Saya rabun

|

SAYA kena pakai cermin mata. Itu kenyataan yang saya tak dapat nafikan setakat pukul 5 hari ini. Patutlah sejak kebelakangan ni kepala asyik pening-pening lalat, rupanya power mata kanan saya dah mencecah 4.50. Saya tadi kebetulan lalu disatu kedai mata the Mall, saja nak test.

Saya boleh kalau mengadap PC lama-lama 5-6 jam nonstop. Sejak kebelakangan ini saja, 5-10 minit saya dah jadi weng (pening) dan terpaksa sedaya upaya sempitkan mata untuk dapatkan sight yang lebih clear. Saya memang ingat itu syndrom biasa bila mata kita letih... Baru hari ini saya tahu yang itu adalah satu bentuk kerabunan. Nak tak nak, saya kena merelakan kerabunan mata yang rabun itu.. bukan rabun yang sedikit2, tapi rabun saya ini setinggi 4.50.

Kalau nak diikutkan dengan power 'serendah' itu, saya kena pakai kaca yang tebal yang macam superman tu. Itu mengikut kata orang yang periksa mata saya tadi. TAPI, ada juga lens nipis untuk power yang tinggi kata Optimetrist tu, regenya agak mahal sikitlah (dah kenal dengan ayat promosi mcm ni). .. zaassst! Petang ni jugak saya akan merelakan diri untuk membuat spek sebelum mata saya menjadi punah ranah. Kalau ikutkan hati, tak mahu la nok mmaka2 benda ni.. sebab saya ni meme pelupa sungguh.. Jenis letak situ cari llain..

Semua kawan2 yang mengenali saya lebih dari sebulan keatas akan rasa semacam bila tengok saya pakai spek. Kawan-kawan ofis, kawan kawan baik, adik beradik tentunya.... Tiidddakkkk!! Mata saya sebelum ini tidak pernah memakai apa. Confirm momfimnya ramai yang akan terkejut, kerana ni muka saya dah tak MAWI lagi dah! [sedih].

Sebelum saya bersara seketika dari menaip, saya nak share pencarian saya tempat mengaji bahasa arab. Ada juga lah saya jumpa dan dapatkan tips2 dari forumer. Penemuan yang terbaik sekali saya rasa di Nilam Puri, www.arabic.com.my tu lah... yang lain2 banyak saya jumpa hanya kebanyakannya offer bahasa arab tu hanya basic untuk komunikasi. Nanti saya menaip lagi tentang ini. Bukan apa, sebolehnya hendak mendalami betul tatabahasa arab, melalui pembelajaran yang menggunakan kitab2 lama.. macam Kitab Nahu Wal Wadih. Kitab-kitab mutalla'ah dan adab wa nusus, balaghah dan macam2 lagi. Purely sukatan yang ada dekat Al-azhar.

Alahuallam...

p/s : Dr Ojie.. tolunn3x! Tulun ubati kerabunan saya. Aduss sadiss...

2 comments:

..Oltromen solehah... said...

ekekeke..

awak RABUN???
isk3..igtkan saye je yang tergulincir dalam lembah kerabunan ni lam family kte..

ahaha..

papepon,biar rabun mata tapi jgn sesekali rabun hati..tol x incik mawi?=p

Mohd Yunus Sharum, PhD said...

sabar je la... bayangkan orang yang buta, apa cite? yg penting syukuri nikmat yg masih ada...

p/s: aku pun dah rasa pedih2 mato. usshhh! na'uzubillah. ada orang plak, lagi suka pakai cermin mata. tak paham aku...