Selamat

|

Update ini tidak panjang, sekadar memberitahu sudah tiba masanya kami pulang ke tanahair. Saya akan merasa rindu pada cuaca sejuk Malawi, pada kawan-kawan sepejabat yang sangat peramah. Anthony, Mike , Maga and Jean... Bye for now.

Tinggal 12 jam lagi untuk saya disini mungucapkan selamat tinggal pada keindahan bumi Malawi... saya pasti saya akan rindukannya suatu hari nanti. Ummi kelihatan gembira benar.. awal-awal lagi sudah pack barang. Balqis pula seakan sudah biasa cuaca disini, tak tahulah macamana pula hendak adapt persekitaran baru di Malaysia. Mula-mula dulu sampai, habis pipi dia kena ruam. Kesian sungguh tengok....sekarang ni suhu 10 darjah tu macam biasa saja.

Di Johanesburg nanti keadaan akan lebih sejuk dari sini... kerana kedudukannya terkebawah sikit dari Malawi. Saya merancang untuk stay 1 malam di Don Suite & Hotel, dekat Sandton city, bandar ni bandar yang dibina oleh orang-orang kulit putih yang lari dari Pusat Bandar Johanesburg. Cadangnya, cukuplah untuk bawa mereka bersiar-siar sepetang sabtu, kerana hari Ahad, semua kedai di bandar ini akan tututp pada 11 pagi. Dan Ahad pulak flight dari Joburg ke Changi pukul 1, nak kena..chek-in itu ini... 2 jam jugak nak kena ada sana.

Ok.. gtg. Wasalam

0 comments: