Antara Fitnah dan Kebenaran

|

Dulu saya suka berangan2 menjadi seorang ahli akademik Saya ingin jadi seorang yang penuh dengan fakta2 dan rumus2 di kepala. Saya sendiri tak tahu kenapa saya rasa saya perlu jadi orang akademik tapi itulah... Saya selalu merasakan, berfikir sampai nak meletup kepala itu bagus dan sesuatu yang menyeronokkan... kerjaya itu memang secocok dengan jiwa saya..... sampai hari ini saya masih berpegang pada teori khayalan saya itu. Saya ada karisma ke untuk jadi ahli akademik? Oh! tak mengapalah..lupakan sahaja masalah saya itu.


Hari ni saya mendapat berita gembira yang saya akan isytiharkan pada 31hb nanti. Seronoknya saya..........

Saya tidak sibuk sangat kebelakangan ini memandangkan ofis ini akan kosong minggu depan, tidak ada apa2 kerja yang diaasignkan. Semua orang akan travel ke seluruh peninsular, untuk deployment sistem off-counter E-Info. Saya, hambli(designer) dan beberapa staff lagi yang tinggal.

Semalam, saya baru sahaja menerima offer dari Coventry University untuk kemasukan sept ini., tempat yang saya idamkan untuk menyambung pelajaran. Sama juga Northumbria, sehingga hari ini, hati masih berbelah bagi kerana resource masih belum mengizinkan... Insyallah jika ada sapa2 yang sudi menaja [mudah-mudahan] ...perjalanan seterusnya akan lagi mencabar.

Lagi apa yer, owh balqis masuk dah 6 bulan setengah. Alhamdulillah membesar dengan sihat dan cergas. Anak-anak zaman yang penuh kemodenan... lahir dalam serba serbi yang lengkap... Saya mengharapkan agar Balqis akan jadi anak yang solehah dan sentiasa ingat untuk mendoakan kedua ibubapanya. Sudah pandai makan dan berinteraksi. Bila saya mengajuk percakapan dia, dia akan cepat respon. Sudah besar nak abbi ni.... cepat jalan ya balqis. Baru saya ingat balqis dah tak suka berbaring.. dia sekarang tak boleh di pegang lama-lama macam dulu. Asyik nak mengelupur saja... aduh nakal betul. Mungkin saya dan isteri akan lempar dia dalam walker....

Isteri pula risau, asyik menyebut walker siang malam.. saya faham... orang perempuan memang dia ambil berat benda2 macam tu. Jangan ingat saya tak ambil berat pulak.. concern sapa kata tak. Tunggu Jusco sales saje :) . Mengkaya rayakan toke Jusco memang kerja saya dan isteri...

Akhir-akhir ini, saya banyak mencari artikel mengenai tuduhan sesat terhadap rufaqa lately, oleh kerana ada sesuatu yang saya rasa masyarakat kita tak mengkaji mengenai rufaqa. Orang melayu kita, senang menuduh itu ini, tapi berlandaskan apa tak tahu. Memang ada fatwa negeri yang mengharamkan aktiviti rufaqa ini di Selangor. Kemungkinan faktor musuh politik, siapa tahu, atau kemungkin akidah mereka memang benar2 bercanggah dengan ahli sunnah., wallahua'lam.. tapi perlu diingat rufaqa bukan hanya di Malaysia ia diterima dan hebat di Negara barat sebagai contoh di negara Perancis. Mereka ada empayar perniagan besar di sekitar eropah dah asia barat. Bila dirujuk banyak sebenarnya sumbangan rufaqa terhadap Ekonomi orang Islam, sebagai contoh, modal diberikan untuk menjalankan sesuatu perniagaan.. tetapi perniagaan tersebut diminta supaya tidak menetapkan caj dan harga tinggi. Keuntungan langsung tidak diambil kira kerana pada pertimbangan saya mungkin perniagaan mereka tidak berasakan keuntungan tapi ketakwaan. Memang ada caj minima... itu pun kalau berkemampuan. Kalau tidak berkemampuan pergi sahaja kekedai runcit mereka yang dikhaskan, ambil barang dan kalau mampu bayar kemudian dan kalau tak bayar tak mengapa. Konsep Kasih sayang sesama makhluk saya rasa berjaya diterapkan dalam jamaah rufaqa. Alhamdulillah di zaman ini masih ada jamaah sedemikian.

Star - Rufaqa





Jais Raid



Inilah rupa Rahman Pahlil exco kerajaan khir toyo yang dituduh .... tu kan? Muka penuh dengan politik bukan? Samseng betol pegawai engko... geledah rumah orang macam tu ke?



Sampai klinik ko nak suruh tutup ke Palil? Biarlah dia orang Islam nak berniaga. Baik pergi tangkap orang wat maksiat kat tasik cempaka.



Lagu-lagu kumpulan Mawaddah banyak menginsafkan... saya suka.

Kalau Tuhan Dikenali
Album : Sembahyang Membina Peribadi Agung
Munsyid : Mawaddah
http://liriknasyid.com




Kalau Tuhan kita kenali
Kasih sayang dan peranan-Nya
Kalau Tuhan kita fahami
Keagungan dan kekuasaan-Nya

Kalau Tuhan kita rasakan
Betapa Dia sangat cintakan hamba-Nya
Kita akan sanggup berjuang, sanggup mati kerana-Nya
Kita akan sanggup berkorban apa saja kerana-Nya

Kalau Tuhan dikenali
Cintailah Tuhan
Dia adalah segalanya
Korbankanlah apa sahaja kerana-Nya

Cintakan Tuhan, Cinta paling mahal
Cintakan selain Tuhan, cinta murahan
Kalau Tuhan kita kenali
Dialah segala-galanya
Kalau Tuhan kita fahami
Dialah Pengurus seluruh keperluan kita
Kalaulah kita faham
Tuhan ini siapa sebenarnya
Kita akan sanggup menerima ujian kerana-Nya
Kita sanggup buat apa sahaja demi cinta pada-Nya
Kita akan sanggup menderita demi cinta pada-Nya
Cintakan Tuhan cinta yang abadi


Saya juga pernah membaca buku karangan Zabidi Mohamad, penulisnya merupakan penasihat undang-undang al-Arqam suatu ketika dulu, bukunya bertajuk tersungkur di pintu syurga. Menarik buku itu tapi saya tak mengambil 100% apa yang diceritakan kerana bimbang dan saya tak berani menghukum rufaqa yang dulunya al-arqam itu adalah sesat seperti didakwa. MEungkin kita perlu merujuk pada sumber lain juga.. harini banyak dah kajian yang academician kita buat mengenai ini. Apa justifikasi kita, samaada Ust Ashaari yang sesat atau pengikut yang taksub kepada beliau? Bagi para sufi kita maklum, biasanya ada keramah, orangnya zuhud dan abid, wallahualam... Mengapa saya berkata begitu, masakan orang biasa macam kita ini, boleh berdepan dengan pemimpin2 dunia kerana pada pandangan mereka Rufaqa banyak sumbangan dalam sosioekonomi dan berjaya dalam pendekatan kasih-sayang mereka dalam mengamalkan cara hidup Islam. Tak lupa jasa dalam membebaskan ekonomi umat islam dari dibelenggu riba kapitalis. Masakan negara eropah, egypt, jordan, thailand yang panya para scholar/ulama boleh mengalukan kehadiran mereka? Wallahua'lam... saya berijtihad dengan apa yang temui danilmu cetek saya. Saya tak mahu menyebelahi mana2 setakat ini kerana saya dengar dan jumpa banyak dakwaan mengatakan rufaqa dimusuhi oleh bekas2 pimpinan al-arqam yang lama.

Saya masih mendalami sumber-sumber yang saya dapat. Insyaallah saya akan berkongsi lagi jika diberi keizinan. Mungkin banyak lagi yang tidak di ketahui. Kalau boleh saya ingin memiliki buku ini yang ditulis oleh penyelidik UIA.

Kandungan :
Sebagai sebuah pertubuhan Islam dan gerakan dakwah, peranan dan penglibatan Al-Arqam dalam arus kebangkitan semula Islam di negara kita tidak boleh dike-tepikan. Sejak ditubuhkan pada tahun 1968 sehingga membawa kepada pengharamannya pada tahun 1994, Al-Arqam telah memainkan peranan sebagai agen perubahan sosial yang penting di kalangan masyarakat Islam di Malaysia dan di peringkat antarabangsa. Al-Arqam bukan sahaja memaparkan satu cara hidup yang tersendiri, malahan telah memperkenalkan sistem, model dan cara hidup Islam berdasarkan keyakinan yang dipegang oleh para anggota jemaahnya.

Buku ini ditulis dengan harapan dapat memberikan kefahaman dan maklumat mengenai pertubuhan Al-Arqam selain menjadi sumber rujukan kepada generasi yang akan datang.

Klik Untuk E-Book!!

Atau mungkin kajian yang ditulis oleh Dr Ahnmad Fauzi, USM ini boleh menghuraikan tentang rufaqa? Dapatkan E-Book Disini! Semoga dimasa2 hadapan kita tidak hanya mampu melihat syiar2 islam yang berdiri megah tetapi kita juga mampu membentuk jamaah yang kuat yang mampu membawa panji-panji islam untuk melawan agenda barat.

2 comments:

Mohd Yunus Sharum, PhD said...

peh, sempat ko baca pasal Rufaqa'@Arqam ni, ye?
Aku dulu respek. Tapi ye lah, agaknya bila dh jd empayar, ada la nafsu dunia buat gelap mata...

pd aku yg 'masalah' kat Al-Arqam ini akidah je. taksub Abuya dia. Yg lain byk praktikkan amalan Islam, yg kalau kita tengok hari ni dlm masyarakt cuma mampu jd 'teori' je. Mungkin sbb pengikut dia bayk yg ikhlas nak amal Islam, cuma pemimpin yg problem. tah le.

Firdaus Al-Fatani said...

tak sempat mcmana bro, ngular je keja kat opis. Hehe.. tak de la. Kadang2 tu banyak orang kita tak mahu ambik benda yang baik dari persekitaran mereka.

Masalah pada aqidah betul tu, pengikut yang suka labelkan lebih2 pada pemimpin dia. Macam bagi gelaran abuya dsb. Untuk masyarakat awam yang tak mendalami benda2 Dalam kesufian, susah nak percaya. Kadang2 ada yang betul.. kadang ada jugak yang putar belit.

Bagi aku kalau one day, Imam Mahadi yang betul2 turun pun, ramai yang takkan percaya itu Imam Mahdi yang Allah utuskan sebab masyarakat kita banyak yang rosak, penghayatan islam tak menguasai pemikiran mereka.. manusia lebih menumpukan pada ilmu yang sains yang lebih berfakta dari al-Quran pada pandangan mereka.

Macam zaman nabi nak menyebarkan da'akwah dulu, teetiba dia mengaku dia itu seorang nabi, Mestilah ramai yang ragu2. Betul tak? Penaakulan akal sahaja belum cukup kalau nak menafsir kejadian Khaaliq.

Kalau dari segi praktikal, saya memang respect! Akidah.. saya belum arif untuk bagi apa2 komen. Kita masih boleh rujuk sumber2 yang muktabar dan alim ulama. Menuntut dan cari ilmu mengenai itu sbanyak mungkin... ilmu laduni/ilmu kasyaf, ilmu tasauf, tak mendalami pun tak apa, ambik sekadaar pengetahuan am. Semua tu berperanan dalam sosiopolitik.