Selamat tinggal Malaysia

Saya akan berpergian selama berapa purnama, meninggalkan yang tersayang, anak dan isteri. Beg, luggage semua sudah selamat di packed. Tinggal lagi berapa jam untuk perjalanan ke KLIA. Saya membilang masa dengan penuh debaran.

Saya bakal dikejutkan dengan budaya baru, scenario manusia dan alam sekitarnya yang baru. Kata Puan Mas, saya kena sediakan baju panas, berkemungkinan suhu akan turun lagi, kadangkala dibawah paras 16 darjah. Saya membeli barangan keperluan secara ala kadar, cukup dengan sebiji luggage besar yang boleh muat balqis dan umminya (kata ummi senang... kalo bila2 nak balik kampung), sedikit barang-barang kering..perencah goreng-goreng, dan tak lupa mie sedap :) . Sehelai jaket casual untuk keperluan ketika sejuk.

Saya sudah bersedia, menunggu masa untuk berangkat pergi. Tiket yang baru diperolehi pagi tadi mengkonfimkan perjalan saya hari ini. Balqis, sekarang sudah pandai bebel-bebel, ata..ta..taa.. dibalasnya bila kita melayan dia. Sikit-sikit sudah nampak dia boleh mengesot kedepan. Cuma saya risau akan dia jatuh katil lagi, baru saja beberapa hari baru ini terjatuh... Saya pesan kepada wife supaya tidurkan saja dia dalam baby cotnya. Mudah-mudahan semua selamat. Semestinya saya akan rindukan bebelan "atatatata" balqis bila disana!

Semalam saya menghabiskan masa seharian KLCC dan The Curve, lama jugak tiadak berjalan menghabiskan masa seperti itu. Lama saya berkeliaran di kedai buku kino (KLCCC), mph dan the borders (The Curve). Jumpalah satu buku programming untuk saya bawa kesana. Banyak pilihan dan harganya pasti mahal amat.. tapi semua buku import tak boleh nak lari dah harga dia. Knowledge lebih berharga dari sebiji buku.. kalau nak berkira-kira, tak wajar. Tapi saya hanya beli yang paling murah dan senang nak faham, mengikut kesesuaian bajet.

Di The curve, macam ada satu perasaan bila saya melalui satu kerusi berdekatan dengan surau dia. Di kerusi itulah kami (saya dan isteri) pernah duduk, dan waktu itu isteri tengah sarat mengandungkan Balqis. Banyak dugaan untuk kami waktu itu... maklum masih muda. Saya terbayangkan saya dan isteri di kerusi itu tengah berborak2. Seakan waktu itulah, saya masih mencuba untuk belajar menjadi suami yang penyayang...Saya biasa dengan kerja yang pulang melebihi 7pm keatas.. Bila isteri mengandung, banyak dugaannya.. kesabaran kita pasti teruji. Tak patut kalau saya melupakan memori itu..

Isteri membekalkan keropok goreng dan sedikit makanan dalam cabin bag saya, harap saya tidak kelaparan nanti bila transit di Joburg yang mengambil masa 5 jam. Sampai di Blantyre, En Onn akan bersedia menyambut saya. Ok Sudah beres..barang sudah pack, blog sudah update, sudah sampailah masanya untuk rilek2 dan menenangkan fikiran.

See what she said?




//Happy family was in the air//

2 comments:

Mohd Yunus said...

firdaus, aku tak faham sebenarnya. Crita ko camni ke - ko dapat kerja baru, pastu ko dicadang dihantar out station 6 bulan, pastu ko berhenti keja kat KL, pastu ko dah fly dan dah sampai kat sana. gitu ke?

apapun gd luck!

p/s: btw, ko tgh nak study Perl ke? boleh la discuss. aku buat Perl gak dulu. skg hobi je.

fatiee said...

gud luck yob!! geram dgr ata ta taa balqis tuh! huuuu