Showing posts with label study. Show all posts
Showing posts with label study. Show all posts

Saya rabun

| 2 comments

SAYA kena pakai cermin mata. Itu kenyataan yang saya tak dapat nafikan setakat pukul 5 hari ini. Patutlah sejak kebelakangan ni kepala asyik pening-pening lalat, rupanya power mata kanan saya dah mencecah 4.50. Saya tadi kebetulan lalu disatu kedai mata the Mall, saja nak test.

Saya boleh kalau mengadap PC lama-lama 5-6 jam nonstop. Sejak kebelakangan ini saja, 5-10 minit saya dah jadi weng (pening) dan terpaksa sedaya upaya sempitkan mata untuk dapatkan sight yang lebih clear. Saya memang ingat itu syndrom biasa bila mata kita letih... Baru hari ini saya tahu yang itu adalah satu bentuk kerabunan. Nak tak nak, saya kena merelakan kerabunan mata yang rabun itu.. bukan rabun yang sedikit2, tapi rabun saya ini setinggi 4.50.

Kalau nak diikutkan dengan power 'serendah' itu, saya kena pakai kaca yang tebal yang macam superman tu. Itu mengikut kata orang yang periksa mata saya tadi. TAPI, ada juga lens nipis untuk power yang tinggi kata Optimetrist tu, regenya agak mahal sikitlah (dah kenal dengan ayat promosi mcm ni). .. zaassst! Petang ni jugak saya akan merelakan diri untuk membuat spek sebelum mata saya menjadi punah ranah. Kalau ikutkan hati, tak mahu la nok mmaka2 benda ni.. sebab saya ni meme pelupa sungguh.. Jenis letak situ cari llain..

Semua kawan2 yang mengenali saya lebih dari sebulan keatas akan rasa semacam bila tengok saya pakai spek. Kawan-kawan ofis, kawan kawan baik, adik beradik tentunya.... Tiidddakkkk!! Mata saya sebelum ini tidak pernah memakai apa. Confirm momfimnya ramai yang akan terkejut, kerana ni muka saya dah tak MAWI lagi dah! [sedih].

Sebelum saya bersara seketika dari menaip, saya nak share pencarian saya tempat mengaji bahasa arab. Ada juga lah saya jumpa dan dapatkan tips2 dari forumer. Penemuan yang terbaik sekali saya rasa di Nilam Puri, www.arabic.com.my tu lah... yang lain2 banyak saya jumpa hanya kebanyakannya offer bahasa arab tu hanya basic untuk komunikasi. Nanti saya menaip lagi tentang ini. Bukan apa, sebolehnya hendak mendalami betul tatabahasa arab, melalui pembelajaran yang menggunakan kitab2 lama.. macam Kitab Nahu Wal Wadih. Kitab-kitab mutalla'ah dan adab wa nusus, balaghah dan macam2 lagi. Purely sukatan yang ada dekat Al-azhar.

Alahuallam...

p/s : Dr Ojie.. tolunn3x! Tulun ubati kerabunan saya. Aduss sadiss...

Apa ada pada SIS

Memang sah terbukti! Tindakan Jabatan Agama terlalu berpihak, hari ini mereka sanggup menghiraukan gajah yang didepan mata, untuk menyerang kuman di seberang lautan. Bagi yang bersekongkol dengan parti pemerintah hari ini, patut sedar2lah... jangan hanya berselindung disebalik nama. Bertindaklah atas dasar keadilan, bukan kerana takut dilucutkan jawatan atau ditukar kerja kerana menegakkan kebenaran. Kalau ini layaknya digelar pengecut, bukan penguatkuasa. Tok dok batu p*lir..ore kelate kato. Kerana yang paling berkuasa keatas kita hanya Allah, percayanya Allah itu ada dan berkuasa perlu berada di atas segala yang lain... melebihi kuasa yang ada pada Bush dan PM kita! Patut kita bagi anugerah kepada Muntadar al-Zeidi kerana membaling kasut kemuka bush! Konsep Amar Makruf Wa Nahi Ani Mungkar macam ni la kita nak ada pada semua mujahid dan mujahidah kita.


Bagi seseorang yang berakidah Ahli Sunnah, melakukan penafsiran melalui akal semata-mata adalah bertentangan, kita nak tak nak kena rujuk Al-Quran dan Hadis sebagaimana kita beriman. Saya merujuk kepada Sister in Islam (SIS) dan berita yang dikeluarkan dalam Harakah (07/12/2006), bertajuk, Jangan kambing hitamkan Rufaqa' untuk tutup isu murtad. Apa yang pasti, kerosakan akidah dalam SIS sengaja tidak dinampakkan oleh pihak berkuasa kita. Kalau mengikut apa yang saya pelajari ssuatu ketika dulu, fahaman sebegini dikenali sebagai fahaman Muktazilah, yang saya boleh simpulkan sebagai fahaman yang mengutamakan akal mengatasi al-quran dan hadis. Golongan ini mengatakan AlQuran itu makhluk iaitu baru... Dunia hari ini mengenalinya sebagai Islam Liberal... mengambil pakai apa yang dirasakan sesuai mengikut keaadaan semasa.

Dalam Utusan Malaysia (24/12/2008), baru-baru ini sahaja golongan ini terang-terangan menolak fatwa kebangsaan yang mengharamkan yoga, dan tidak lupa pertikaian mereka terhadap perkara yang telah diputuskan oleh agama Islam seperti poligami, faraid dan aurat suatu ketika dulu. Jelas mereka ini lebih sekular, berbanding yang lain. Kenyataan SIS dikeluarkan tanpa merujuk alim ulama bagi saya sangat berbahaya umat Islam. Saya tidak mendalami apa perkaitan yoga dengan agama lain, tapi saya percaya ada kebenarannya kerana dikatakan ada unsur pemujaan. Saya tahu ada benarnya, jika perkara ini berterusan boleh merosakan akidah orang Islam. Apakah hukuman yang patut kita berikan kepada orang sedemikian? Tak patut kalau di I.S.A sahaja, patut dihukum dibunuh kerana menghina Islam.

Wallhua'lam

Masa itu waktu


Saya sedang terburu-buru menulis, hari ini saya dijemput mesyuarat dianjurkan oleh taman perumahan saya pada pukul 3 petang untuk perlantikan AJK baru . Khamis minggu lepas juga terburu2 ke perpustakaan negara untuk meminjam sebuah buku kerana masa buka tinggal saja 30 minit lebih kurang, saya bergegas menaiki tren dan nasib menyebelahi hari itu kerana mudah mendapat teksi dari Titiwangsa ke PN. Jadi masa diambil lebih kurang 10 minit , jadi tinggal lebih kurang 20 minit untuk saya mencaari buku tersebut. Malangnya bilamana saya sudah puas mencarinya disana librarian kata buku tersebut telah dilupuskan? Nak kata apa, padahal terang2 dalam database opac mereka, buku itu masih available.

Tak pa lah tak daa rezeki lah tu.. Buku yang dimaksudkan ialah Sejarah Perkembangan Tamadun Dunia. Buku keluaran DBP ini pernah saya pinjam di USM bulan lepas. tapi terpaksa dipulangkan awal kerana nak balik KL. Selepas merujuk google, satu website http://www.dawama.com/ ada menjualnya, sukanya buku tersebut masih lagi dijual. Insyaallah bulan satu lagi saya akan belinya sendiri jika mengizinkan. Cuti hari minggu tak kemana2, penat 2 mggu lepas belum hilang sepenuhnya lagi... saya masih lagi sakit2 belakang..

Hidup saya ini penuh dengan terburu-buru... kadang-kadang lupa makan sehingga kepala berangin, tidak saya hiraukan bila saya berkejaran akan sesuatu, hingga saya gagal mengingat banyak benda. Contohnya nama orang... kalau sekali jumpa memang tak dapat ingat dengan baik. Mungkin pada waktu saya sedang mengejar masa saya tak boleh fokus kepada perkara lain. Itu cerita saya berhadapan dengan masa. Kesedaraan orang islam mengenai masa cukup kerana kata Allah dalam surah Asr, Wal' asr.. innal insanalafi khusyr.. kecuali kata Allah, allazi na amanu waamilussalihat...orang2 beriman dan beramal soleh. Apa yang dikejarkan itu pastinya tak kemana kecuali amalan2 soleh. Makan, minum, tidur, kerja pasti ada cara2 yang solehnya.. masing2 boleh mengukur diri masing-masing sedaya upayalah kita sama cuba memperbaikinya.

Saya jamin, kalaulah Allah hanya beri kita 25jam sehari pun, saya pasti ramai yang akan menangguh2 pekerjaan termasuk saya kerana kita percaya kita masih punyai baki sejam dari biasa yang septutnya... Apapun kefahaman mengenai masa disini, biar kita menyedaarinya hakikat demi waktu, setaip saat ia akan berlalu dan pergi dan berisikah setiap saat yang berlalu itu. Saya pun sedemikian, sedaya upaya memperbaiki diri, mengingatkan banyak perkara yang saya belajar sewaktu dulu. Sayang juga ilmu itu dibiarkan pegi tanpa dimanfaatkan.. Maaf kepada guru2 yang mengajar saya memang terlalai seketika dulu... Bila mana saya saya menyedari hakikat itu, bermuhasabah jalan sebaiknya.. lagha dengan perkara dunia satu puncanya yang boleh menggelapkan hati saya, nauzubillah..

Cerita terbaru, saya baru saja memohon bekerja di Kota Bharu. Alhamdulillah.. masih ada lagi kekosongan jawatan programmer di syarikat itu. Doakan semoga saya dapat panggilan interview dan berjaya mendapat pekerjaan itu. Perancaangan ini sudah lama didalam kepala, saya ingin pulang berkhidmat di negeri kelahiran bila ada peluang. Dan bagi saya, inilah peluang terbaik setakat ini. Hendak tak hendak saya akui Kuala Lumpur ini bukan satu tempat yang baik untuk membesarkan anak2.

Langkah seterusnya kalau saya ditawarkan bekerja, saya dalam kepala merancang beberapa perkara untuk isteri dan anak. Seperti yang dirancang, saya akan mendalami bahasa arab yang saya pernah belajar dahulu separuh masa. Selain UMCced, KIAS, saya terjumpa satu tempat lagi yang boleh dikatakan masyhur di Kelantan, namanya ALC. http://www.arabic.com.my Berpusat ditempat yang sama iaitu nilam puri. Masyaallah.. saya berhajat sangat dan excited dengan semua ini. Tak sabar rasanya untuk hidup di KB.

Merancang tidak semestinya dapat. Apa yang saya doakan, setiap masa, semoga apa yang saya dirancang, dan setiap apa yang dicita2kan mampu direalisasikan suatu hari nanti. Sekurang2nya saya telah berbuat sesuatu dizaman saya masih lagi kuat dan boleh berusaha. innallahama'ssobirin...

Pelangi Semenyih
21/12/08 3:00 PM


Kampung Boy Vs PDA Phone

Walaupun saya pagi ini rasa malas menaip kerana bila saya bangun subuh tadi badan saya habis rasa lenguh, saya memaksa juga menaip kerana esok saya sudah hendak bercuti dari menaip. Walaupun pagi ini ada satu kelas, rasa malas betul hendak pergi saya hendak siapkan report amali dan assigment Geografi saya. Malam karang ada kelas Kalukulus pula, hehe.. tapi itupun tak tahu la dapat pergi ke tidak sebab isteri dan balqis saya dah pun sampai kat penang masa tu. Lama betul rasa tak bertemu mereka walaupun minggu lepas saya pulang ke KL kerana ada kerja. Saya akan menyewa di Rumah Tamu USM sehari, sebelum memulakan road trip saya seterusnya. Caj bayaran bilik RM100 untuk Standard, Duluxe hanya tambah 20 .. RM120. Jadi saya amik Duluxe supaya senang Balqis nak golek2 sebab ada ruang tamu. Saya berangan-angan untuk merentasi ke Negara Thailand dari Betong / Perak sampai ke Sungai Golok, tapi ia mungkin memakan masa beberapa hari, saya memerlukan baby carseat di pos dari KL ke Penang untuk isikan balqis. Kalau tak bawak maknanya tak de la road trip kali ini.

Akhirnya PDA saya sekarang sudah berinstallkan beberapa software yang saya cari-cari selama ini. Pertamanya, software yang menguruskan keewangan saya, tengok duit berapa tinggal selepas tolak belanja-balanja harian.. tapi buat masa ni akaun saya lepas tolak itu ni tinggal negatif saja. hehe.. Kedua saya dah install palringo.. software instant messenger yang support yahoom, gtalk, msn, dan banyak lagi lain-lain yang saya tak pernah cuba. Ketiga, saya dah install pRSSReader, software yang sangat membantu saya. Kerana saya ni pemalas nak buka website berita2.. saya guna rss reader untuk dapatkan ringkasan berita dan laman web yang best2. Setakat ini saya pelanggan RSS berita harian, harakahdaily, malaysiakini, BBC dan Tasek pauh blogspot. Jadi pagi-pagi saya akan sambungkan pda saya ke laptop untuk update berita terbaru. Saya boleh baca bila-bila dan dimana saja tanpa beli surat khabar.

Di USM ni ada streamyx hotspot (ramalan panas streamyx), jadi saya dah berlanggan sebagai tmnet prepaid. So bilamana saya away saya cuma perlu cari point hotspot untuk sambungkan saya ke internet. Saya boleh download email dan rss feed. Sekarang, saya sudah tidak perlu risau lagi kemana-mana.. cuma cari sahaja kawasan yang ada hotspot. Kalau untuk pelanggan kredit kad, lebih mudah untuk beli starter pack kerana bayaran boleh dibuat online. Starter pack dia hanya RM28 untuk kegunaan sebulan. Sebenarnya USM dah provide wi-fi, tapi apa masalah pun tak tahu.. saya tak dapat connect. Internet sapa ceroooh kali ni....

Alhamdulillah, saya dapat merasai dan memiliki PDA Phone sendiri akhirnya. Kalau dulu bila mana setiap kali saya melalui kedai PDA di Low yat, mata saya tak akan lepas dari menjeling-jeling kedai-kedai PDA disitu kerana saya selalu berazam untuk memilikinya suatu hari nanti. Akhirnya tercapai jua hasrat saya itu... Syukurlah... kalau saya masih lagi di kampung masa ini mungkin saya tak ada gadget-gadget ni semua, mungkin kalau orang cakap pasal gadget pun saya tak tahu apa itu gadget. Saya mungkin hanya tahu menungkat kedai pelayan* (aktiviti masyhur di kelantan) atau saya hanya mungkin bekerja sebagai *mmikul berah..

Nota kaki
* menungkat kedai pelayan - satu aktiviti selepas isya' yang biasa dilakukan oleh anak muda kampung di kelantan khususnya iaitu duduk lama-lama di warung yang ada pekerja yang cantik2. Sambil berborak dan mengorat.
*mikul beras - Kalau dikampung saya kerja ini sangat popular, menyeludup beras siam masuk ke Malaysia. Hanya orang yang gedebe sahaja boleh buat kerja ni. Silap2 hari bulan kena tembok ko asyka