

Akhirnya PDA saya sekarang sudah berinstallkan beberapa software yang saya cari-cari selama ini. Pertamanya, software yang menguruskan keewangan saya, tengok duit berapa tinggal selepas tolak belanja-balanja harian.. tapi buat masa ni akaun saya lepas tolak itu ni tinggal negatif saja. hehe.. Kedua saya dah install palringo.. software instant messenger yang support yahoom, gtalk, msn, dan banyak lagi lain-lain yang saya tak pernah cuba. Ketiga, saya dah install pRSSReader, software yang sangat membantu saya. Kerana saya ni pemalas nak buka website berita2.. saya guna rss reader untuk dapatkan ringkasan berita dan laman web yang best2. Setakat ini saya pelanggan RSS berita harian, harakahdaily, malaysiakini, BBC dan Tasek pauh blogspot. Jadi pagi-pagi saya akan sambungkan pda saya ke laptop untuk update berita terbaru. Saya boleh baca bila-bila dan dimana saja tanpa beli surat khabar.
Di USM ni ada streamyx hotspot (ramalan panas streamyx), jadi saya dah berlanggan sebagai tmnet prepaid. So bilamana saya away saya cuma perlu cari point hotspot untuk sambungkan saya ke internet. Saya boleh download email dan rss feed. Sekarang, saya sudah tidak perlu risau lagi kemana-mana.. cuma cari sahaja kawasan yang ada hotspot. Kalau untuk pelanggan kredit kad, lebih mudah untuk beli starter pack kerana bayaran boleh dibuat online. Starter pack dia hanya RM28 untuk kegunaan sebulan. Sebenarnya USM dah provide wi-fi, tapi apa masalah pun tak tahu.. saya tak dapat connect. Internet sapa ceroooh kali ni....

Nota kaki
* menungkat kedai pelayan - satu aktiviti selepas isya' yang biasa dilakukan oleh anak muda kampung di kelantan khususnya iaitu duduk lama-lama di warung yang ada pekerja yang cantik2. Sambil berborak dan mengorat.
*mikul beras - Kalau dikampung saya kerja ini sangat popular, menyeludup beras siam masuk ke Malaysia. Hanya orang yang gedebe sahaja boleh buat kerja ni. Silap2 hari bulan kena tembok ko asyka
0 comments:
Post a Comment