Hilang masa

|

Saya meneruskan 'tugas' menulis entry seperti biasa. Walaupun tak dapat sekerap dulu. Dateline2 yg gila buat saya tertekan dan kdgkala rasa nak balik. Bukan hanya gila sbb dateline, jugak sebab kerja yg sepatutnya utk 20 org dibuat oleh 2 orang. So, saya tak ada pilihan... tidak bnyk masa untuk menghuhakan diri blog2 yg selalu dilawati...mujur ada juga peluang utk akses gprs dekat PDA. Kehidupan internet saya hanya dh sepenuhnya bergantung sepenuhnya pada Pocket pc. Cukuplah dgn dpt guna dia utk download rss feed, email, chat. For the moment, tak ada masa untuk melayan internet, tak ada masa untuk privacy2 kt opis, saya mendraft entry di mobile word bila away dari ofis.

Yahoo messangger pun di iPAQkan ... hatta kdgkala perbuatan menggogle. Hoho... Naik buta mata sbb sgt kecik nk baca, tapi the best thing mobile opera boleh zoomkan website, tapi bukan pilihan terbaik utk web surfing kalau kt mobile pda. Kalau kt malaysia kirim salam nk buat mcm tu selalu, bill entah berapa juta kena byr... 24jam sehari. tapi sini selamat sbb bill telefon ni ditanggung TNM. Hahuha. Maka sebab itu, IPAQ, saya dan edgenya sentiasa tersambung 24jam.

Makanan

Tengahari saya selalu ke kedai pak arab lubnan atau kedai ayam nandos untuk menapau makanan.. Bandar blantyre akan sesak sekejap kalau time pukul 1 kerana waktu orang ramai keluar lunch akan masuk. Saya sengaja melajukan waktu lunch lebih awal sedikit dari orang. sebab utama jenuh nak menunggu.. sistem di sini pesan & sabar, dan tunggu dan tunggu dan sabar.


Kereta baru

Cewah...baru-baru ini saya dpt bwk kereta ala2 camry gitu,rasa mcm tah apa2 jgk mula2 dpt tu.. Nak reverse kena angkat lock dan tolak keatas sbb gear dia extravaganz bnyk, kerana nilah julung kali saya bwk kereta yg gear dia sampai 6.... siyus merabahaya... kenapalah dia tak terus buat sampai tujuh lapan..hehe.

Selalunya saya hanya kekedai lubnan tu bila hari2 terasa nak makan pizza, hari tu apa kena saya rasa beralih menu.. Mknantu nama Shawarma gitulah lebih kurang panggil dia, mcm nama dewa dewa hindu pulak tu kan. Biar susah disebut asal sedap dibedal. Dia rasa tak jauh beza dgn kebab pita, isi dlm ala2 sandwich, rasa isi dia mcm nak sama isi sandiwich yg kita selalu beli dkt subway, cuma kulit dia shj di tukar kepada roti pita. Mgkin dia nk mengarabkan sandwitch. Tapi sgt tak suka satu jenis sayur dia yg masam-masam tu. Bulih meresap keotak cas2 asid dia. Lately sy bnyk kn nasik plak kat kedai lubnan tu... Sbb nasib pak arab mmg sedap. Takkan dpt rasa kalau kt malaysia. Tapi harga sepinggan mahal nak mampuih.. 12 ringgit kita lebih kurang.

Kedai pizza kt blantyre ni berlambak, tapi kedai ali baba ni yg best. Pizza kt kedai ini terkenal bukan hanya kerana nama kedai dia ali baba... Terkenal cheese dia yg tebal dan melekat. Pizza hut kt KL pun x wallahh mcm tu..yg ni sure melekat kat muka kalau ditepek. Kalau anda tak de kerja & bercdg nak buat joke, dengan menepek muka kawan anda dgn pizza tu time panas2. Memang akan tertepeklah sampai sudah kawan anda. Begitula ibaratnya melekatnya cheese pizza kt sini. Apa pulak merepek nih.. Ptuihh.

Selain pizza tu, yg makanan ruji lain sepanjang saya kat sini cip potato dgn ayam, ada kedai ayam nandos yg halal kt bandar blantyre ni , boleh diangap halal sebab ada tanda halal terpampang kt kedai tu. Kira konsider halal lah tu Haha... Kalau dikira pada pekerja yg mengerjakan ayam dia, tak tahulah halal ke tidak, tapi perut saya ini bila tgk jer ayaam2 golek nandos terus menghalalkannya tambah bila time lapa. Tapi saya tahu owner kedai tu seorang india muslim. Takkan dia tak kisah halal haram kot... Tapi jgn keliru india kt sini ckp jer islam, pegi smbhyg pakai rantai emas. Sukahati dia abah tiri dia je, mana dtg hukum tah dia amik. Dah la x concern hukum hakam , berlagak lebih. Kedai dorang ni mahal, kt kedai nandos tu satu meal, kalau quarter chiken + soft drink sama dgn 850 kwacha. Mahal mcm nak beli kambing sekor, memang bangsa india yg berniaga kat sini, kaut untung bagai apa. Kesian tgk org malawi. Banyak lagi pun sbnrnya yang x mampu beli selipar, budak-budak dia berkaki ayam jer brjln tgh panas.. Mintak sedekah sana sini, Pagi2 gi skolah tgk bnyk yg tak beruniform sbb dorang tak de duit nak beli. Kat daerah ini India muslim kira bangsa paling elit dan berpengaruh, tapi silapnya masih terbawak2 dg sistem kasta pariappa. Tak mcm sivaji the boss mereka. orang2 seperti dorang ni dianggap seperti uncle tuck dan rakan2 pada org malawi. Cerita kat kedai nandos ni, saya ni ofkos nampak mcm org2 hebat sket la kt sini kan, kalau saya langkah je kaki dlm kedai tu tokey dia mcm tak sbr2, cpt2 tolong order menu pilihan saya yg slalu tu kt pekerja dia.. Quarter chicken and chip potato, Leg and Hot, dia akan tmpl special request pada kotak saya. Wahaha..saya adalah sebijik regular customer dia...jelas sekali org berduit dia melayan lebih, apa.. igt saya bnyk duit la sgt, haha.. Kalau tak pun mmg hampir hari2 jugaklah saya kesini beli mkn. Nak mkn pizza hari2 toke karipap pun boleh bengkrap.

Aduh, saya pening...sehari dua ini penat memikirin. Sgt sgt pening dan celaru fikirkan masa saya. Entah bila saya berpeluang pegi UK. Dlm bz2 tu, saya smpt berchat session bertnya khabar dgn Nora cibilzsonic, a friend yg nk tolong cari rumah sewa masa saya dulu2 plan nk blaja kt NCL. Tak lama lagi dia dah nak brangkat ker Scotland utk sambung Phd. Be a good muslim scholar! Saya nih masih belum pun bergerak kemana2, degree tah biler boleh betul2 fokus. Kejap benti kejap masuk... Belajar matematik pada saya diakui memang pening... pening... dan pening... Walaupun dgn hafal formula org kata kita boleh solve problem, kalu malas buat latihan masuk exam saya selalunya konfius. Saya, usah kata latihan, asgmnt pun tak sempat buat. Rasa nak berhenti kerja immidiately pun ada kdg tu.. Saya tak adil kan.. Saya ini kuat berangan... Semua saya nak dikejarin.

Balqis

Saya kerap jgk berhubung dgn isteri, maklumlah tak pyh fikirkan kos. Apa khabar puteri abbi? Dah pandai panggil nama abbi ya... good2. Jgn lupa utk jadi anak abbi yg paling terrer math. Rasa baru semalam saya disini.. Tapi hakikatnya sudah lebih sebulan. Saya akan miss lagi 2 bulan utk tgk balqis membesar.. sbnrnya 3 bulan ini sgt lama, baru sebulan dia sudah tu pun dia pandai memanjat, sikit-sikit ak merangkak, suka mimpi malam2, memanggil org sana sini. Esok lusa entah apa lagi lah yg dia belajar kat taska tu. Mungkin waktu dia menjemput saya di klia nanti dh pandai bertatih. Tak sabar ak tgk mcmnana dia memanjat.. Mesti comel kan ney? Dan yg penting skali untuk mndgr perkataan 'Abbi' yg pertama sekali keluar dari lidah seorang anak.

Ummi balqis

Nampaknya semenjak balqis dh mula tak nak menyusu badan, isteri saya lebih mudah sensitif. Maklumlah org perempuan ... Berfikiran mcm2. Pada jiwa seorang ibu yg melahirkan, mgkin balqis dh tak sayang pada dia. Dah tak perlukan dia lagi... Balqis lebih suka dgn akak2 taska katanya.. Saya mententeramkan ummi balqis dgn mengajar bnyk sabar, pasti ada hikmah tu kenapa dia dh tak suka breastfeed. Difikirkan, puteri kita itu masih kecil dah belum mengerti semua tu. Mudah2an dia kenal sape yg perlu dia sayang. Besarkan dan beri ilmu secukupnya itu tanggung jawab utama ibu dan ayah seperti kita.. Mcmne dgn mimpi haritu...ingat, Ad'uni, fastajiblakum. Jgn lupa berdoa, Allah suka mendengar rayuan hambanya yg merintih dimalam hari. Jgn lupa bertahajjud!

Dr Ojie

Buat adik saya seorang ni tgh final exam nun jauh di negeri Anbiya.. Good luck utk awak ya. Lakukan yang terbaik utk keluarga kita. Jgn kuat bergewam... Study first! Gewam tu, gewam jugak....but Exam please do the best! Insyaallah masa grad nanti kita sama2 bawak mek pergi mesir tgk kejayaan awak. Smoga mek sempat lihat kejayaan kita.

Bnyk lagi saya nak mention ni..Kalaulah saya ada masa yg cukup...kan. Bestnya. Insyaallah saya akan mencoret lagi perutusan dari bumi Malawi.

Salam dari perantauan.

Mwavi Rd,
Namiwawa.
Malawi

1 comments:

ojie_otomen said...

waduh2 abangku..

baru kuperasan entry barumu ini..

ekeke..gewam manenyeee..

saya tggu awk cr untuk saya neh..=p

insyaAllah..adek cube yang terbaek..demi mek,ayah dan keluarga..=)