Ciptaan istimewa di Kuala Gandah

|

Pada hari sabtu lepas, kami tiga beranak dan beberapa ahli kumpulan myteam sebelah isteri saya menyusur Temerloh, mendekati suatu makhluk tuhan yang cukup istimewa, gajah. Gajah di Kampung Kuala Gandah ialah gajah liar yatim piatu yang dijinakkan. Kawasan ini kelihatan seakan kawasan perkampungan orang asli kerana saya terperasan banyak anjing2 berkeliaran. Apapun, banyak faedah dari lawatan kecil ini, bukan sekadar merasai rupa bentuk gajah. Ia mengajar kami untuk menyayangi satu lagi ciptaan tuhan. Sometime, mari rasa rraaa... kasihan melihat anak gajah yang 'meraung' kerana dia diantara ramai-ramai dikatakan manja (rindukan kat mak boleh jadi) . Satu percubaan saya untuk mendekati alam sekitar. Keccek banyak pun tak guna.. tengok2lah gambar.






Sepulangnya kami dari melihat gajah, menyinggah pula di Bukit Tinggi, dek kerana saya terlepas simpang saya terpaksa membuat u-turn di genting sempah (lebih kurang 20Km dari Bukit Tinggi) dan kami kelewatan untuk sampai ke puncak Bukit Tinggi, namun sesuatu yang menarik boleh di lihat sana pada sewaktu kami sampai. Saya dapat melihat sekumpulan awan kemerahan berbentuk bujur yang sebaik tiba di puncak, Pemandangannya, ammazing! Subhanallah.. kesemua kami teruja. Hanya beberapa keping gambar sahaja dapat di ambil sebagai kenang-kenangan di Colmar kerana bateri kamera sudah kehabisan. Pengalaman saya dapat disini cukup istimewa. Merayau-rayau dia antara bangunan ala-perancis, satu pengalaman menyeronokkan. Alunan lagu-lagu lama dari pemuzik jalanan meninggalkan kenangan yang cukup berharga. Cuacanya tidak berapa sejuk sangat waktu itu tetapi sedikit berangin.

Nasihat saya kalau nak pergi, untuk keselesaan bawalah 4 Wheel Drive, bukit kat situ sungguh curam. Kalau kereta saya, gear 1 pun merangkak2.... Lagi satu pesanan, supaya jangan main brek sangat sewaktu turun. Kalau brek panas cukup bahaya...nasib baik boleh guna hand brake. Ini pengalaman saya pertama saya tekan brek tak makan tiba2, wallahua'lam.

Sebagai akhirnya, link dibawah ini adalah koleksi gambar-gambar peribadi saya untuk tatapan umum.

http://picasaweb.google.com/cekedess/

nota kaki :
* mari rasa rraa - berasa sesuatu

0 comments: