Kampung Boy Vs PDA Phone

|

Walaupun saya pagi ini rasa malas menaip kerana bila saya bangun subuh tadi badan saya habis rasa lenguh, saya memaksa juga menaip kerana esok saya sudah hendak bercuti dari menaip. Walaupun pagi ini ada satu kelas, rasa malas betul hendak pergi saya hendak siapkan report amali dan assigment Geografi saya. Malam karang ada kelas Kalukulus pula, hehe.. tapi itupun tak tahu la dapat pergi ke tidak sebab isteri dan balqis saya dah pun sampai kat penang masa tu. Lama betul rasa tak bertemu mereka walaupun minggu lepas saya pulang ke KL kerana ada kerja. Saya akan menyewa di Rumah Tamu USM sehari, sebelum memulakan road trip saya seterusnya. Caj bayaran bilik RM100 untuk Standard, Duluxe hanya tambah 20 .. RM120. Jadi saya amik Duluxe supaya senang Balqis nak golek2 sebab ada ruang tamu. Saya berangan-angan untuk merentasi ke Negara Thailand dari Betong / Perak sampai ke Sungai Golok, tapi ia mungkin memakan masa beberapa hari, saya memerlukan baby carseat di pos dari KL ke Penang untuk isikan balqis. Kalau tak bawak maknanya tak de la road trip kali ini.

Akhirnya PDA saya sekarang sudah berinstallkan beberapa software yang saya cari-cari selama ini. Pertamanya, software yang menguruskan keewangan saya, tengok duit berapa tinggal selepas tolak belanja-balanja harian.. tapi buat masa ni akaun saya lepas tolak itu ni tinggal negatif saja. hehe.. Kedua saya dah install palringo.. software instant messenger yang support yahoom, gtalk, msn, dan banyak lagi lain-lain yang saya tak pernah cuba. Ketiga, saya dah install pRSSReader, software yang sangat membantu saya. Kerana saya ni pemalas nak buka website berita2.. saya guna rss reader untuk dapatkan ringkasan berita dan laman web yang best2. Setakat ini saya pelanggan RSS berita harian, harakahdaily, malaysiakini, BBC dan Tasek pauh blogspot. Jadi pagi-pagi saya akan sambungkan pda saya ke laptop untuk update berita terbaru. Saya boleh baca bila-bila dan dimana saja tanpa beli surat khabar.

Di USM ni ada streamyx hotspot (ramalan panas streamyx), jadi saya dah berlanggan sebagai tmnet prepaid. So bilamana saya away saya cuma perlu cari point hotspot untuk sambungkan saya ke internet. Saya boleh download email dan rss feed. Sekarang, saya sudah tidak perlu risau lagi kemana-mana.. cuma cari sahaja kawasan yang ada hotspot. Kalau untuk pelanggan kredit kad, lebih mudah untuk beli starter pack kerana bayaran boleh dibuat online. Starter pack dia hanya RM28 untuk kegunaan sebulan. Sebenarnya USM dah provide wi-fi, tapi apa masalah pun tak tahu.. saya tak dapat connect. Internet sapa ceroooh kali ni....

Alhamdulillah, saya dapat merasai dan memiliki PDA Phone sendiri akhirnya. Kalau dulu bila mana setiap kali saya melalui kedai PDA di Low yat, mata saya tak akan lepas dari menjeling-jeling kedai-kedai PDA disitu kerana saya selalu berazam untuk memilikinya suatu hari nanti. Akhirnya tercapai jua hasrat saya itu... Syukurlah... kalau saya masih lagi di kampung masa ini mungkin saya tak ada gadget-gadget ni semua, mungkin kalau orang cakap pasal gadget pun saya tak tahu apa itu gadget. Saya mungkin hanya tahu menungkat kedai pelayan* (aktiviti masyhur di kelantan) atau saya hanya mungkin bekerja sebagai *mmikul berah..

Nota kaki
* menungkat kedai pelayan - satu aktiviti selepas isya' yang biasa dilakukan oleh anak muda kampung di kelantan khususnya iaitu duduk lama-lama di warung yang ada pekerja yang cantik2. Sambil berborak dan mengorat.
*mikul beras - Kalau dikampung saya kerja ini sangat popular, menyeludup beras siam masuk ke Malaysia. Hanya orang yang gedebe sahaja boleh buat kerja ni. Silap2 hari bulan kena tembok ko asyka

0 comments: