Kita orang orang yang double standard

|

Ah, lega betul harini dpt balik awal berehat, saya betul tak der mode nk mengadap komputer kt ofis tadi... Bukan kerana malas nk kerja. Saya dalam kemelut, sedih, kerana saya ini cukup lemah, lemah untuh menceritaka keburukan manusia, bnyk perkara yang saya tak gagal nak luahkan, tak berselera, dek muak telinga saya menadah.. selama 26 tahun masih sama, saya menerima dengan sabar, ..saya insan kerdil yg tak ada daya kekuatan untuk melawan, sampai satu tahap saya hnya akan paksa untuk berkata Emm. iya..emm.iya..emm..iya lah tu... Ehh..iya sgt la tu apa pulak tak iya...iya..iyaa... Teruskan.. saya tgh iya ni. Eh.. saya belum iya lagi kan.... hingga begitulah emosi tidak terkawal saya apalagi utk dituliskan dlm entry sebegini ini... saya kalau tidak kerana kesabaran, kdgkala rasa hendak saja dilungkupkan meja komputer itu. Tapi bersyukur krn sedaya utk menyejukkan hati. Semua kita yg tahu berfikir, faham kenapa Allah ciptakan individu sedemikian itu untuk kita hidup together, sekurang2nya Allah bagitahu kita dia tak pernah lupa kita dgn menguji hambanya.. Jika kita rasa bijak, hebat, pandai, excelent tak perlu susah nk membuktikan yg kita ini benar, baik, bagus, atau sebaliknya, takut2kan kita ni sebenarnya terlebih mengandai... Padahal ada yg lebih layak menilai kita, bukan bijak kalau seorang tukang rumah yg mahir menghebohkan yg dia itu mahir kpd semua org.. Mungkin lebih tepat, dia perlu beritahu kepada orang yg berkehendakan seorang tukang rumah tapi bukan org yg hendak kepada tukang kebun. Pada kita, siapa yg layak utk ckp dia mahir? Dia sendiri atau pemilik rumah? Itu contoh yang sangat mudah... walaupun sya berharap ia tidak diaibkan didepan mata saya suatu hari... Tetapi Allah tidak pernah menunggu lama utk buka keaiban si orang yg begitu. Mudah kan utk nk fhm konsep give and take. Saya tak mengharap ia diaib begitu tapi bagus kalu keaiban yg Allah dah buka tu buat si pembuat itu sedar yg dia sdg bermimpi.. Dalam dunia ni macam2 org ada.. Dan yg paling tak mustahil sekali, ramai org kita nk dipandang hebat dgn cuba bercakap kehebatan dia sendiri... Saya sudah masak, itulah politik yg semua org kena lalui dlm terutama dlm bekerja.

Saya ada satu cerita lain yg asalnya nk ditulis, tapi emosi ptg tadi telah membawa sy membebel tanpa sedar selama ini. Sungguh, pada saya kita lebih baik diam dari berckp dgn si org begitu.. Kalau kita layan.. buang masa, akhirnya kita jgk yg kena bodoh..ibaratnya mudah begini, seorg gila.. dia igt yg dia tak gila, sebaliknya org yg tak gila pulak dia kata gila..

Apa khbar orang malaysia? Lama betul sudah saya tak merasa nasi kerabu pakcik kelantan yg meniaga disimpang dekat ngan rumah saya..Tentu kalau jumpa saya nanti, dia akan sloroh pada saya bos , sekat kaya ni tok sir nak mari nah kedai kawe...haha.. Boss pada dia member yg akrab.. Gu, boss, demo.. Itu panggilan biasa yg org kelantan guna panggil kita utk tunjuk dia panggil kita dgn penuh rasa humble.. Orang kita mmg pandai bertutur, mahir dlm kiasan. Tidak seperti org putih, yg pandai, tapi tak ada peradaban yg seperti kita. Itu yg buat saya keliru, sepatutnya muslim seperti saya dan anda yg kedepan dari org west, tapi dlm kita sibuk berlumba dgn budi bahasa yg lembut itu, kita tak care pasal ilmu, jauh berbanding mereka, anak2 diajar dan terdedah kepada perbezaan pendapat, budaya. Jadi pada mereka tak ada salah orang Islam nk berdakwah dan mengamalkan cara hidup mereka dibarat. Kita yg islam pun, yg sekadar tahu sembahyang, puasa ni yg sibuk nak cakap apalah misionary kristian dok cuba tarik org islam kepada kristianiti. Itu double standard yg org kita bnyk tak perasan. sepatut2nya kita dakwah dia pun ada hak berdakwah, kita tak sibuk utk memperkuatkan benteng islam, dengan disiplin ilmu islam yg sebenar2nya.. Selama ini kita diajar dengan ketakutan, anak sembahyang takut kena marah kat mak, anak-anak kita takut utk kedapur mlm2 kerana ada hantu yg makan..kita takut berbuat melakukan dosa buka kerana kita benar2 faham konsep dosa dan pahala, tapi kita tahu mencuri akan ditangkap polis, kita tak diajar untuk berfikir impak mencuri beri kesan pada orang lain, juga pada orang islam.. Kita tidak terdedah pengetahuan yg tepat mengenai kenapa tak bole, kena kena buat, terutama dlm pendidikan spiritual dari kecil. Jadi berapa percent shja yg sedar, buat sesuatu dengan pengetahuan yg jelas mengenai apa kita buat. Dan kalau kita tnya skrg ni pada anak kita kena kita kena sembahyang dan berpuasa, saya pasti jawapan dia kerana mak ayah saya sembahyang saya pun sembahyanglah. Perbuatan tu 100% tapi pemahaman kita 0%. So no wonder pendakwah kristian mudah nk pengaruh anak muda kita tukar agama. Kefahaman kita kosong.

Sebut kata perbezaan sy nk juga sikit cakap mengenai kita orang melayu di malaysia, sangat taksub kepada apa yg dia pegang itu sudah betul, seolah syurga Allah hanya layak untuk mereka sahaja.... Allah tak hisab sesuatu melalui apa yg manusia nampak, kerana ada sesuatu yg manusia tak sedar, keimanan sebenar itu letak dihati.. Allah sahaja layak untuk justifykan even diri kita sendiri belum tentu syurga.. Tak pernah buat dosakah kita sebelum ini? Kita mana tahu org yg minum arak berzina, dia bertaubat dan taubat dia Allah terima dan esok dia mati. Pada sy mengata orang itu ini ia double standard....biar saya cerita apa yg saya tahu mengenai adat perpatih.. Saya mmg nk bercerita pasal orang adat perpatih pada asalnya, Orang minangkabau kalau daripada sudut sejarah, memang org yg bahasanya penuh berkias.. Bahasanya halus, klau dari sebutan tu nmpk, den, ekau, jang.. dan berkias dlm menyampaikan sesuatu hajat. Itu fakta sejarah, yg orang jarang tahu. Sejarah juga kata, org perempuan minang sgt rajin bekerja, bersawah trutmanya... Meraka ni hidup dlm organisasi yg tersusun. Suku ,perut, buapak, dikategorikan biasanya individu yg lahir dari susur galur yang sama.. Nenek moyang yg sama, bermaksud suku sakat bukan suku puak. Dalam suku tentunya ada ketua suku yg menjadi rujukan suku itu. Organisasi seperti inilah yg mengatur dlm hal kebajikan suku-suku dlm masyarakat minang. Dato' perpatih dikata berselisih pendapat dgn dato temenggung dlm hal mengatur hal furuk (cabang) ini, tapi bukan berselisih dlm perkara teras seperti kepercayaan mengenai ketuhanan. Dalam ahli sunnah memang akan ada perbezaan dlm hal2 cabang, mgkin cara sembahyang mazhab maliki lain dari syafie, tapi kita berpegang pada akidah yg sama. Ada org sembahyang tak berdoa, tak ada zikir.. itu tak langsung beri kesan pada akidah kita. Asalkan kita yakin yg sembahyang itu perbuatan membesarkan Allah.. Cara mana sekalipun, tetap Allah terima. Itu sebab orang sakit sembahyang dengan mata pun tak apa. Buat apa kita nk bermusuh kalau org lain sdikit be beza dgn kita.

Dari sudut ilmiah, ini satu istilah yg org selalu keliru termasuk saya pada mulanya, perkara ini core kepada yg buat andaian mcm2 pada pengamal adat perpatih iaitu dlm pemilikan harta, iaitu setiap suku memiliki tanah adat utk suku itu. Tanah adat itulah yg diwarisi mereka turun temurun dari nenek moyang belah perempuan yg akan diwariskan kepada anak perempuan sahaja. Ada alasan kenapa perempuan shja yg dapat mewarisi, pertama, tanah adat adalah tanah yg bukan kepunyaan individu pada asalnya.. Ia sejak berzaman dipersetujui adalah hak milik sesuatu suku, kemudian ia dibahagikan kepada mereka yg nak usahakan, bermakna kalau tanah itu tidak ada sape pun berhak, ia kalau tidak dituntut atau diusahakan, akan diberikan pula kepada org lain dari suku yg sama bertujuan membantu sesama mereka. Dari fahaman saya, tidak seorang pun yg berkuasa atas tanah tu secara mutlak, tapi dari segi undang2 memang tanah itu seperti kepunyaan individu. Kedua, atas faktor itulah, tanah itu tidak boleh dijual atau pindah milik sewenangnya dan telah dipersetujui hanya akan diwariskan kepada pihak perempuan shj. Budaya org minangkabau, untuk dipandang mulia orang lelaki mesti keluar merantau, mendalami ilmu agama utk memperkuatkan masyarakat mereka, bertahun2 mungkin tidak pulang. Dalam hal seperti ini, sebagai langkah mengelakkan kaum hawa teraniaya atau kemungkinan ada sebab musabab mereka ditinggalkan, tanah adat itu menjadi penyelamat pada kaum hawa, atau sekurang2nya kalau apa2 terjadi, mereka masih ada tanah adat utk meneruskan kehidupan dan menjana pendapatan dari hasil sawah. Manakala lelaki masih mampu berusaha sendiri. Kita boleh nampak betapa uniknya sistem ini yg mhkin kita boleh belajar sesuatu darinya, bukan awal2 lagi dh tutup otak tak nk amik tahu.

Dalam sistem adat perpatih juga ada konsep harta sepencarian, yg dipanggil harta dapatan, ada perbezaan harta sepencarian dan harta pusaka yg diwarisi oleh adat. Harta sepencarian memang akan dibahagi mengikut syariat sekiranya ada kes penceraian. Itu yang orang selalu keliru banyak.Tapi dlm kes pusaka, harta yg diwarisi seperti tanah adat tadi, selalu akan diwariskan kepada perempuan. Yang selebihnya jika diwartakan ia sebagai pusaka adat ia akan mengikut pembahagian adat, tapi kalu pusaka yg bukan adat... Tak ada pun beza, ia boleh di bhgi ikut sistem faraid, kecuali kalau jatuh kepada pusaka adat... Dan utk harta tu jatuh kepada harta pusaka adat bukan dgn senang, kalau harta tu betul2 kita cari dgn titik peluh kita, hak utk kita kata itu kita punya... Bukan dgn adat tu boleh sembarangan ambik jadi pusaka adat. Selebihnya wallahualam... saya tak ada nk bercakap panjang mengenai ini kerana saya pun baru tahu kisah sebenarnya begini dan tak layak sebenarnya pun untuk menulis mengenainya, tetapi melalui saya dok perhatikan bnyk2 benda, org luar bnyk takut nk bincang ini secara terbuka, saya boleh kata sebab ramai antara kita yg ambil mudah. Masyarakat kita lebih percaya berita dari mulut dari mempercayai fakta ilmiah. Sehingga orang yg saya tahu , perpendidikan Phd pun ada yg percaya dan takut, jika seseorang berkahwin dgn org minang, umpama keprcayaan kita bertukar pada adat yg songsang dgnajaran islam sebenar... Harta hendak semua atas nama isteri, duit isteri kontrol sampai takut nak beri pada mak sendiri, kalau cerai suami balik sehelai sepinggang. Perbuatan itu sungguh menghina orang n9 kalau saya seorg n9. Beranggapan seolah org permpuan n9, yg Allah takdirkan dgn penuh perbezaan itu apalah sgt, semua mata duitan dan kena patuh apa yg adat kata sbb org hanya biasa bawa satu qoute yg biasa kita dgr "biar mati anak jgn mati adat". Tapi yg satu ini kita buat tak dgr, Hidup bersendikan adat... Hukum bersendikan syariat. Dan syariat bersendikan kitabullah dan sunnah. Apa sgt betulnya adat kita hingga kita yakin utk memberi tafsiran adat lain itu tidak baik, salah, sesat....pada saya, ia satu penghinaan. In fact, hari ini org kampung bnyk buka mata pada isteri saya. Memang dia telah bawa imej yg sebenar sebagai anak negeri 9. Sepanjang saya kahwin saya belum pernah beraya puasa di kg ibu mertua saya n9. 2 tahun berturut, hnya sekali saya menyambut raya haji di bahau. Saya cerita ini, realitinya tak ramai perempuan yg sanggup bersabar dgn perkara ini. Saya hendak buka mata semua org, biar org melayu itu reti menghormati perbezaan.. Dapat bezakan cerita yg dibawa mulut dgn fakta. Saya tak pernah rasa berat utk beri ibu sumbangan setiap kali saya rasa nk bagi, malah isteri saya pula yg menggalakkan saya bukakan akaun kepada mek utk beri setiap bulan..lagi pulak sikap isteri saya bila saya bawa jumpa makcik yg lebih tua yg saya kenal, bila bersalaman cium tangan, sbg tanda hormat, satu kelebihan yg saya boleh saya banggakan. Saya rasa cukup bangga bila orang mula bercerita sesuatu kebaikan yg dari dulu org pandang apalah sgt , sekarang sudah bertuka kepada apa. In fact, Ciri2 tu tak semua ada pada org Kelantan saya tahu. Tapi di N9 saya kira kebanyakan budak2 dan generasi muda, dia cukup respek kepada org tua. Generasi kita pun tak ada budaya begitu, dengan mak ayah pun lebih kurang... Kita tak kurang ajar tapi org nampak mcm kurang ajar. Saya tak ada apa2 advantage, tapi pendekatan saya hanya sebagai orang Islam. Tak ada konsep kita lebih atau dia kurang, semua makhluk yg Allah cipta kita patut hormat. Saya bukan nk be bangga denga apa yg saya miliki... Tapi saya nk beri ia sebagai contoh untuk anda.

Saya pernah juga dgr org luar lebelkan org kelantan hidup berpuak2, ada yg kata ramai org lelaki kelantan malas kerja.. Sebab tu ramai org perempuan kelantan bekerja. Then, kita org kelate kata panas telinga kalau org kata kt kita. Pada saya, kita semua suka praktis double standard, kalau kita yg buat salah kita kata tak apa, tapi kalau org yg kita tak suka dia buat baik pun org kata tak betul.. Mana satu yg betul? kita yg salah sebab x nak terima perbezaan ker atau kita betul sbb kita rasa org lain semua tak betul.

So, dlm saya bnyk nk tahu pasal keunikan dia... Sy menginterview isteri kenapa orang selalu malu untuk hidup membanggakan yg dia adalah org beradat... Saya berckp ini mengenai adat perpatih yang orang banyak keliru sbg contoh... Sehingga harini youngsters di negeri 9 sana tak nak lagi mewarisi adat atau x ambil pedulu utk menambah baikn lagi institusi ada, sehingga mereka jadi seorang yg tak beradap. Sbb kita org luar selalu memandang serong pada mereka, padahal dia org negeri 9 pun tak faham adat tu sebenarnya. Benda mcm ni cukup simple nak faham, kita sebenarnya sgt berpihak kepada sesuatu ideologi sampai sanggup deny apa sahaja kebaikan yg orang lain buat daripada membuka sedikit minda utk memahami kenapa ia ada perbezaan. Betulker kita ni baik sangat, sampai kita tuduh org lain tak ikut ajaran islam, kalu begitu kt blantyre ni lagi lain-lain cara, lepas wuduk dia lap anggota yg basah supaya kering dengan tuala yg disediakan..dia ada alasan yg tersendiri, pada kita semua tak betul, tapi sbnrnya kita nk mengadap Allah, dlm keadaan bagaimana sbnrnya.. mestilah kita nk kemas, takkah dgn basah2 mcm tu? Kita nk mengadap raja pun pakai baju kemas2.. Rambut sikat belah tepi, Tapi Allah ni lebih besar dari raja.. Khutbah dlm bhsa arab conyohnya, brpa kerat je faham. Tapi ada pendekatan dia nk bg org fhm.. Sebelum khutbah, mesti ada usrah. Senang jer kan?

P/s : tidak sempurna iman sesorang itu kecuali dia mneyayangi saudaranya sepertimana dia menyangi diri sendiri - hadis

1 comments:

ShaRina NiNa said...

waaah...bg long...cayalah..
idop nogori..idop kelate!!
hehe...