampu faham isi Alquran sendiri tanpa rujuk golongan alim ulama itu sesuatu yg pelik. Itu umpama anda seorang arkitek yg tak tyg cuba mengubati pesakit kencing manis. Golongan seperti inilah yg mencetuskan kekeliruan hari ini, kearah meliberalisasikan islam. Nampak kecik dan mudah shja , tapi orang kita nih sgt yakin bila dia dikira pandai dlm sesuatu bab, bab seperti agama dh tak perlu rujuk guru-guru dan alim ulama lagi. Small matter pada org ini, dia dah boleh baca dan faham sendiri kata mereka..terjemahan ada berlambak2. Tapi bukan itu yg saya nk sampaikan, matlamat saya nk bgitahu pokok pangkalnya org begitu yg merasa islam agama ekslusif sebab dia tak tahu pun dlm islam pun ada kaedah.
Al-quraan ada tafsir,ada qiraat, ada tajwid. Semua pengajian ini berkaedah... tak cukup kalau tahu tafsir sahaja, nk kena berserta dgn sunnah kalau perlu... Tak eksklusif kan? cuma kita jer sentiasa tak der masa nk ambik ilmu-ilmu tu semua..kt sekolah kerajaan, ilmu ni tak ada... Usahlah ckp subjek pengajian islam kt sekolah tu, pada saya ia hanya seakan pendidikan moral utk yg bukan islam. Pada golongan ni ilmu sains saja yg mereka anggap perlu, sebab dgn itu sahaja boleh buat duit.. duit lebih penting dari segalanya utk golongan sekular. Agama time perlu sahaja dia cari. Amaran saya, jgn kau cuba membaratkan islam kerana Islam tak ada yg kurang padanya.. Kerap kali berlaku pada org yg berpendidikan sekular, tak nafi pada gologan agama pun ada, tapi itu yg kelas-kelas mengaji sekadar lulus dan bercita2 menjadi pendusta agama seperti astora. Saya kata begitu kerana ada golongan islam kita sekarang ni seperti lantang mengherdik golongan ulama, dgn konon mereka pun berhak menyuarakan pandangan mereka melalui penafsiran ayat al-quran serong mereka, lebih lemah lagi rujukan pun entah mana dikutip, sbb kalau pada mereka ni terjemahan alquran itu semua sama, tak tahu yg pendakwah orientalis pun ramai yg menterjemah al-quran, tapi tafsiran ikut kefahaman dia orang lah. Ramai yg berpendikan luar negara yg mengagungkan cara barat lebih dari mengagungkan cara islam dlm mengamalkan hal2 keagamaan, termasuk cara mereka bertoleransi dengan agama lain. Mereka tak mengapa berbuat joke pada pope, pada jesus, bible mereka. Silapnya org kita, menggangap org barat itu selalunya beragama kristian, hakikat sebenarnya lebih ramai org mereka ni yg freethinker. Mereka ni lebih suka hidup tidak terikat pda mana2 aturan. Tak ada agama yg betul pun mereka ni.. So kalau dia nk kutuk agama kristian, islam... Doesn't matter pada dia. Tapi kita, kita kena sedar yg kita ni beragama. Nabi muhammad itu junjungan besar yg patut kita muliakan dgn selawat dan salam. Bukan seperti tidak ekslusifnya kristianiti sehingga ada yg meletakkan agama hanya keperluan sampingan sahaja. Golongan elit dan berpendidika barat inilah beriya menuntut islam ni bukan ekslusif pada yg alim ulama, sbb mereka terdedah dengan keterbukaan barat mengamalkan kaedah itu pada agama mereka.
Kristian kalu org tak pergi gereja dia ajak dgn baik, itu betullah cara yg bagus, Memang benar sikap setengah orang kita yg faham, suka ignore pada org2 ini... Cara itu, sebenarnya hanyalah yg buat anggapan pada islam lebih jauh.... Mereka ni susah nk diajar... Kita sekarang tak payah lagi nk bermusuh dgn Amerika, kita dgn kita sendiri pun bermusuh. Amerika tak payah susah2 nk kuatkan tentera mereka nk lawan kita.. Dia tahu kita dgn kita pun lemah. Saya lebih suka begini, biarpun agak radikal, kalau golongan ini tak suka cara islam, trus terang kita isytihar sahaja mereka ni keluar dari islam, tak der lagi nk berselindung dibalik nama Islam.. Senang puak kita nak perang... Ni mengaku islam, tapi tak suka cara islam. Apa nama tuh?
Posted by Firdaus Al-Fatani at Sunday, March 15, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment