Si miskin itulah yang kaya

|

Aduh, rasa penat otak nak berhadapan dugaan ini, saya ingin mengeluh.. anda mgkin pernah berdepan dgn situasi begini, dibuat salah tak dibuat pun salah.. macamana kita ni nak mengukur kepandaian org kalau kita awal2 lagi menganggap orang lain semua tak pandai? Bagi saya semua ini karut, ada sesuatu sebenarnya kalau seseorang tu berperasangka begitu pada orang. Pertama dia pun seperti orang tu jugak. Macam contoh , kita berbangga kita sebagai anak yang baik sebab kita selalu bagi duit mak kita tiap-tiap bulan, dan assume orang lain tak pernah bagi duit kat mak dia, cerita sebenarnya ,in fact kita buat mcm tu sbb nk tunjuk kt org jelah sbnrnya. Org lain bgi skali sminggu pun x ada nk heboh2. Malangnya dia lebih2 nk tunjuk kt org... apa pesen? Entah2 org mcm tu dulu-dulu sebenarnya sama macam org lain yg tak bagi jgk.. Apa benda pun tak jadi kalau kita ni tak percaya pada kebolehan orang. Kita tak percaya sebab kita pun macam tu jugak sebenarnya. Entah, pening jugak ni nak bagi menerangkannya… nanti kalau saya ada istilah tepat saya bagitahu kemudian. Status big man tak melabangkan orang itu bijak, orang kaya ramai juga yang tak pandai… tapi sebab dia berduit orang rasa dia pandai. Mestikah manusia yang ada banyak duit dulu baru kita nak hormat? Itulah yang berlaku pada manusia seperti ini, Tak tenteram hidup kalau kita asyik nk mencari kesalahan, saya tahu kenapa manusia jadi begitu... Kerana pangkat dan tak nk tunjuk dia tu langsung tak bodoh... pertahankan kebodohan..cakap kita-kita ni mana ada satu yg boleh di iyakan.. cakap dia semua nk org yes kan... Apa benda tu. Dgn saya, org mcm ni selalunya tak lama, sumpahan org mcm kita jadi selalunya. Yang buruk lagi dh tahu tak betul, bila diri tu dh serba salah cuba sedaya upaya nk meyakinkan org lain... Masih nk tegak benang. Takleh nk ckp apa.. Yes man jerlah.

Saya cuba tak nak jadi rasis disini, tapi saya rasis dgn org mcm ini, rasis saya kerana perbuatan itu saya anggap menganiya org, menganiaya org yg dia tahu tak melawan. Lawan sikit nak ugut.. Nk buat mcm pening2 serabut.. Tapi silap, dpn mgkin tak melawan bnyk, tapi hati menyimpan. Bukan dendam, tapi berharap tuhan bagi petunjuk kt org ini. Berharap suatu hari mgkin, kita ni bila saya ker anak saya ker jadi cikgi, pensyarah, prof etc., mungkin anak2 org mcmnilah yg akan dtg tuntut markah dengan kita sebab tak cukUp point nk grad. Nak markah boleh.. Mesti saya akan bagi assignment gila2 susah kt budak mcm ni... Usaha malas harap nk membodek, apa igt mak bapak anda kaya jutawan, ada pangkat boleh beli markah, markah aku lebih mahal dari harta bapak engkau.. Cewah, saya berangan2 skejap. Hu.... Terasa jaaaaaauhnya lagi nk sampai situ..Kawan-kawan, nasihatkanlah saya ni bersabar..dan Insyaallah, saya bukan berdendam orgnya... Tapi harga kemaafan saya pada org ini bukan murah. Saya dan keluarga berdepan kesusahan dari zaman bila lagi. Tak sudah-sudah...nk dikira dgn jari tak terhitung, kita boleh lupa. Tapi sepemaaf2 org pun, jgn kta tak der sikit pun dia simpan. Tuhan pun boleh maafkan org bila dia bertaubat, dgn kita dtg mitak maaf pun tidak, apa tidak.. Mcmner tu. Persoalannya mahu ker org mcmtuh nk kisah apa perasaan kita? Orang melayu ni ramai percaya pada hadis sedangkan nabi ampunkan ummatnya. Tak ada hadis yg ckp mcm tu, hadis org melayu adalah.. Dh sng2 buat dosa dgn org, harap org mudah maafkan dia. Dilema betul org kita ni.

Waktu menyudahkan entry ini, Saya di kedai alibabamembeli sedikit pizza utk trainee . Harini user training utk IT Dept kt sini dan hari ini hari pertarungan hidup dan mati saya disini.. Kemuncak segala kemuncak. Sistem akan diguna pada hari ahad ini. Mudah-han x der halangan dan boleh balik ikut jadual. Namun hati ni ttp tak percaya ia takkan sudah disitu..maka mcm lah karenah masalah problem saya nanti. Entah-entah lebih dasyat daripada yg selama ini. Tak penting dah lagi pada saya.. Biar kita ada kesamarataan antara dunia dan akhiran. Kejar yg dunia, akhirat tercicir, keja akhirat dunia kita tercicir. Perjuangan itu yg harus juangkan.



Berharap kerja-kerja saya disini selama ini mudah2an ia diberkati sahaja...tak der pangkat, harta menimbun yg ingin saya kejari... Saya ingin menimba ilmu... Cukup dengan diri kita, anak, keluarga kita diasaskan kepada ilmu dan keselesaan itu akan dtg lambat laun.. Utk insan yg bertungkus lumus cari duit siang malam igtlah, dlm konsep rezeki ada konsep keberkatannya.. Kita sering percaya rezeki itu tetap ada dan kitalah tuan yg punya atas apa yg dimiliki. Mcmna kalau esok kita sedar kita hilang segala-galanya. Rezeki kita itu belum tentu kita yg dpt nikmatnya. Mungkin ia hanya utk disampai kepada org lain melalui kita.. Tapi yg mcmne pilihan kita, rezeki berkat atau kerbat. selagimana kerja kita tak diberkati, apa yg kita kejari, kita mungkin dapat. Tapi kita tak tahu munGkin esok atau lusa tuhan tarik kesenangan kita. Pada mereka yg sudah dikaburi wang ringgit mungkin pengajaran yg kecil itu masih tak cukup mengingsafkan mereka... Maka sebab itulah tuhan menciptakan mizan utk kta. Mizan yg akan menentukan mana itu kebenaran dan mana itu kebatilan. Allahualam bissawab.



Alibaba Takeaway,
Blantyre.
2:05 PM GMT+2

Gambar-gambar fresh dipetik dari pda;








1 comments:

♥ LeeN ♥ said...

kalau orang mcm tu kan, kena bawak papan itam kat dia, buat gambarajah otak. tunjuk kan kat dia, yg belah kiri tu adalah otak kiri, dan kanan itu adalah otak kanan...

ha. itu mcm 'dia' kan?

bagitahu kita apa yg kita dah tahu n dah rasa.