Showing posts with label usuluddin. Show all posts
Showing posts with label usuluddin. Show all posts

Freemasonry

Lama saya berehat dari menulis sekembali dari roadtrip baru-baru ini. Masa seminggu dua ni perlu dimanfaatkan sebaiknya, penat seh. Kebelakangan saya sibuk di ofis, balik-balik terus kepenatan. Awal pagi saya bangun kalau terjaga, saya bersengkang mata sejam dua untuk mengemaskini blog dan meng'google'. Tak sanggup untuk melihat kezaliman Zionis yang berlaku di Gaza hari ni berterusan, sampai satu masa saya berasa berat hati nak buka tv utk tengok berita. Balik-balik berita saudara kita di Palestin dibom dengan sikap Hosni Mubarak, PM Mesir dikatakan masih dengan sikap pro baratnya. Bila orang sebut Yahudi orang sudah arif mengenai kekejamannya, terhadap rakyat palestin, sebaliknya bila disebut Freemason, atau Zionis kefahaman kita agak kurang mendalam mengenainya. Baiklah saya cuba untuk menulis isu palestin in bermula dari awal kewujudan freemason. Saya mula minat mendalaminya bila saya terbaca sebuah buku mengai Illuminati dan Freemason tak lama dulu.

Kata-kata dibawah ini saya ambil dari tulisan seorang dari blog bagi menjelaskan apa yang berkait mengenai gerakan freemason dengan yahudi.

Freemason berasal dari 2 perkataan : Free – Bebas/Merdeka dan Mason – Tukang Batu atau Bangunan. Maka, jika digabungkan dua perkataan ini, ia membawa maksud Juru Bina Bebas. Ia merupakan sebuah organisasi Yahudi Antarabangsa yang bermatlamatkan menghancurkan kesejahteraan manusia, kehidupan politik, ekonomi, dan sosial negara yang ‘dimasukinya’.Selain itu Freemason bertujuan untuk merosakkan semua bangsa dan pemerintahan selain bangsa Yahudi. Antara tujuan awal penubuhan Freemason adalah untuk menyekat pengaruh ajaran Nabi Isa a.s dan menjaga keselamatan bangsa Yahudi.

Freemasonry dicetuskan oleh tentera salib yang pulang ke Eropah dari Jurusalem apabila kalah dalam satu peperangan salib. Sesetengah ulama Islam menegaskan adalah tujuan utama Freemason ialah mengambil kembali tanah Palestin dan membina kembali Haikal Sulaiman di bawah runtuhan Masjid Al-Aqsa, kemudian akan melebarkan pemerintahannya ke Syria, Iraq, Jordan, Mesir dan terus menuju ke Al Madinah di Arab Saudi. Zionisme antara gerakan nasionalisme Yahudi antarabangsa untuk kembali bersatu di Zion, (sebuah bukit di Jerusalem, Palestin) bagi membina negara haram Israel. Kongres pertama Zionis International telah diadakan pada tahun 1897 di Basle Swiss, yang dicetuskan dan dirancang oleh tokoh-tokoh Freemason. Hasil persidangan ini keluarlah 24 protokol rahsia yang dikenali dengan `protocols of the Elders of Zions'.

Protokol Zionis Yahudi ini telah terbongkar apabila seorang wanita Perancis mencuri senaskah buku itu dari seorang pemimpin tertinggi Freemasonary diakhir muktamar rahsia (Jewish Masonic Conspiracy) yang diadakan di Perancis. Dimana diantaranya disebut, cara pemerintahan; sebaik-baiknya ialah dengan menggunakan kekerasan dan keganasan bukan dengan perbincangan ilmiah. Bantuan-bantuan yang diberikan oleh bangsa Yahudi melalui agen-agen Yahudi akan memperkuatkan kaum Yahudi. Yahudi akan memerintah bangsa lain seperti bangsa itu memerintah negaranya sendiri, tanpa disedari bahawa mereka telah berada di bawah genggaman Yahudi. Protokol seterusnya boleh boleh baca disini. Malas sebenarnya nak hurai, kalau ikut hati nak saja copy and paste. Ia turut menjadi kontreversi hari ini, apabilaHarris Ford menulis dalam bukunya The International Jew mengenai penjajahan Yahudi dalam bangsa Amerika pada masa sama beliau adalah seorang pemodal terbesar yang menyokong kegiatan Zionis.

Kesamaan matlamat Zionisme dan Freemasonry sangatlah masuk akal disebabkan mereka mereka berasal dari nenek moyang yang sama yakni Samiri, yang membuang Taurat Musa A.S dan membina patung sapi betina agar dijadikan alat penyembahan kaum Yahudi. Ajaran Samiri ini merupakan ajaran Kabbalah kuno yang di zaman sekarang masih lagi dipelihara. Kitab yang dipegang mereka adalah kitab iblis bernama Talmud. Matlamat utama untuk membina Haikal Sulaiman dengan cara merampas Baitul Maqdis dan membina Haikal Sulaiman diatasnya, dan sampingan dari itu menyebar fahaman tidak percaya kepada mana-mana agama dan mana-mana tuhan.

Kita disini turut terpercik kesan sampingan Fremasonry apabila rakan-rakan kita di pihak satu lagi tengah terlibat aktif secara langsung dalam aktiviti sekularisma. Dilihat semakin berleluasa dan telah diprodukkan dalam pelbagai bentuk acara, budaya dan diselitkan dalam sistem perundangan kita. Contoh paling lemah Sister In Islam. Agama dan tuhan hanya terbatas kepada keperluan peribadi, kata pendapat kurang ajar meraka. Ini semua dek asuhan Freemasonrylah. Amalan keji seperti ni kelamaan akan mengotori jiwa pemimpin-pemimpin 'peliharaan' Zionis ini lalu dijadikan ia dasar pemerintahan. Pendapat saya mugkin tak tepat, tapi jika tengok pada dasar fahaman ini, ia telahpun lama menyelinap masuk dalam pelbagai organisasi termasuk organisasi berunsur kebangsaan dan kebajikan. Dan Brown, penulis novel "Da Vinci Code" telah mengutarakan beberapa simbol-simbol yang mungkin menandakan kewujudan persatuan Freemasonry.

Menjadi kejutan bagi kita, bila bakal pengganti PM ke-6 kita turut sama dikaitkan dengan prinsip kefreemasonnya, saya pun terkeliru sama ada benar atau tidak Num.Alif.Jim.Ya.Ba seorang anggota korporat kehormat Freemason Malaysia dikatakan sejak 1980an lagi. Kita semua keliru mengenai pendirian mereka mengenai Negara Yahudi. Tidak ada sebarang kecaman atau pendirian mengenai ini secara jelas. Memang diperakukan kebenarannya, Freemasonry pernah menjadi isu di Malaysia suatu ketika dulu apabila seorang calon politik didakwa ditaja atau menjadi ahli Freemason untuk cubaan menguasai hierarki pemerintahan negara kita di sekitar 80an. Menjadi persoalan untuk kita, sudah lamakah ajaran ini bertapak dalam parti yang berasaskan 'bangsa' itu? Walaupun sumber saya ini dipetik dari wikipedia, dan ada berkemungkinan sumber ini masih samar, tapi pada dasarnya saya boleh kata hampir benar, kerana gerakan ini telah tersebar semasa perang salib lagi dan ia digerakkan secara sulit hari ini setelah pengharaman di Bavaria, ditaja dan berselindung di sebalik badan kebajikan seperti Lions Club, Rotary Clubs dan pertubuhan politik yang ada hari ini. Siapa lagi kalau bukan orang seperti mereka itu untuk menganggotai kelab-kelab terkemuka seperti itu. Kebanyakan terdiri dari kalangan pembesar, tokoh2 politik serta MP dan usahawan korporat.

Ahli-ahli biasa dalam kesatuan freemasion ada kemungkinan tidak tahu menahu bahawa mereka sedang menganuti fahaman ini, ia teramat dirahsiakan oleh pemimpin-pemimpin tertinggi yang merupakan ahli Illuminati dalam organisasi seperti itu. Illuminati (berasal dari perkaraan Lucifer (iblis) ini tidak lain hanyalah satu ideologi yang berperintahkan pemerintahan tunggal yang tunduk pada tuhan (kononnya) mereka, iblis. Isunya, sejak ajaran Illuminati yang pada asalnya hanya menumpang dalam gerakan freemason, setelah diharamkan oleh kerajaan Bavaria , kini bukan hanya menumpang bahkan Illuminati telah sepenuhnya menguasai Freemason. Untuk lanjut baca artikel ini, ada kebenaranya.

Adam Weishaupt merupakan pengasas fahaman ini, seorang Freemason, Yahudi Jerman yang berfahaman Zionis. Mana-mana pergi mesti ada hubungkaitnya dengan Yahudi most of time. Kita boleh lihat ketiga2 istilah ni hampir sama matlamat. Bani Israel memang bangsa yang disisihkan Allah kerana menolak kebenaran, walaupun begitu tak boleh buta2 kata mereka bangsa jahat. Nabi-nabi kita dahulu asalnya dari bani israel juga. Walaupun kita hari ini tengok kaum yahudi zionis memang merupakan bangsa yang angkuh dan tak dok perikemanusian, kalau perumpaan kejahatan paling jahat sekali kita kata jahat macam yahudi. Tapi tak semua kaum yahudi yang menyokong Zionisme, mari sama-sama ubah mentaliti kita dari membenci bangsa Yahudi kepada membenci Zionis kerana bukan semua bangsa Yahudi ini perpihak kepada Zionis , hanya sebahagian golongan sesat yang menyembah Lucifer (Iblis). Golongan yang rosak ini yang mendajalkan dunia, menolak semua agama lain di dunia ini.

Saya suatu hari menonton cerita Schindler's List , kisah seorang Warga Poland yang juga anggota Nazi, bernama Oskar Schindler dalam sebuah tragedi paling hitam dalam gambaran kisah Orang Yahudi pada semasa rejim Nazi. Film ini bercerita bagaimana Schindler menyelamatkan 1100 orang Yahudi masa WWW II. .. Sedih sebenarnya tengok bangsa Yahudi yang kena siksa dan di bedil sesuka hati oleh Nazi. Yahudi zaman Hitler dahulu dipakaikan label putih dipergelangan lengan untuk pengecaman. Dibakar hidup2... dan macam2 siksaan dikenakan.

Yahudi Zionis kini telah pun belajar dari sejarah hitam yang menimpa mereka, Israel bangkit semula dari sebuah bangsa yang tertindas dengan pembinaan sebuah negara berdaulat yang bertuhankan syaitan. Bagi amerika dia bukan pengganas walaupun bunuh budak kecik dan orang tina. Tapi Islam terus kena label teroris. Sama macam Malaysia. skrg ni la.. sikit2 nak ISA, teroris.. pelampau.. extrimis... Biar gi lah kalu dia nak gila kuasa... kita duduk cara kita. Namun sama-samalah pakat doa semoga laknatullah Zionis ini lenyap dari mukabumi Allah ini, supaya orang lain nak wat senang pun bekerja, tak serabut. sepertimana hadis nabi di bawah ini,

Sabda Baginda SAW : "Tidak akan berlaku hari kiamat sehingga orang-orang Islam memerangi orang-orang Yahudi.

Kita dijanjikan satu bentuk kemenangan sebelum kiamat nanti. Insyaallah Dengan hadis ini, keyakinan kita kepada kemenangan di Palestin juga bertambah mudah-mudahan. Negara kita punyai dermawan yang ramai tapi belum melahirkan seorang pemimpin yang gedebe seperti Ahmadinejad. Kesnya sama saja dengan Bosnia dulu, cuma dunia kita sedang mengikut telunjuk Amerika yang mengiktiraf pendudukan Yahudi ditanah orang palestin itu sebagai halal termasuk lah 'pondan-pondan' yang ada di Malaysia. Gerakan Islam kita disini jangan berputus-putus menentang ideolgis2 sekularisma dan nasionalis yang sedang cuba memusnahkan bumi pengasingan agama dari kehidupan. Tidakkah itu satu bentuk pengzaliman kepada undang2 yang tuhan ciptakan. Negara kita ini sedang mengalami kerosakan akidah yang teruk dalam tidak kita sedar.

Mari mulakan pemulauan hari ini, elakkan dari beli barangan keperluan yang menyumbang kepada ekonomi Zionis terutama barangan harian, banyak sangat produk2 Israel yang kita dok guna pakai tapi tak diketahui. Sepatutnya kerajaan haramkan saja masuk dari bumi Malaysia ini.. nak buat macamana oleh kerana pemerintah kita hari ini tidak merasakan itu satu tanggungjawab utama. Sumber kita kini sudah banyak bergantung pada mereka, kerana sikap kita lebih banyak 'tak apa' dari mengambil sebarang alternatif. Baru hari ini diwar-warkan kerajaan lebih nampak bersungguh2 menjayakan kempen boikot barangan Israel namun sikap Pak Lah dan luncainya dikatakan tidak seagresif Mahathir dalam melontar teguran kepada barat. Malah tidak serius mana pun untuk membincangkan sebelum ini, Sudah dibuktikan (Harakah - 15 Mei). Kita berkempen untuk boikot tapi penerangan barangan jenama apa tidak diberikan sepatutnya. Mak nab yang dikampung saya mana tak tahu apa barang-barang yang hendak diboikot. Pada saya tak salah keluarkan satu iklan akhbar menyenaraikan barangan itu kalau serius. Apapun halangan untuk menjayakan misi boikot ini, cubalah sedaya upaya beralih beli kepada barangan selain dari syarikat yang menyumbang dana kepada Israel, Denmark dan negara2 musuh Islam yang lain. Apapun saya respek pada PPIM yang menyenaraikan semua produk dan aktif dengan promosi anti-barangan Israel.


Saya pasti akan mengulangi mendengar nasyid ini berulang kali ketika mengenangkan nasib saudara kita di Palestin, Thailand, Midanoa, Message from the fighters of god, naik raaaa dos terus bulu romaku ini...!!!!!!



Melangkah ke 1430H

credit gambar diberi kepada http://umaralfateh.wordpress.com

Alhamdulillah, dari usia kita yang berbaki ini diberi peluang menyambut tahun baru hjrah.. Saya bila berbicara tajuk hijrah ini teringatkan pelajaran hadis 40 mengenai niat yang diajar oleh ust. Muhamad (bekas Pengetua) suatu ketika dulu.. Innamala'malubinniat... Matan hadis ini saya hafal dan masih ingat meskipun tidak kesemuanya. Begitulah konsep al-ilmu fissudur yang diterapkan di sekolah saya dan sekolah yayasan yang lain... saya menghafal, saya mengingat dan faham. Hadis ini merupakan pelajaran pertama dalam kitab Imam Nawawi.

Setiap amalan itu perlu ada niatnya, begitulah mafhum hadis tersebut. Dalam konteks hadis ini ada perkaitannya dengan kisah hijrah seorang pemuda, hijrah yang dimaksudkan itu adalah mengenai kisah penghijrahan seorang sahabat yang digelar Muhajir Ummu Qais untuk berkahwin dengan Ummu Qais. Bagi yang tak ada asas mengenai pelajaran hadis pastinya tak boleh nak bayangkan macamana hubungkait peristiwa itu dengan hukum hakam yang dibincangkan dan kesan-kesannya. Walaupun tak dapat tangkap apa apa, disini sedikit sebanyak kita kena mengetahui apa yang dikisahkan oleh Rasulullah itu. Niat itu perkara aula, kerana ia untuk membezakan ibadat dengan adat. Hadis ini berbunyi :

Daripada Amirul Mukminin Abu Hafsin ‘Umar ibn al-Katthab r.a. beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:
“Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu."

Hijrah Rasulullah, hijrah yang membawa agenda untuk penyebaran Islam. Hari ini peristiwa itu sudah pun berlalu 1430 tahun daan telahpun melewati zaman kegemilangannya. Masyarakat Islam yang ada hari ini, bukan lagi mindanya 'secergas' masyarakat Islam kerajaan Uthmaniyyah dahulu di zaman kegemilangannya. Kalau dulu dunia Islam menjadi sumber rujukan, menakluki dunia dengan peradaban, ilmu dan budaya tetapi kini kita dibayangi oleh barat, terutama yahudi yang sedaya updaya memadamkan nama Al-Ghazali, Al-Biruni, Ibnu Sina, Abnu Batuta dan lain-lain dari lipatan sejarah menggantikan nama-nama baru dalam bidang falsafah dan teknologi seperti Wright bersaudara, Newton, Thomas Edison, Harris Ford dengan memasyhurkan teori-teori mereka kepada dunia Islam. Penaklukan minda yang dianjurkan oleh barat sangat berkesan dalam kehidupan orang Islam, menyebabkan kita sudah ketinggalan dalam pelbagai aspek; ilmu; teknologi dan persenjataan. Islam yang kita anuti ini sebenarnya bermula dari penderitaan, kesyumulannya menyebabkan ia mudah diterima dan bangkit dengan penyerahan yang ikhlas selari dengan pengetian Islam, Iman dan Ihsan, ia senang diterima dan sesuai untuk bangsa mana sekalipun.

Dalam soal ini, jika manusia tahu dan tidak dicelarukan oleh munafik2 seperti TV3 hari ini, tidak timbul lagi isu hudud dan qisas yang diulang tayang di TV3 sehingga saya berasa muak dan jijik untuk melihat buletin utama lagi. Saya mengajak kita sama-sama berdoa semoga bangunan TV3 hancur ditelan bumi kerana tak ada gunanya ramai orang Islam disana, tak ada satu pun yang berani menegur kemungkaran yang berlaku. Kita patut menggelarkan mereka seeokor dajjal kerana suka menyebarkan berita2 palsu dan menyebarkan permainan politik kotor. Celaka bagi orang yang suka buat fitnah seperti TV3.... Saya timbul keraguan disini, tidakkah saudara Khairy menyedari yang dia juga ada tanggungjawab mempertahankan undang2 Islam kerana dia beragama Islam, ataupun dia memang bukan seorang yang Islam yang patuh pada suruhan Allah lebih mudah lagi golongan munafiqin, pagi Islam petang lain pulak? Saya mengulas seperti ini bila saya melihat keseluruhan video wacana perdana yang dianjurkan oleh Unit Penerangan Negeri Kelantan. Seperti yang dikatakan Husam, minda Khairy sama seperti minda utusan malaysia yang sering mengucar kacirkan pemikiran melayu tentang Islam. Dalam sejarah Islam, golongan munafiq ini muncul disaat Islam menguasai ekonomi, ketenteraan, undaang-undang, petanian iaitu sewaktu nabi di Madinah. Orang seperti Abdullah bin Ubai ini di dalam firman Allah (An-Nisa : 145) , Allah pasti mencampakkan mereka ke neraka bernama Haamiyah, darjat neraka yang paling bawah sekali.

Kembali kepada persoalan hijrah, peranan apa yang dimainkan oleh kita setakat ini dalam penyebaran Islam? masih belum ada lagi? Di tahun baru Islam ini, ayyuhal muslim! Saya ingin mengajak diri saya dan muslimin muslimah khususnya di Malaysia semua supaya mempunyai azam untuk menjadi seorang pendakwah yang ada pendirian mengenai islam dan tidak takut mengkritik. Saya juga penakut pada zahirnya, tapi saya bersemangat atas dasar memperjuangkan Islam, bersedia dengan apa cara sekalipun untuk menangkis serangan musuh-musuh Islam, berperanan membangkitkan seruan jihad dikalangan anak muda.. walaupun hanya terdetik niat untuk membaling sepasang kasut ke muka Bush, ianya jihad disisi Allah. Kita sekurang2nya bersyukur kerana kita diberi nikmat mengenal Islam walaupun Islam kita hanya warisan dari nenek moyang, kewajipan mendalami dan menyebarkan tidak pernah terlepas. Pernahkah kita rasa kasihan kepada orang2 non-muslim yang tidak tahu apa2 dan masih mencari2 tuhan mereka yang sebenarnya. Islam tersebar luas kesan dari hijrahnya Rasulullah, bangkit dari penderitaan dan peranan kita hanya untuk meneruskan perjuangan Islam sudahpun luas tersebar, lebih senang pastinya... Tak ada perjuangan tanpa risiko, Fikir2kanlah!

Salam Maal Hijrah.

Apa ada pada SIS

Memang sah terbukti! Tindakan Jabatan Agama terlalu berpihak, hari ini mereka sanggup menghiraukan gajah yang didepan mata, untuk menyerang kuman di seberang lautan. Bagi yang bersekongkol dengan parti pemerintah hari ini, patut sedar2lah... jangan hanya berselindung disebalik nama. Bertindaklah atas dasar keadilan, bukan kerana takut dilucutkan jawatan atau ditukar kerja kerana menegakkan kebenaran. Kalau ini layaknya digelar pengecut, bukan penguatkuasa. Tok dok batu p*lir..ore kelate kato. Kerana yang paling berkuasa keatas kita hanya Allah, percayanya Allah itu ada dan berkuasa perlu berada di atas segala yang lain... melebihi kuasa yang ada pada Bush dan PM kita! Patut kita bagi anugerah kepada Muntadar al-Zeidi kerana membaling kasut kemuka bush! Konsep Amar Makruf Wa Nahi Ani Mungkar macam ni la kita nak ada pada semua mujahid dan mujahidah kita.


Bagi seseorang yang berakidah Ahli Sunnah, melakukan penafsiran melalui akal semata-mata adalah bertentangan, kita nak tak nak kena rujuk Al-Quran dan Hadis sebagaimana kita beriman. Saya merujuk kepada Sister in Islam (SIS) dan berita yang dikeluarkan dalam Harakah (07/12/2006), bertajuk, Jangan kambing hitamkan Rufaqa' untuk tutup isu murtad. Apa yang pasti, kerosakan akidah dalam SIS sengaja tidak dinampakkan oleh pihak berkuasa kita. Kalau mengikut apa yang saya pelajari ssuatu ketika dulu, fahaman sebegini dikenali sebagai fahaman Muktazilah, yang saya boleh simpulkan sebagai fahaman yang mengutamakan akal mengatasi al-quran dan hadis. Golongan ini mengatakan AlQuran itu makhluk iaitu baru... Dunia hari ini mengenalinya sebagai Islam Liberal... mengambil pakai apa yang dirasakan sesuai mengikut keaadaan semasa.

Dalam Utusan Malaysia (24/12/2008), baru-baru ini sahaja golongan ini terang-terangan menolak fatwa kebangsaan yang mengharamkan yoga, dan tidak lupa pertikaian mereka terhadap perkara yang telah diputuskan oleh agama Islam seperti poligami, faraid dan aurat suatu ketika dulu. Jelas mereka ini lebih sekular, berbanding yang lain. Kenyataan SIS dikeluarkan tanpa merujuk alim ulama bagi saya sangat berbahaya umat Islam. Saya tidak mendalami apa perkaitan yoga dengan agama lain, tapi saya percaya ada kebenarannya kerana dikatakan ada unsur pemujaan. Saya tahu ada benarnya, jika perkara ini berterusan boleh merosakan akidah orang Islam. Apakah hukuman yang patut kita berikan kepada orang sedemikian? Tak patut kalau di I.S.A sahaja, patut dihukum dibunuh kerana menghina Islam.

Wallhua'lam

Antara Fitnah dan Kebenaran

Dulu saya suka berangan2 menjadi seorang ahli akademik Saya ingin jadi seorang yang penuh dengan fakta2 dan rumus2 di kepala. Saya sendiri tak tahu kenapa saya rasa saya perlu jadi orang akademik tapi itulah... Saya selalu merasakan, berfikir sampai nak meletup kepala itu bagus dan sesuatu yang menyeronokkan... kerjaya itu memang secocok dengan jiwa saya..... sampai hari ini saya masih berpegang pada teori khayalan saya itu. Saya ada karisma ke untuk jadi ahli akademik? Oh! tak mengapalah..lupakan sahaja masalah saya itu.


Hari ni saya mendapat berita gembira yang saya akan isytiharkan pada 31hb nanti. Seronoknya saya..........

Saya tidak sibuk sangat kebelakangan ini memandangkan ofis ini akan kosong minggu depan, tidak ada apa2 kerja yang diaasignkan. Semua orang akan travel ke seluruh peninsular, untuk deployment sistem off-counter E-Info. Saya, hambli(designer) dan beberapa staff lagi yang tinggal.

Semalam, saya baru sahaja menerima offer dari Coventry University untuk kemasukan sept ini., tempat yang saya idamkan untuk menyambung pelajaran. Sama juga Northumbria, sehingga hari ini, hati masih berbelah bagi kerana resource masih belum mengizinkan... Insyallah jika ada sapa2 yang sudi menaja [mudah-mudahan] ...perjalanan seterusnya akan lagi mencabar.

Lagi apa yer, owh balqis masuk dah 6 bulan setengah. Alhamdulillah membesar dengan sihat dan cergas. Anak-anak zaman yang penuh kemodenan... lahir dalam serba serbi yang lengkap... Saya mengharapkan agar Balqis akan jadi anak yang solehah dan sentiasa ingat untuk mendoakan kedua ibubapanya. Sudah pandai makan dan berinteraksi. Bila saya mengajuk percakapan dia, dia akan cepat respon. Sudah besar nak abbi ni.... cepat jalan ya balqis. Baru saya ingat balqis dah tak suka berbaring.. dia sekarang tak boleh di pegang lama-lama macam dulu. Asyik nak mengelupur saja... aduh nakal betul. Mungkin saya dan isteri akan lempar dia dalam walker....

Isteri pula risau, asyik menyebut walker siang malam.. saya faham... orang perempuan memang dia ambil berat benda2 macam tu. Jangan ingat saya tak ambil berat pulak.. concern sapa kata tak. Tunggu Jusco sales saje :) . Mengkaya rayakan toke Jusco memang kerja saya dan isteri...

Akhir-akhir ini, saya banyak mencari artikel mengenai tuduhan sesat terhadap rufaqa lately, oleh kerana ada sesuatu yang saya rasa masyarakat kita tak mengkaji mengenai rufaqa. Orang melayu kita, senang menuduh itu ini, tapi berlandaskan apa tak tahu. Memang ada fatwa negeri yang mengharamkan aktiviti rufaqa ini di Selangor. Kemungkinan faktor musuh politik, siapa tahu, atau kemungkin akidah mereka memang benar2 bercanggah dengan ahli sunnah., wallahua'lam.. tapi perlu diingat rufaqa bukan hanya di Malaysia ia diterima dan hebat di Negara barat sebagai contoh di negara Perancis. Mereka ada empayar perniagan besar di sekitar eropah dah asia barat. Bila dirujuk banyak sebenarnya sumbangan rufaqa terhadap Ekonomi orang Islam, sebagai contoh, modal diberikan untuk menjalankan sesuatu perniagaan.. tetapi perniagaan tersebut diminta supaya tidak menetapkan caj dan harga tinggi. Keuntungan langsung tidak diambil kira kerana pada pertimbangan saya mungkin perniagaan mereka tidak berasakan keuntungan tapi ketakwaan. Memang ada caj minima... itu pun kalau berkemampuan. Kalau tidak berkemampuan pergi sahaja kekedai runcit mereka yang dikhaskan, ambil barang dan kalau mampu bayar kemudian dan kalau tak bayar tak mengapa. Konsep Kasih sayang sesama makhluk saya rasa berjaya diterapkan dalam jamaah rufaqa. Alhamdulillah di zaman ini masih ada jamaah sedemikian.

Star - Rufaqa





Jais Raid



Inilah rupa Rahman Pahlil exco kerajaan khir toyo yang dituduh .... tu kan? Muka penuh dengan politik bukan? Samseng betol pegawai engko... geledah rumah orang macam tu ke?



Sampai klinik ko nak suruh tutup ke Palil? Biarlah dia orang Islam nak berniaga. Baik pergi tangkap orang wat maksiat kat tasik cempaka.



Lagu-lagu kumpulan Mawaddah banyak menginsafkan... saya suka.

Kalau Tuhan Dikenali
Album : Sembahyang Membina Peribadi Agung
Munsyid : Mawaddah
http://liriknasyid.com




Kalau Tuhan kita kenali
Kasih sayang dan peranan-Nya
Kalau Tuhan kita fahami
Keagungan dan kekuasaan-Nya

Kalau Tuhan kita rasakan
Betapa Dia sangat cintakan hamba-Nya
Kita akan sanggup berjuang, sanggup mati kerana-Nya
Kita akan sanggup berkorban apa saja kerana-Nya

Kalau Tuhan dikenali
Cintailah Tuhan
Dia adalah segalanya
Korbankanlah apa sahaja kerana-Nya

Cintakan Tuhan, Cinta paling mahal
Cintakan selain Tuhan, cinta murahan
Kalau Tuhan kita kenali
Dialah segala-galanya
Kalau Tuhan kita fahami
Dialah Pengurus seluruh keperluan kita
Kalaulah kita faham
Tuhan ini siapa sebenarnya
Kita akan sanggup menerima ujian kerana-Nya
Kita sanggup buat apa sahaja demi cinta pada-Nya
Kita akan sanggup menderita demi cinta pada-Nya
Cintakan Tuhan cinta yang abadi


Saya juga pernah membaca buku karangan Zabidi Mohamad, penulisnya merupakan penasihat undang-undang al-Arqam suatu ketika dulu, bukunya bertajuk tersungkur di pintu syurga. Menarik buku itu tapi saya tak mengambil 100% apa yang diceritakan kerana bimbang dan saya tak berani menghukum rufaqa yang dulunya al-arqam itu adalah sesat seperti didakwa. MEungkin kita perlu merujuk pada sumber lain juga.. harini banyak dah kajian yang academician kita buat mengenai ini. Apa justifikasi kita, samaada Ust Ashaari yang sesat atau pengikut yang taksub kepada beliau? Bagi para sufi kita maklum, biasanya ada keramah, orangnya zuhud dan abid, wallahualam... Mengapa saya berkata begitu, masakan orang biasa macam kita ini, boleh berdepan dengan pemimpin2 dunia kerana pada pandangan mereka Rufaqa banyak sumbangan dalam sosioekonomi dan berjaya dalam pendekatan kasih-sayang mereka dalam mengamalkan cara hidup Islam. Tak lupa jasa dalam membebaskan ekonomi umat islam dari dibelenggu riba kapitalis. Masakan negara eropah, egypt, jordan, thailand yang panya para scholar/ulama boleh mengalukan kehadiran mereka? Wallahua'lam... saya berijtihad dengan apa yang temui danilmu cetek saya. Saya tak mahu menyebelahi mana2 setakat ini kerana saya dengar dan jumpa banyak dakwaan mengatakan rufaqa dimusuhi oleh bekas2 pimpinan al-arqam yang lama.

Saya masih mendalami sumber-sumber yang saya dapat. Insyaallah saya akan berkongsi lagi jika diberi keizinan. Mungkin banyak lagi yang tidak di ketahui. Kalau boleh saya ingin memiliki buku ini yang ditulis oleh penyelidik UIA.

Kandungan :
Sebagai sebuah pertubuhan Islam dan gerakan dakwah, peranan dan penglibatan Al-Arqam dalam arus kebangkitan semula Islam di negara kita tidak boleh dike-tepikan. Sejak ditubuhkan pada tahun 1968 sehingga membawa kepada pengharamannya pada tahun 1994, Al-Arqam telah memainkan peranan sebagai agen perubahan sosial yang penting di kalangan masyarakat Islam di Malaysia dan di peringkat antarabangsa. Al-Arqam bukan sahaja memaparkan satu cara hidup yang tersendiri, malahan telah memperkenalkan sistem, model dan cara hidup Islam berdasarkan keyakinan yang dipegang oleh para anggota jemaahnya.

Buku ini ditulis dengan harapan dapat memberikan kefahaman dan maklumat mengenai pertubuhan Al-Arqam selain menjadi sumber rujukan kepada generasi yang akan datang.

Klik Untuk E-Book!!

Atau mungkin kajian yang ditulis oleh Dr Ahnmad Fauzi, USM ini boleh menghuraikan tentang rufaqa? Dapatkan E-Book Disini! Semoga dimasa2 hadapan kita tidak hanya mampu melihat syiar2 islam yang berdiri megah tetapi kita juga mampu membentuk jamaah yang kuat yang mampu membawa panji-panji islam untuk melawan agenda barat.

Masa itu waktu


Saya sedang terburu-buru menulis, hari ini saya dijemput mesyuarat dianjurkan oleh taman perumahan saya pada pukul 3 petang untuk perlantikan AJK baru . Khamis minggu lepas juga terburu2 ke perpustakaan negara untuk meminjam sebuah buku kerana masa buka tinggal saja 30 minit lebih kurang, saya bergegas menaiki tren dan nasib menyebelahi hari itu kerana mudah mendapat teksi dari Titiwangsa ke PN. Jadi masa diambil lebih kurang 10 minit , jadi tinggal lebih kurang 20 minit untuk saya mencaari buku tersebut. Malangnya bilamana saya sudah puas mencarinya disana librarian kata buku tersebut telah dilupuskan? Nak kata apa, padahal terang2 dalam database opac mereka, buku itu masih available.

Tak pa lah tak daa rezeki lah tu.. Buku yang dimaksudkan ialah Sejarah Perkembangan Tamadun Dunia. Buku keluaran DBP ini pernah saya pinjam di USM bulan lepas. tapi terpaksa dipulangkan awal kerana nak balik KL. Selepas merujuk google, satu website http://www.dawama.com/ ada menjualnya, sukanya buku tersebut masih lagi dijual. Insyaallah bulan satu lagi saya akan belinya sendiri jika mengizinkan. Cuti hari minggu tak kemana2, penat 2 mggu lepas belum hilang sepenuhnya lagi... saya masih lagi sakit2 belakang..

Hidup saya ini penuh dengan terburu-buru... kadang-kadang lupa makan sehingga kepala berangin, tidak saya hiraukan bila saya berkejaran akan sesuatu, hingga saya gagal mengingat banyak benda. Contohnya nama orang... kalau sekali jumpa memang tak dapat ingat dengan baik. Mungkin pada waktu saya sedang mengejar masa saya tak boleh fokus kepada perkara lain. Itu cerita saya berhadapan dengan masa. Kesedaraan orang islam mengenai masa cukup kerana kata Allah dalam surah Asr, Wal' asr.. innal insanalafi khusyr.. kecuali kata Allah, allazi na amanu waamilussalihat...orang2 beriman dan beramal soleh. Apa yang dikejarkan itu pastinya tak kemana kecuali amalan2 soleh. Makan, minum, tidur, kerja pasti ada cara2 yang solehnya.. masing2 boleh mengukur diri masing-masing sedaya upayalah kita sama cuba memperbaikinya.

Saya jamin, kalaulah Allah hanya beri kita 25jam sehari pun, saya pasti ramai yang akan menangguh2 pekerjaan termasuk saya kerana kita percaya kita masih punyai baki sejam dari biasa yang septutnya... Apapun kefahaman mengenai masa disini, biar kita menyedaarinya hakikat demi waktu, setaip saat ia akan berlalu dan pergi dan berisikah setiap saat yang berlalu itu. Saya pun sedemikian, sedaya upaya memperbaiki diri, mengingatkan banyak perkara yang saya belajar sewaktu dulu. Sayang juga ilmu itu dibiarkan pegi tanpa dimanfaatkan.. Maaf kepada guru2 yang mengajar saya memang terlalai seketika dulu... Bila mana saya saya menyedari hakikat itu, bermuhasabah jalan sebaiknya.. lagha dengan perkara dunia satu puncanya yang boleh menggelapkan hati saya, nauzubillah..

Cerita terbaru, saya baru saja memohon bekerja di Kota Bharu. Alhamdulillah.. masih ada lagi kekosongan jawatan programmer di syarikat itu. Doakan semoga saya dapat panggilan interview dan berjaya mendapat pekerjaan itu. Perancaangan ini sudah lama didalam kepala, saya ingin pulang berkhidmat di negeri kelahiran bila ada peluang. Dan bagi saya, inilah peluang terbaik setakat ini. Hendak tak hendak saya akui Kuala Lumpur ini bukan satu tempat yang baik untuk membesarkan anak2.

Langkah seterusnya kalau saya ditawarkan bekerja, saya dalam kepala merancang beberapa perkara untuk isteri dan anak. Seperti yang dirancang, saya akan mendalami bahasa arab yang saya pernah belajar dahulu separuh masa. Selain UMCced, KIAS, saya terjumpa satu tempat lagi yang boleh dikatakan masyhur di Kelantan, namanya ALC. http://www.arabic.com.my Berpusat ditempat yang sama iaitu nilam puri. Masyaallah.. saya berhajat sangat dan excited dengan semua ini. Tak sabar rasanya untuk hidup di KB.

Merancang tidak semestinya dapat. Apa yang saya doakan, setiap masa, semoga apa yang saya dirancang, dan setiap apa yang dicita2kan mampu direalisasikan suatu hari nanti. Sekurang2nya saya telah berbuat sesuatu dizaman saya masih lagi kuat dan boleh berusaha. innallahama'ssobirin...

Pelangi Semenyih
21/12/08 3:00 PM