Masa itu waktu

|


Saya sedang terburu-buru menulis, hari ini saya dijemput mesyuarat dianjurkan oleh taman perumahan saya pada pukul 3 petang untuk perlantikan AJK baru . Khamis minggu lepas juga terburu2 ke perpustakaan negara untuk meminjam sebuah buku kerana masa buka tinggal saja 30 minit lebih kurang, saya bergegas menaiki tren dan nasib menyebelahi hari itu kerana mudah mendapat teksi dari Titiwangsa ke PN. Jadi masa diambil lebih kurang 10 minit , jadi tinggal lebih kurang 20 minit untuk saya mencaari buku tersebut. Malangnya bilamana saya sudah puas mencarinya disana librarian kata buku tersebut telah dilupuskan? Nak kata apa, padahal terang2 dalam database opac mereka, buku itu masih available.

Tak pa lah tak daa rezeki lah tu.. Buku yang dimaksudkan ialah Sejarah Perkembangan Tamadun Dunia. Buku keluaran DBP ini pernah saya pinjam di USM bulan lepas. tapi terpaksa dipulangkan awal kerana nak balik KL. Selepas merujuk google, satu website http://www.dawama.com/ ada menjualnya, sukanya buku tersebut masih lagi dijual. Insyaallah bulan satu lagi saya akan belinya sendiri jika mengizinkan. Cuti hari minggu tak kemana2, penat 2 mggu lepas belum hilang sepenuhnya lagi... saya masih lagi sakit2 belakang..

Hidup saya ini penuh dengan terburu-buru... kadang-kadang lupa makan sehingga kepala berangin, tidak saya hiraukan bila saya berkejaran akan sesuatu, hingga saya gagal mengingat banyak benda. Contohnya nama orang... kalau sekali jumpa memang tak dapat ingat dengan baik. Mungkin pada waktu saya sedang mengejar masa saya tak boleh fokus kepada perkara lain. Itu cerita saya berhadapan dengan masa. Kesedaraan orang islam mengenai masa cukup kerana kata Allah dalam surah Asr, Wal' asr.. innal insanalafi khusyr.. kecuali kata Allah, allazi na amanu waamilussalihat...orang2 beriman dan beramal soleh. Apa yang dikejarkan itu pastinya tak kemana kecuali amalan2 soleh. Makan, minum, tidur, kerja pasti ada cara2 yang solehnya.. masing2 boleh mengukur diri masing-masing sedaya upayalah kita sama cuba memperbaikinya.

Saya jamin, kalaulah Allah hanya beri kita 25jam sehari pun, saya pasti ramai yang akan menangguh2 pekerjaan termasuk saya kerana kita percaya kita masih punyai baki sejam dari biasa yang septutnya... Apapun kefahaman mengenai masa disini, biar kita menyedaarinya hakikat demi waktu, setaip saat ia akan berlalu dan pergi dan berisikah setiap saat yang berlalu itu. Saya pun sedemikian, sedaya upaya memperbaiki diri, mengingatkan banyak perkara yang saya belajar sewaktu dulu. Sayang juga ilmu itu dibiarkan pegi tanpa dimanfaatkan.. Maaf kepada guru2 yang mengajar saya memang terlalai seketika dulu... Bila mana saya saya menyedari hakikat itu, bermuhasabah jalan sebaiknya.. lagha dengan perkara dunia satu puncanya yang boleh menggelapkan hati saya, nauzubillah..

Cerita terbaru, saya baru saja memohon bekerja di Kota Bharu. Alhamdulillah.. masih ada lagi kekosongan jawatan programmer di syarikat itu. Doakan semoga saya dapat panggilan interview dan berjaya mendapat pekerjaan itu. Perancaangan ini sudah lama didalam kepala, saya ingin pulang berkhidmat di negeri kelahiran bila ada peluang. Dan bagi saya, inilah peluang terbaik setakat ini. Hendak tak hendak saya akui Kuala Lumpur ini bukan satu tempat yang baik untuk membesarkan anak2.

Langkah seterusnya kalau saya ditawarkan bekerja, saya dalam kepala merancang beberapa perkara untuk isteri dan anak. Seperti yang dirancang, saya akan mendalami bahasa arab yang saya pernah belajar dahulu separuh masa. Selain UMCced, KIAS, saya terjumpa satu tempat lagi yang boleh dikatakan masyhur di Kelantan, namanya ALC. http://www.arabic.com.my Berpusat ditempat yang sama iaitu nilam puri. Masyaallah.. saya berhajat sangat dan excited dengan semua ini. Tak sabar rasanya untuk hidup di KB.

Merancang tidak semestinya dapat. Apa yang saya doakan, setiap masa, semoga apa yang saya dirancang, dan setiap apa yang dicita2kan mampu direalisasikan suatu hari nanti. Sekurang2nya saya telah berbuat sesuatu dizaman saya masih lagi kuat dan boleh berusaha. innallahama'ssobirin...

Pelangi Semenyih
21/12/08 3:00 PM


2 comments:

Mohd Yunus said...

'Saya jamin, kalaulah Allah hanya beri kita 25jam sehari pun, saya pasti ramai yang akan menangguh2 pekerjaan termasuk saya kerana kita percaya kita masih punyai baki sejam dari biasa yang septutnya...' - hmmm...aku tertarik quote nih

'belajar arab', 'sumbang pd negeri'.
bro,kalau itulah niatnya, aku sama2 doakan moga tercapai.

abbi balqis said...

trima kasih unos..

Harap2nya mcm tulah.. ambik mana2 peluang yang ada depan mata masa kita kuat ni.