Showing posts with label Memori. Show all posts
Showing posts with label Memori. Show all posts

Beli Jam

Saya asalnya tak memakai jam dari kecil, pernah sekali saya buat perangai tok rti bahasa... melalak-lalak menangis depan orang ramai di stesen keretapi Yala dengan mek, kerana saya beriya2 sangat ingin memiliki sebiji jam yang berharga 300 Baht. Cantik jam itu bagi makhluk tak pernah memiliki jam seperti saya. Ibu pasti cukup marah dengan saya bilamana beliau (terpaksa walaupun tak ada duit) membeli jam tersebut kerana takut ketinggalan keretapi. Sedangkan waktu itu kami dalam perjalanan dari Thailand-Kelantan melawat saudara mara dan pulang untuk beraya. Saya pulak buat perangai tak reti bbaso.. parok nise.

Hari ini saya beli sendiri sebijik jam Casio sebagai hadiah untuk diri. Sepasang, satu dihadiahkan isteri dan satu untuk diri. Harganya tidak lah semahal masa yang Allah berikan pada saya, berbaloi untuk kegunaan sendiri... mampu dimiliki oleh sesiapa. Saya selama ini masa saya hanya menumpang masa orang (tumpang jam orang). Bila terkenang kisah-kisah waktu kecil, saya jadi tersentuh dengan kesabaran ibu saya menangani karenah anak-anak.. tambah lagi bila saya sudah ada anak sendiri sekarang, saya rasa tindakan itu sungguh suatu melampau. Masakan tidak.. semacam memeras ugut pulak. Kenakalan saya memang tak boleh dibendung... Kalau dalam bab ini saya memang takkan menyerah kalah dengan kakak-kakak saya yang lain. Kalau saya terpaksa menangis meronta2 untuk mendapatkannya saya rela. Ini kerana itu hari terakhir kami di Thailand dan dek kerana dah lama saya menyimpan angan-angan tu bila saya dapat duit raya nanti... Tetiba...sesuatu yang tak dijangka terjadi.. jiwa saya meronta2.. memberontak kerana saya mana terdedah dengan benda itu semua waktu kecik.. Masakan tak terliur tengok kawan-kawan pakai jam. Berange meme lebih sokmo... tok pade.

Itulah....cerita zaman budak-budak, fikiran yang masih tak matang. Waktu tu hati saya sungguh 'luka dan parah' seperti sembilu menikam jiwa. Huk..huk.. Saya selalu menegatifkan pemikiran mengatakan ibu sentiasa melebihi kakak-kakak saya, apa yang kakak saya hendak semua dapat... dan bila time saya.. nak beli pakai duit sendiri pun tak diberi. Seingat saya semua duit raya kami semua kami beri pada ibu simpan. Memang kami didisiplinkan begitu. Dan saya memahami, kami tak pernah pun mintak balik... kalau di mintak untuk kegunaan belajar tak mungkin ibu tak bagi kalau duit masih ada atau mungkin dah digunakan untuk perbelanjaan dan kegunaan kami. Akhirnya ibu mengalah dengan saya kerana lagi beberapa minit keretapi akan samapai. Saya dibelikan jam itu dan saya menerimanya dengan muka 0.10 baht (0.9sen).. walaupun saya tahu saya bakal menghadapi leteran dikemudian hari saya tak kisah.

Kalau kakak saya dapat baju raya baru dan saya tak dapat. Itu tak apa... tapi kalau selalu je tak apa.. mustahil la kan. Kemana2 pergi, saya selalu simpan saja perasaan itu dan makan hati sensorang. Ala-ala membawa diri gitu. Saya kecil2 dah kerja teruk.. Cari tempurung.. buluh... daun pisang.. hantar kuih.. kutip duit.. beli barang dapur.. malam2 saya kena cucuk sate lagi.. tolong itu ini.. kutip sekerap... kadang2 rumah pun saya yang mengemas dan macam2lah.. dan macam2 kerja juga saya dah cuba, jual burger, jual mercun, jual nikam (tikam-tikam, perniagaan yang populor bulan puasa waktu orang tengah terawikh) , hingga time nak bermain petang2 dengan kawan sebaya pun tak sempat. Jangan salah faham, saya langsung tak berkira dengan ibu. apalah sangat bagi orang susah macam kami.. mengerah tenaga anak-anak untuk bantu keluarga apalah sangat. Kederat saya curahkan tak seberapa berbanding apa yang ibu bagi pada saya. Jazakallah ya ummi!! Tapi dengan kakak-kakak saya kadang-kadang berkira2 juga.. hehe.. maklumlah.. budak2 lagi. Tapi selalunya ibu tak akan menyebelahi saya. Saya akhirnya memujuk hati supaya mengalah.

Ibu ajar supaya jangan suka menjawab... selalu saya menjawab juga kadang-kadang. Dek kerana juga saya banyak pengaruh kawan, kawan sekolah (kamal, ije, tayun) kawan melastik burung( mek yen, nasa, pokse). Mereka sume orang sini dah hidup tak susah macam kami. Ibu saya tak berpelajaran.. dan tak pernah ke sekolah... macamana dia tak risau. Kehidupan hanya bergantung kepada orang...orang cakap A kita pun A lah dia. Menumpang lagi kan... tapi kami tapi bukan parasit. Kami tak pernah susah orang.. Nak makan kami cari sendiri. Cuba bayangkan, dunia ibu hanya pokok-pokok getah. Kesian kat ibu waktu dulu...susah payah besarkan kami berlima.

Mungkin cara orang dulu dan sekarang mendidik anak-anak lain... orang kampung lebih tegas. Sangat menjaga air muka keluarga. Jangan la nak buat-buat perangai pelik2 sangat... ibu saya kalau dengar sikit orang bercakap tak elok.. balik saya tibam dulu.. sampai biru2 lebam. Mungkin ibu risau takut dia apa-apakan kerana kami orang dagang. Padahal saya tak..... saya baik. Tapi ibu tak pernah berkira dengan saya... bergolok gadai, beliau akan pastikan kami kesekolah kerana itu sahaja yang dapat dia beri katanya. Dia tok skoloh... Hak tu jah dia boleh bui. Biar habih harto kerana ngaji... kata dia tinggal harto, harto takdok..

Panjang tak cerita saya. Itulah kisah jam berharga 300baht dan saya waktu kecik. Berehh...

Entry rindu kat sekolah

Here I present you..A blogspot jocker (my self) jeng..jeng..jeng.. :)

And then the taip-taip is begin.

Bismillahirrahmanirahim... disinilah taip-taip bermula. Nama dia taip-taip... sebab saya ada 2 blog jadi yang ni saya buka taip-taip ni untuk orang lain sama-sama baca... saya memang suka yang baru.-baru macamni kecuali isteri... (perhatian! Ney jgn marah ko abe laa...) Bunyi macam takut bini... tapi tengok org jugak sebelum bercakap deh.. sayang dengan takut ni lain-lain... betuk tak ney.. pehe molek... Takpolah apa apa pun, memang saya memang gini. Hehe.

Boleh ke kalau saya nak rindu untuk masuk belajar sekolah tingkatan semula... selalu persoalan tu muncul bila saya rindu dengan sekolah saya. Masyaallah.. saya..saya sangat rindu zaman sekolah menengah lama dulu. Selalu hati aku berbisik macam itu,...Argghh..tak tahan nak berjumpa kenkawan lama. Semua dah lost contact. Since ada lagi bekas ustaz yang mengajar saya masa kelas peralihan dulu.. dapat la mengubati rindu kat sekolah tu. . Saya rindu nak jumpa set-set ni, rozi (Mohd Rodzi), pok mat jeput (zamri mamat), idan (shahidan rahman abd ghafar), bara (shukri abdullah) dan lain-lain. Yang penting saya pemalu dan tak sohor orangnya .. Lebih jelas lagi ore tino rama tok suka dekat.

Tapi saya penggemar ilmu islam, walaupun knowledge agama banyak dah tak diupdate sejak meninggalkan sekolah menengah tu jiwa saya tetap cinta dekat ilmu agama tafsir, sirah (tawarikh.. dulu ustazah zubaidah yang ngajar sirah ni romantik, masuk kelas jah nguap slalu) , akidah, fikah dan macam macam lah, sebab tu saya tiba-tiba saya jadi rindu dengan suasana menuntut ilmu situ, rindu kat ustaz-ustaz dia... missed denagn semua orang kat situ... rindu nak ponteng pegi pasar minggu.. rindu nok lepok-lepok isap rokok umah sewa Rozi... haha, mungkin tak de peluang dah nak rasa semua benda tu. Rindu mandi sungai belakang rumah pok mat cerut. Hehe... asal nama ayah dia.. tapi orang gelar ko dia.

Sebab terlalu lagha dengan dunia, saya terlupa banyak benda yang saya belajar dulu dan kerana mencari sesuatu yang lain dari saya belajar kat sekolah dulu....saya suke matematik.. saya kadang-kadang bercita-cita nak ganti albert einsten pun ada. Koya lebih... but Insyaallah kalau tak jadi einsten pun, a mathematician to be pun standard jugak tu.... bakal-bakal. hehe.

Akhir-akhir ni saya rasa nak belajar agama lagi, saya nak ambil diploma/sijil Usuludin dari UMCED...... Nak didik anak isteri pun kena banyak ilmu-ilmu tu, ilmu dunia saja tak cukup,. Walaupun lagha asasnya pengajian agama tetap berbenih dalam jiwa saya. Insyaallah saya dan isteri akan ambil kursus diploma atau sijil dari UMCED ni..[tok sabar]. Sambil-sambil setelkan degree yang tak habis2 lagi. Yang penting juga bahasa arab... dah hilang banyak vocabulary saya dulu, walaupun SPM bahasa arab tinggi sekadar cukup makan, jangan rasa lemah skit pun weh... sapa sangka saya score A1 subjek balaghah masa SMU. Nyohor sikit.

Sampai sini dulu,

Mau ambil slip Exam...

Fakta Angka : Saya sudah 2 kali mengigau masuk ke sekolah balik.

*Sekolah yang aku maksudkan SMU(A) Al-sabirin, Jeli, Kelantan.
*Ney - nama manja insteri saya.