Showing posts with label hadis. Show all posts
Showing posts with label hadis. Show all posts

Tuntutan mengembara

Dah lama saya tidak berderat, bawa isteri dan anak mengembara sekali-sekala aktiviti yang menyeronokkan. Bila dah berkeluarga, rasa macam masa sekejap sahaja berlalu... Saya extremly suka dengan pengembaraan, pengembaraan yang mendekatkan diri kita dengan pencipta. Lebih2 lagi tempat yang ada perkaitan dengan perkembagan islam di Spain umpamanya [boleh tengok dalam tv je la]. Kemaring dulu, bila menonton rancangan sempena maal hijrah, cerita mengenai masyarakat islam kemboja, saya teringatkan sesuatu... saya terbayang2 kampung halaman ibunda saya. Saya melihat kanak2nya.. masyarakatnya sama seperti dikampung ibu saya. Kehidupan kais pagi makan pagi, itulah yang berterusan sehingga hari ini. Suasananya sama sahaja, cuma mungkin di Thailand lebih kehadapan sedikit berbanding Kemboja. Orang-orang nya sama, sama membajak sawah padi masih menggunakan kerbau, sama mandi air telaga yang berbau karat. Cuma mungkin kemudahan elektrik, Thailand lebih sedikit, hari ini banyak yang sudah ada. Sedih melihat keadaan itu menimpa ummat Islam di negara lain.

Bila saya berfikir semula, saya rasa bersyukur... di Malaysia kita kehadapan berbanding yang lain. Di saat gerakan Islam belum berjaya menguasai pemerintahan, pemikiran orang kita sudah kehadapan, apa lagi kalau kita letak Islam menjadi asas dalam pentadbiran. Pengharaman ribanya, arak, judi, rasuah pprt tak ada, rasuah kehakiman tak ada, kebajikan rakyat miskin terjaga... kebajikan armalahnya dan sebagainya.. kalu nak rekod, datanglah melawat kelantan sekali tengok macamana. Kalau 'kerajaan lama' tak sekat itu ini (kerajaan double standard) dan tak tinggal banyak hutang, saya percaya sekarang ni Kelantan boleh bersaing dengan negeri pantai Barat malah setanding Pulang Pinang. Saya ingin mengingatkan kepada orang kita, penguatkuasaan undang-undang riba hanya mampu berjalan dengan kerajaan yang serius manghapuskannya. Penghadan aktiviti penjualan arak dan judi hanya mampu dikuatkuasakan bila pemerintah kita yang mahukannya. Di negara yang lebih maju masyarakat nya sedar akan hakikat ini. Cuba lihat New regulations on sale of alcohol come into force today . Kalau toksir jauh, ambil contoh di kelantan sudah lah! Kadar jenaya ke3 terendah... sila note disini nak bagitahu bukan semua yang ada di kelantan itu orang hak sokong gerakan islam dan terdidik dalam didikan agama yang cukup, hak undi kain pelikat [golongan tikus] pun ramai lagi... no wonder kalu kita kata jenayah masih ada di sana. Harap kita pandai membezakan itik dengan ayam. Bukan niat nak menaik-naik kan negeri ambo, tapi asas dalam pengkajian ilmiah, kita kena terima hakikat, kalau penemuan tu kena kat batang hidung kita sekalipun. Kalau ulama sepakat kata fatwa judi, yoga tu haram.. maka kita yang tak tahu ni ambik saja la. jangan pulak cari dalil lain nak menghalalkan dia, kalau kita tak pandai baik diam, kalu SIS tu, mereka bukan nak bagi dalil tapi dalih.

Tajuk mengembara macam tak kena pulak dengan tulisan hari ini. Tapi kesudahan nya maksud mengembara tu, mungkin dalam erti kata yang luas.. mengenal diri dan pencipta., membezakan tuan dengan hamba. Saya bersyukur ditakdirkan sebagai seorang rakyat Malaysia. Kerana dalam demokrasi saya rasa setiap individu ada hak untuk bersuara dan memilih apa yang dia suka. Sapa kata gerakan islam tidak mendokong demokrasi kerana saya dan rakan seperjuangan suka berdemostrasi. Saya hanya rasa berdemostrasi satu proses kita berdemokrasi... walaupun Khairi kata kita beruk, kita bukan beruk! Halal haram tu terletak pada demo. Kalu demo buat demo kata demo halal. Kalu puak kawe buat, demo rasa tergugat demo kato haram. Jenis manusia, kita kena mengalah dengan tuhan, nak fikir satu undang-undang sendiri sampai sudah tak selesai2... kejap pinda tu, kejap pinda ini.. dah mu sdiri jong buat unde unde... panda la mu ejah nak sedak bagi halal alik mu haram alik ore lain. Itu menunjukkan kita ni jangan tunjuk gedebe dengan tuhan. Kita ni tak pandai... umpanya kita ni seorang pembuat kerusi, semestinya tuan lebih panda dari kerusi, tuan dia kerusi takkan sama dengan kerusi yang dia buat. . Dia nak buat apa pun ikut suka dia la... sebab dia tuan kerusi. Mengikut Sek taik ni, nok berlagok pandai sangat pada tuan, serba serbi terror... mendokong undang2 ciptaan manusia, pahtuh mula la nak sekat itu ini. alik org lain. spesis ni la hok kata terror berdemokrasi. Tu baru ore panggil beruk! bukan beruk biasa tapi beruk mak yeh! Kalu mu berani belawe la jate samo jete... guna demokrasi tulin.

Balik semula ke topik kita, ada firman Allah, saya dengar beberapa kali dalam kuliah Ust Tuan Ibrahim Tuan Man,

Dan apakah mereka tidak mengadakan perjalanan di muka bumi dan memperhatikan bagaimana akibat (yang diderita) oleh orang-orang yang sebelum mereka Orang-orang itu adalah lebih kuat dari mereka (sendiri) dan telah mengolah bumi (tanah) serta memakmurkannya lebih banyak dari apa yang telah mereka makmurkan.Dan telah datang kepada mereka rasul-rasul mereka dengan membawa bukti-bukti yang nyata.Maka Allah sekali-kali tidak berlaku zalim kepada mereka, akan tetapi merekalah yang berlaku zalim kepada diri sendiri. (QS. 30:9)
Sesungguhnya telah berlalu sebelum kamu sunnah-sunnah Allah; Kerana itu berjalanlah kamu di muka bumi dan perhatikanlah bagaimana akibat orang-orang yang mendustakan (rasul-rasul). (QS. 3:137)

Katakanlah:"Berjalanlah kamu (di muka) bumi, lalu perhatikanlah bagaimana akibat orang-orang yang berdosa." (QS. 27:69)


Antara dalil-dalil naqli yang membuktikan bahawa kita sangat dituntut untuk mengembara melihat peninggalan dan menyelami cerita2 tentang orang yang telah berbuat kufur kepadaa Allah serta mengambil iktibar diatas apa yang berlaku. Itu antara hikmah kenapa Allah banyak meninggalkan kita kesan2 orang yang di murkai daripada orang yang alim@warak. Peninggalan mumia Firaun di mesir umpamanya, menara untuk melontar nabi Ibrahim ke dalam api peninggalan namrud, Tasik Qarun dan sebagainya masih boleh dilihat sehingga hari ini. Bagi yang berpeluang belajar di luar negara khasnya di negara-negara Anbiya' dan Eropah khususnya, peluang itu pastinya baik. Dapat meneroka tempat-tempat yang boleh mempertingkatkan keinsafan supaya diri lebih dekat dengan pencipta kerana Awaludin makrifatullah. Seawal-awal agama itu mengenal Allah, selain ilmu tauhid yang membincangkan sifat-sifat Allah, mengagumi ciptaan Allah juga satu cara kita mentauhidkan Allah , dengannya kita merasa sentiasa dekat dengan Allah.

Saya berbicara mengenai ini, kerana saya juga mempunyai azam mengembara seperti anda semua, hanya takdir belum mengizinkan saya untuk berada di tempat saya idamkan.... Saya percaya, jika ada niat pastinya, lambat laun akan di buka jalannya. Saya kini tengah berusaha merealisasikan impian saya itu. Kalaulah ditakdirkan saya boleh mengembara ke negara-negara ni macam anda semua... woow.. can't say anything.. it's wordless.. saya tak leh nak berkata apa2, kerana itulah cita2 saya selama ini. Saya rasa, hidup di dunia ni kita tak berharga bila kita dekat dengan pencipta... saya sampai tua saya yakin tak akan habis lagi belajar ilmu Allah,yang diibaratkan kalau ambik kesemua air dilautan untuk menulis ilmu Allah, sampai kering pun tak cukup... tapi kita kena akur dengan formula sunnah alam, belajar + bekerja + beribadah = berjaya (syurga).

At last tajuk saya ni walaupun campur2, pengajarannya biar kita dapat imbang antara keperluan dunia dan akhirat. Jangan hirau ko dunia sangat, sebab 50-60 tahun jah hidupnya kita. Hak lain tu, kita nak gi duduk di mana, kalu tidok akhirat. Mana lebih panjang.. akhirat ko dunia? Puak tok ingat akhirat ni sapa bilo pun tak akan insaf, melainkan tuhan tu nak tunjuk. Marilah pakat2 tarik puak2 ni bersama perjuangan Islam.

Khususnya orang muda seperti kita, jangan sekali berputus asa berjuang menegakkan Islam jika kita benar ikhlas untuk berjuang.. insyaallah fisabillillah, hatta dengan hanya menuntut ilmu. Saya minat benar dengan lagu Hijjaz ni, Sunnah orang berjuang, macam kena dengan semangat kepahlawanan saya. :)

Berjuang menempah susah
Menanggung derita menungkah fitnah
Itulah gelombang hidup samudera duka
Seorang mujahid membela tauhid

Dipisah dia berkelkana
Dibelenggu dia uzlah menagih bina
Namun jiwa tetap mara memburu cinta
Membara demi allah dan rasulnya

Berjuang tk pernah senang
OmbaK derita tiada henti
Tenang resah silih berganti
Inilah sunnah orang berjuang

Malamnya bagai rahib merintih sayu
Dihiris dosa airmata
Siangnya bagaikan sinar dirimba
Memerah keringat mencurah tenaga

Sudah sunnah
Berjuang ke jalan Allah

Berjuang memang pahit
Kerana syurga itu manis
Bukan sedikit mahar yg perlu dibayar
Bukan sedikit pedih yg ditagih

Berjuang ertinya terkorban
Rela terhina kerna kebenaran
Antara dua jadi pilihan
Dunia yg fana atau syurga



nota kaki
berderat - makan angin
kemaring dulu - 2 hari lepas
Sek taik - Golongan tak reti bahasa
toksir - tak mahu
gedebe - berani
sekat itu ini - menyekat peruntukan dan mengawal perbelanjaan peruntukan persekutuan [ kenyataan ini diakui mustafa mamat]

Melangkah ke 1430H

credit gambar diberi kepada http://umaralfateh.wordpress.com

Alhamdulillah, dari usia kita yang berbaki ini diberi peluang menyambut tahun baru hjrah.. Saya bila berbicara tajuk hijrah ini teringatkan pelajaran hadis 40 mengenai niat yang diajar oleh ust. Muhamad (bekas Pengetua) suatu ketika dulu.. Innamala'malubinniat... Matan hadis ini saya hafal dan masih ingat meskipun tidak kesemuanya. Begitulah konsep al-ilmu fissudur yang diterapkan di sekolah saya dan sekolah yayasan yang lain... saya menghafal, saya mengingat dan faham. Hadis ini merupakan pelajaran pertama dalam kitab Imam Nawawi.

Setiap amalan itu perlu ada niatnya, begitulah mafhum hadis tersebut. Dalam konteks hadis ini ada perkaitannya dengan kisah hijrah seorang pemuda, hijrah yang dimaksudkan itu adalah mengenai kisah penghijrahan seorang sahabat yang digelar Muhajir Ummu Qais untuk berkahwin dengan Ummu Qais. Bagi yang tak ada asas mengenai pelajaran hadis pastinya tak boleh nak bayangkan macamana hubungkait peristiwa itu dengan hukum hakam yang dibincangkan dan kesan-kesannya. Walaupun tak dapat tangkap apa apa, disini sedikit sebanyak kita kena mengetahui apa yang dikisahkan oleh Rasulullah itu. Niat itu perkara aula, kerana ia untuk membezakan ibadat dengan adat. Hadis ini berbunyi :

Daripada Amirul Mukminin Abu Hafsin ‘Umar ibn al-Katthab r.a. beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:
“Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu."

Hijrah Rasulullah, hijrah yang membawa agenda untuk penyebaran Islam. Hari ini peristiwa itu sudah pun berlalu 1430 tahun daan telahpun melewati zaman kegemilangannya. Masyarakat Islam yang ada hari ini, bukan lagi mindanya 'secergas' masyarakat Islam kerajaan Uthmaniyyah dahulu di zaman kegemilangannya. Kalau dulu dunia Islam menjadi sumber rujukan, menakluki dunia dengan peradaban, ilmu dan budaya tetapi kini kita dibayangi oleh barat, terutama yahudi yang sedaya updaya memadamkan nama Al-Ghazali, Al-Biruni, Ibnu Sina, Abnu Batuta dan lain-lain dari lipatan sejarah menggantikan nama-nama baru dalam bidang falsafah dan teknologi seperti Wright bersaudara, Newton, Thomas Edison, Harris Ford dengan memasyhurkan teori-teori mereka kepada dunia Islam. Penaklukan minda yang dianjurkan oleh barat sangat berkesan dalam kehidupan orang Islam, menyebabkan kita sudah ketinggalan dalam pelbagai aspek; ilmu; teknologi dan persenjataan. Islam yang kita anuti ini sebenarnya bermula dari penderitaan, kesyumulannya menyebabkan ia mudah diterima dan bangkit dengan penyerahan yang ikhlas selari dengan pengetian Islam, Iman dan Ihsan, ia senang diterima dan sesuai untuk bangsa mana sekalipun.

Dalam soal ini, jika manusia tahu dan tidak dicelarukan oleh munafik2 seperti TV3 hari ini, tidak timbul lagi isu hudud dan qisas yang diulang tayang di TV3 sehingga saya berasa muak dan jijik untuk melihat buletin utama lagi. Saya mengajak kita sama-sama berdoa semoga bangunan TV3 hancur ditelan bumi kerana tak ada gunanya ramai orang Islam disana, tak ada satu pun yang berani menegur kemungkaran yang berlaku. Kita patut menggelarkan mereka seeokor dajjal kerana suka menyebarkan berita2 palsu dan menyebarkan permainan politik kotor. Celaka bagi orang yang suka buat fitnah seperti TV3.... Saya timbul keraguan disini, tidakkah saudara Khairy menyedari yang dia juga ada tanggungjawab mempertahankan undang2 Islam kerana dia beragama Islam, ataupun dia memang bukan seorang yang Islam yang patuh pada suruhan Allah lebih mudah lagi golongan munafiqin, pagi Islam petang lain pulak? Saya mengulas seperti ini bila saya melihat keseluruhan video wacana perdana yang dianjurkan oleh Unit Penerangan Negeri Kelantan. Seperti yang dikatakan Husam, minda Khairy sama seperti minda utusan malaysia yang sering mengucar kacirkan pemikiran melayu tentang Islam. Dalam sejarah Islam, golongan munafiq ini muncul disaat Islam menguasai ekonomi, ketenteraan, undaang-undang, petanian iaitu sewaktu nabi di Madinah. Orang seperti Abdullah bin Ubai ini di dalam firman Allah (An-Nisa : 145) , Allah pasti mencampakkan mereka ke neraka bernama Haamiyah, darjat neraka yang paling bawah sekali.

Kembali kepada persoalan hijrah, peranan apa yang dimainkan oleh kita setakat ini dalam penyebaran Islam? masih belum ada lagi? Di tahun baru Islam ini, ayyuhal muslim! Saya ingin mengajak diri saya dan muslimin muslimah khususnya di Malaysia semua supaya mempunyai azam untuk menjadi seorang pendakwah yang ada pendirian mengenai islam dan tidak takut mengkritik. Saya juga penakut pada zahirnya, tapi saya bersemangat atas dasar memperjuangkan Islam, bersedia dengan apa cara sekalipun untuk menangkis serangan musuh-musuh Islam, berperanan membangkitkan seruan jihad dikalangan anak muda.. walaupun hanya terdetik niat untuk membaling sepasang kasut ke muka Bush, ianya jihad disisi Allah. Kita sekurang2nya bersyukur kerana kita diberi nikmat mengenal Islam walaupun Islam kita hanya warisan dari nenek moyang, kewajipan mendalami dan menyebarkan tidak pernah terlepas. Pernahkah kita rasa kasihan kepada orang2 non-muslim yang tidak tahu apa2 dan masih mencari2 tuhan mereka yang sebenarnya. Islam tersebar luas kesan dari hijrahnya Rasulullah, bangkit dari penderitaan dan peranan kita hanya untuk meneruskan perjuangan Islam sudahpun luas tersebar, lebih senang pastinya... Tak ada perjuangan tanpa risiko, Fikir2kanlah!

Salam Maal Hijrah.